Hamani's Kitchen

Hamani's Kitchen Cakes, Cupcakes and Cookies.

26/04/2023

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar


1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Assalamualaikum,  salam 10 ramadan... Diam tak diam dah 10 hari kita berpuasa....lagi 20 hari kita akan sambut aidil fit...
15/05/2019

Assalamualaikum, salam 10 ramadan... Diam tak diam dah 10 hari kita berpuasa....lagi 20 hari kita akan sambut aidil fitri.... Tengah cari mood nak buat cookies , tapi angin baking tak bertiup lagi..takpe yg tu kita biarkan dulu..
hari ini akak nak share resepi kuih kegemaran akak, kuih yg paling akak s**a ... Jomm.

Kole kacang

Santan dari 2 biji kelapa - untuk tahi minyak

3 cawan gula melaka
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air
3 helai daun pandan.

4 cawan santan
2 cawan tepung kacang hijau.

Cara²nya

1) Masak 2 cawan santan sampai jadi tahi minyak - asingkan

2) Satukan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan masak hingga gula merah larut - tapis dan ketepikan.

3) Bancuh 4 cawan santan dan 2 cawan tepung kacang hijau hingga betul² sebati.

4) Campurkan air gula melaka yg telah sejuk dan 2 sudu makan minyak kelapa hasil dari kita buat tahi minyak tadi dan masak atas api yg sederhana.

5) Masak adunan hingga pekat dan keluar gelembung² kecil dan kelihatan berkilat.

6) Alaskan loyang saiz 10 x 10 inci dengan plastik saiz 14 x 14 inci.

7) Tuangkan semua adunan kuih kole kacang ke dalam loyang, ratakan dan tabur tahi minyak - biarkan sejuk pada suhu bilik.

Selamat mencuba.

# sedekahkan ilmu akak, lillahi taala..

Assalamualaikum... Dah lama tak bersiaran,  fb pun dan bersawang... Bukan setakat fb je,  oven akak pun dah lama sejuk.....
24/04/2019

Assalamualaikum... Dah lama tak bersiaran, fb pun dan bersawang... Bukan setakat fb je, oven akak pun dah lama sejuk.. Kebelakangan ni banyak urusan yg akak perlu selesaikan...yg dulu kita dulukan, yg lain tu kemudian...

Dalam apa hal sekali pun ' family come first' ..Alhamdulillah.... akak bersyukur semuanya sudah kembali seperti sediakala, anak akak pun dah semakin sihat..

Majlis walimatulurus pun dah selesai dan berjalan dgn lancar...akak dah dapat menantu.. semoga selepas ni harap semuanya okey² saja.

Hari ini akak nak share satu resepi yg dah lama tersimpan, bukan resepi yg special sangat pun tapi resepi yg biasa² je... Jommm.

Ayam Kapitan.
**************

1 ekor ayam
Serbuk kunyit
Garam
(perap 1 jam pastu goreng separuh masak)

Bahan kisar
************
1 mangkuk kecil cili kering - buang biji/ rebus
6 biji cili hidup merah
10 biji bawang merah kecil
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
3 btg serai

3 btg serai dititik
6 helai daun limau purut
1 kotak kecil santan atau santan segar
Garam
Gula melaka
1 biji jus limau nipis

*************
1) Panaskan minyak

2) Tumiskan serai yg dititik dan bahan kisar hingga garing.

3) masukkan santan kotak dan sedikit air biar mendidih.

4) masukkan ayam , biar mendidih sekejap sehingga ayam betul² masak.

5) masukkan daun limau purut ,gula melaka dan garam.

6) Akhir sekali masukkan jus limau nipis.

Kepekatan kuah ikut selera masing²...seimbangkan rasa masam, masin dan manis kuah tu.. Akak tak s**a manis sangat.. akak s**a rasa yg sedang² je..
Ayam kapitan ni ada banyak versi.. Yg ini versi akak.

Selamat mencuba.

Memecah tradisi keluarga.....salam aidil adha....
12/09/2016

Memecah tradisi keluarga.....salam aidil adha....


Hidup kena ceria....:) :)
01/07/2016

Hidup kena ceria....:) :)

Kuih orang kita buat...Kuih kita, sendiri mahu ingat...:)
01/07/2016

Kuih orang kita buat...Kuih kita, sendiri mahu ingat...:)

Open order...Kuih kapit tradisional ...Perisa : peanut butter               Peanut butter + Choc.1 balang 55 pcs @ Rm 24...
06/06/2016

Open order...
Kuih kapit tradisional ...
Perisa : peanut butter
Peanut butter + Choc.
1 balang 55 pcs @ Rm 24
Wssp 01123302646..

Open order...Biskut Makmur yg cair dimulut...1 balang 50 pcs @ Rm 26Jom wssp akak...012 23302646
06/06/2016

Open order...
Biskut Makmur yg cair dimulut...
1 balang 50 pcs @ Rm 26
Jom wssp akak...
012 23302646

Hari ini Deepavali, orang semua sibuk  beraya...akak pepagi lagi dah masuk opis......lepas magrib tadi baru siap sepenuh...
10/11/2015

Hari ini Deepavali, orang semua sibuk beraya...akak pepagi lagi dah masuk opis......lepas magrib tadi baru siap sepenuhnya...
Sekarang mata akak dah mula kuyu, sebelum akak zzzzzzzz....akak nak wish happy besday , semoga Yaya menjadi anak yg solehah kepada mommy dan papa, semoga dipanjangkan Umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan berada didalam lindungan Allah selalu....amin.

Perjuangan yang belum selesai...
04/07/2015

Perjuangan yang belum selesai...

10 g serbuk agar-agar.400 ml susu cair.400 ml air.3/4 cawan gula pasir.1 s/t esen vanila.1 1/2 s/m tepung kastad.1 tin b...
17/06/2015

10 g serbuk agar-agar.
400 ml susu cair.
400 ml air.
3/4 cawan gula pasir.
1 s/t esen vanila.
1 1/2 s/m tepung kastad.
1 tin buah pic.

**
1 . Satukan air dan gula pasir, masukkan serbuk agar2 sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan handwhisk sehingga agar2 larut.
2. Masak adunan hingga gula larut dan masukkan susu cair.
3. Bancuh tepung kastad dengan sedikit air dan masukkan kedlm adunan tadi.
4. Bila dah mendidih masukkan buah peach yg telah dipotong dadu dan tuangkan kedlm acuan.

***SELAMAT MENCUBA...

***SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA DENGAN SELAMATNYA...😃😃

Siap jugak akhirnya... meh, ikut mak naik kereta kita jumpa tuan tanah masing-masing...
21/05/2015

Siap jugak akhirnya... meh, ikut mak naik kereta kita jumpa tuan tanah masing-masing...

Address

Setapak
Kuala Lumpur
53000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamani's Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hamani's Kitchen:

Share

Category