20/03/2026
๐ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 ๐
Di Syawal yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pelajar, pelanggan, penyokong setia serta keluarga yang sentiasa bersama kami.
Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap setiap hasil tangan kami dan setiap ilmu yang dikongsi. Namun lebih daripada itu, kami percaya bahawa kemanisan sebenar bukan hanya pada kek dan pastriโฆ tetapi pada kebaikan, kasih sayang, dan keikhlasan dalam memberi.
Semoga Aidilfitri ini mengingatkan kita untuk terus menyebarkan kebaikan:โ
- menyantuni sesama insan,
- menghulurkan sedekah dengan penuh ihsan,
- serta menunjukkan belas kasih kepada semua makhluk, termasuk haiwan di sekeliling kita.
Semoga setiap amal kecil kita menjadi besar nilainya di sisi-Nya, dan hidup kita dipenuhi keberkatan yang berpanjangan.
Salam Aidilfitri penuh kasih daripada kami di Chef Boutique.
Daripada Puan Sabariah Ngah & seluruh warga Chef Boutique