Al-Aiman Baker

Al-Aiman Baker Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan (COD) bagi pelajar UUM.

21/03/2018
21/03/2018
07/11/2017

Resepi Tauhu Begedil

Baru nak post menu tengahari tadi. Buat tauhu bergedil dgn mama **mak mertua saya. Mama guna resipi bergedil dia yg tip top tu pastu sumbat je dalam tauhu kering beli kat pasar rm5.99 ada 20keping saiz besar. Teringin sangat lepas rasa yang order dari luar. Actually tauhu ni tengah virallll so harga faham2 la mahal. Buat sendiri lagi puashati. Isi padat sendat haha.

Bahan-bahan:

Tauhu kering 10keping **saiz besar, saya beli kat pasaraya hero sebungkus rm5.99 ada 20keping, kalau saiz kecil rm3.69 ada 20keping.

Bergedil - (ini resipi mak mertua ye)

Kentang 6 biji
Daging ayam
Bawang goreng
Daun sup
Serbuk perasa+serbuk lada hitam
Telur

Kuah kicap manis -

Bawang putih
Cili api
Kicap manis
Gula
Serbuk perasa

Cara Membuat:

1. Hiris2 kentang sederhana nipis dan goreng sampai kuning keemasan. Isi ayam pun goreng sampai masak isinya **tak perlu sampai kuning keemasan sebab nanti isinya keras. Kemudian, lenyekkan kentang tadi, lenyekkan isi ayam, campur kedua2nya, tambah daun sup yang dihiris nipis dan bawang goreng. Tambah serbuk perasa + serbuk lada hitam **lada hitam tu optional. Dah gaul sebati, sumbat dalam tauhu kering yang digunting ditengah2 **boleh rujuk gambar. Isi ikut rasa nak padat ke nak longgar sikit ke. Ini 1st try kami so agak padat haha tapi sebenarnya tak perlu padat sangat nnt tak rasa tauhu dalam tu. Dah siap sumbat, pecahkan telur dalam mangkuk asing. Celup dalam telur dan goreng. Goreng sekejap je ni sampai kekuningan, angkat dan toskan.

2. Untuk kuah kicap manis, bawang putih dan cili api dicincang halus. Masukkan dalam periuk kecil bersama kicap manis dan sedikit air **agak2 nak pekat mana. Panaskan atas api, tambah gula dan serbuk perasa. Dah masak, biarkan sejuk. Boleh tabur serbuk bijan goreng kalau nak. Kitaorang lupa beli haha. Actually kuah ni sedap sebab rasa bawang putih dan pedas2 manis. Nyumm2.

Buat sendiri lagi berbaloi2. Selamat mencuba!

Jangan Lupa Share!

Resepi oleh: Jna Hsin - MAHN

20/10/2017
30/09/2017
22/09/2017

Address

Kedah
06010

Telephone

0148025098

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Aiman Baker posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share