28/01/2019
Dalam ribuan resepi kek yg selalu saya buat, resepi mudah ini juga menjadi kegemaran. Vanilla lemon butter cake.
Resepi.
Vanilla lemon butter cake.
500 grm pure butter ( guna butter yg tulen lebih sedap dari mengunakan majerin, )
400 grm gula kaster
8 biji telur ( gred A or AA )
4 biji kuning telur
600 grm tepung gandum
200 grm krim masam/sour cream
100 grm susu segar/fresh milk
3 tsp vanilla essence/vanilla powder
2 biji lemon juice ( kalau yg tidak s**a masam, guna satu biji lemon cukuplah )
1 biji kulit limau yg telah di parut
3 tsp baking powder
Step.
1. Panaskan oven 160c hingga 180 c. ( bergantung pada jenis oven )
2. Satukan tepung dan baking powder, ayak bersama sekurang2 nya 3 kali untuk memjadikan kek lebih lembut dan ringan.
3. Campurkan butter, vanilla dan gula, pukul hingga kembang keputihan. Pukul lebih kurang 6 minit hingga 8 minit sahaja dgn mengunakan mixer, kalau guna tangan mungkin lama sedikit.
4. Kemudian masukkan telur dan kuning telur satu persatu, pukul sekejap hingga sebati dalam 1 hingga 2 minit sahaja.
5. Masukkan adunan tepung yg telah di ayak tadi, kaup/putarkan perlahan hingga sebati.
6. Masukkan perahan jus lemon, susu, krim masam dan kulit lemon.. putar/gaulkan hingga sebati. Lebih kurang 1 minit hingga 2 minit sahaja.
7. Masukkan kedalam loyang pembakar kek, bakar kek dalam tempoh 1 jam. Selepas 1 jam.. cucuk dlm lidi/stick untuk uji kek dah masak atau belum, (kalau tak melekat tu dah masaklah kek kita. )
8. Setelah kek masak sejukkan. Boleh di makan terus atau di hiaskan ikut kes**aan anda.
9. Selamat mencuba resepi ini.. mmg sedap.
10. Buat kek tu sedekah kt jiran sama😄😄😄. Niat sedekah. Amin