Enah Azmi Deli

Enah Azmi Deli Made To Order Engagement Gifts & Wedding Cakes With a Royal Touch...

11/11/2024

Bihun sup

Bahan bahan:
• 3 keping bihun pama (bukan bihun pama yang segera tau, bihun yang ada cap pama)
• 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
• Sekeping dada ayam (potong kecil-kecil nipis)
• Sekeping fish cake (potong nipis)
• 6 biji fish ball (belah dua)
• Secamca besar lada putih
• Setengah kiub pati ayam maggie
• Secamca teh serbuk maggie secukup rasa
• Garam
• Daun sup daun bawang (potong nipis)

Cara-caranya:
1. Panaskan dua camca besar minyak kelapa.
2. Tumis bawang putih, agak kekuningan mas**an ayam. Masukkan fish ball dan fish cake. Kacau sebati.
3. Masuk air ikut kadar kuah yang diingini. Lebihkan kuah kerana bihun akan kembang.
4. Bila dah mendidih air tadi, masukkan garam kiub pati ayam, serbuk maggie secukup rasa dan lada putih.
5. Dalam 5 minit, masukkan bihun. Kacau rata2 bila bihun dah lembut. Bila rasa garam, lada dah ok boleh tutup api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Dah siap 😍😍👩‍🍳👩‍🍳👩‍🍳

Sambal kicap:
Potong cili api. Perah limau nipis. Masukkan kicap.

Kredit: Hayati Saidin

04/11/2024
30/10/2024

RESEPI VADAI
=======

BAHAN-BAHAN:

2 cawan kacang dhal – rendam 4 jam, toskan
2 biji bawang besar – cincang @ hiris
2 biji cili merah – cincang @ hiris
2 biji cili hijau – cincang @ hiris
5 tangkai cili kering – cincang @ hiris
2 tangkai daun kari – cincang @ hiris
1 sudu makan jintan manis – tumbuk kasar
Garam & perasa secukupnya
--

CARA MEMASAK:

1. Ambil kacang dhal, asingkan 2 genggam kemudian kisar kasar.

2. Kemudian kisar kering lebihan kacang dhal tadi.

3. Tuang semua kacang dhal ke dalam bekas besar. Masukkan juga bahan-bahan lain. Perasakan secukupnya dan gaul sebati.

4. Kepal dan bentukkan adunan kacang dhal tadi membentuk kuih Vadai. Simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum digoreng.

5. Panaskan minyak masak dan goreng kuih hingga masak serta jadi kekuningan. Masak guna api sederhana.

6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
--

TIP:

Kalau tak nak Kuih Vadai hancur masa digoreng, simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum dimasak.
Kredit resepi & foto: Mas Cotek

29/10/2024

RESEPI NASI AYAM SEDAP MABELESS

Bahan bahan
Untuk nasi
1. Beras
2. Penumis 4 sekawan
3. Butter
4. Bawang besar
5. Bawang putih
6. Halia sedikit
7. Kiub ayam
Untuk ayam
1. Ayam segar ( potong 4)
2. Perencah secukup rasa
3. Kicap soya cair
Untuk sup
1. Penumis 4 sekawan
2. Sup bunjut
3. Tulang ayam, kaki ayam
4. Daun sup, daun bawang
Untuk sos lada
1. Cili besar merah
2. Bawang putih 2 ulas
3. Sedikit gula
4. Garam
Hiasan lain
1. Tomata
2. Salad
3. Bawang goreng
4. Timun

Cara masak nasi yang sedap.
1. Basuh beras dan toskan.
2. Masukkan butter sedikit dan tumiskan 4 sekawan dengan bawang putih, merah dan halia yang dah ditumbuk halus.
3. Dah naik bau bahan tumis tadi, masukkan beras. Masukkan air dan masukkan kiub ayam.
4. Masakkan nasi seperti biasa.
Cara masak kuah sup.
1. Tumiskan dengan bahan bahan diatas. Masukkan bahagian tulang, tengkuk dan kaki ayam tadi.
2. Masukkan air, sup bunjut dan perasakan dengan garam.
3. Didihkan semua hingga masak.

Cara kuah sos cili
1. Blend kan cili besar ikut berapa biji nak. Masukkan sekali bawang putih. Jangan banyak nanti rasa pahit kalau letak banyak bawang putih ni.
2. Letakkan sedkit gula dan garam. Perasakan dulu.
3. Didihkan kuah sehingga sos masak.

Cara goreng ayam
1. Ayam yang dah siap basuh kene tos sekejap air dia ye. Gaulkan sedikit dengan serbuk secukup rasa. Kunyit tak perlu tau. Jangan letak pulak nanti dah tak sedap. Kalau dapat perap dulu ayam tu dengan serbuk secukup rasa sebelum masak yang lain lain.
2. Masa nak makan baru siram dengan kicap cair tu ye.
Dah siap semua boleh tabur nasi dan ayam goreng dengan daun sup dan nasik.
Siap dah. Kompom anak anak s**a. Mak ayah pun s**a. Lagi tengah panas makan semua sedap.

Kredit: Saleha Maarof

Alhamdulillah  siap sudah roti paun untuk sarapan dan tea time nanti .. yummy 👌
26/12/2023

Alhamdulillah siap sudah roti paun untuk sarapan dan tea time nanti .. yummy 👌

Selamat ulang tahun buat suami tersayang semuga Allah sentiasa merahmati  mu dalam segala urusan  Amiin…🌹
16/12/2023

Selamat ulang tahun buat suami tersayang semuga Allah sentiasa merahmati mu dalam segala urusan Amiin…🌹

28/11/2023
28/11/2023

Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

Bahan²
- 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200g butter (suhu bilik)
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor

Cara²
Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... guna senduk je atau Boleh guna whisk dan masukkan telor.. kacau kejap

Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder .. gaul sebati serta bulat2 kan dan ramas kasar cornflakes gelek2 kan cornflakes ball dalam cornflakes tadi

Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt

Sapu nipis permukaan loyang dengan butter dan isikan cornflakes ball yg dah siap tadi

Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah...

Kredit: tahrunnisa

25/11/2023

KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN

Bahan2
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
sedikit garam

Caranya

1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 minit utk
memastikan yis aktif...

2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
sebati .

3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup .

4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan.
Bila agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
bende tajam tuk kluarkan kuih dari acuan.

KUAH DURIAN

Bahan2nya :

1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
2-3 ulas durian
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu.

Cara2 nya :
1.Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing.

2.Masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah .

3.Kacau sentiasa sehingga masak...

Address

Singapore

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Enah Azmi Deli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Enah Azmi Deli:

Share

Category