Farhany bakery

Farhany bakery banana crispy agent sah area yan, guaq, pendang

09/09/2020

Still availabel,. 500g balang besar

Puding laici berkuah Resepi puding laici berkuah10 gram agar² serbuk 2 litre air 2 cawan gula 2 tin laici 1 tin susu cai...
04/05/2019

Puding laici berkuah

Resepi puding laici berkuah
10 gram agar² serbuk
2 litre air
2 cawan gula
2 tin laici
1 tin susu cair

Cara cara :

∆ masak air dengan gula sehingga mendidih
∆ kemudian masukkan serbuk agar agar bersama air laici sikit saya masuk kan 1/4 cup kalau nak lebih boleh masuk kan 1/2 cup, lepas tuh masukkan susu cair kacau kacau tutup api
∆ saya tinggal kan lebihan air laici untuk letak atas puding tuh nanti.
∆ siap basah kan acuan kalau pakai acuan. Tuang dalam acuan.
∆ dah sederhana sejuk agak agak keras baru tuang sikit air laici atas puding tadi.
∆ tabur kan laici
∆ sejukkan dan siap di ngapp! 😋😋

Kredit resepi asal kepada : as leasuyku

Resepi kek cheese leleh versi kukus guna blender Bahan22cawan tepung gandum1sb baking powder Ayak dan ketepikan seketika...
15/04/2019

Resepi kek cheese leleh
versi kukus guna blender

Bahan2

2cawan tepung gandum
1sb baking powder
Ayak dan ketepikan seketika

Sediakan blender
*4bj telur
*1/2 cawan gula
*1/2cawan susu pekat
*1sb ovalate
*100gm cream cheese tatura
*1sk esen vanilla
1/4 cawan minyak masak

Cara2
Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak.
Last skali letak minyak masak dan gaul sebati
Sapu planta pada acuan biru.
kukus dlm 30 minit @ sampai masak.

Kalau guna loyang kukus 30 atau 40 minit atau hingga masak.

Topping
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Blender sampai sebati

Bila kek dah sejuk tuang topping n parut cheese bega.

selamat mencuba.

kredit: salimi dolah

Kek coklat layer mousse coklat.. 😋😋😋Sedap jgk kek ni..ni kali kedua sy buat..Resepi sy sertakan kat bawah ni ye..Utk kek...
09/04/2019

Kek coklat layer mousse coklat.. 😋😋😋
Sedap jgk kek ni..ni kali kedua sy buat..
Resepi sy sertakan kat bawah ni ye..

Utk kek coklat moist
Bhn2
3 biji telur gred a
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula(sy blend gula pasir)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 kotak kecil susu dutch lady coklat(200ml)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara2
1) ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder,soda bikarbonat..

2) satukan telur,gula & esen vanila dlm bekas..mixer hingga kembang..

3) masukkan minyak masak & susu pekat..mixer sebati..

4) masukkan tepung gandum yg telah diayak td..

5) last sekali masukkan susu dutch lady coklat..kacau sebati guna senduk je..

6) tuang dlm bekas..sy guna bekas saiz sq450..
dapat 6 bekas..isi separuh je

7) panaskan pengukus..tunggu hingga airnya mendidih..

8 kukus kek hingga masak..sy kukus 25minit..nak tau masak ke belum,try cucuk guna lidi..kalau lidi bersih,maksudnya dah masak..

** sy balut tutup pengukus utk mengelakkan air menitik atas kek..

9) sejukkan kek seketika..keluarkan dari bekas..potong kpd 2 bahagian..sy potong guna benang..

Mousse coklat
Bhn2
1 cawan non dairy whipping cream
(Sy guna jenama vivo)
250gm beryls dark chocolate compound
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan majerin

Cara2
1) mixer non dairy whipping cream hingga kental..dah siap tu simpan dulu dlm peti ais

2) cairkan coklat secara double boiler..bila coklat dah cair..masukkan susu cair & majerin..kacau hingga sebati..biarkan sejuk seketika

3) campurkan coklat cair ke dalam bekas whipping cream..campur semua tu..kacau hingga sebati..

Step seterusnya..layer kek
1) lapisan pertama..letak kek..lapisan kedua mousse coklat..lapisan ketiga letak kek..lapisan keempat letak mousse coklat lg..lapisan kelima,tuang coklat ganache
*sy masukkan mousse coklat dlm piping bag..supaya senang nak layer..

Utk coklat ganache
Bhn2
250gm beryls dark chocolate compound
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan butter/majerin

Cara2
Cairkan coklat secara double boiler..dah cair,masukkan susu cair & majerin..kacau sebati..
Dah siap tu..tuang ganache td atas kek..sejukkan kek dlm peti ais dulu..

kredit resepi: Siti Hajar Hashim

Resipi Kek Span Marble SusuBahan-bahan:- 1 cawan tepung gandum- 1/2 cawan tepung jagung- 1/3 cawan susu tepung- 3/4 cawa...
09/04/2019

Resipi Kek Span Marble Susu

Bahan-bahan:

- 1 cawan tepung gandum

- 1/2 cawan tepung jagung

- 1/3 cawan susu tepung

- 3/4 cawan gula kastor

- 1/4 cawan susu segar

- 6 biji telur

- 40g ovalette

- 80g mentega (dicairkan)

Cara-cara:

1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.

2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.

3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.

5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.

6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.

7. Siap untuk dihidang!

P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri

CHEESECAKE OREO SEDAP DAN MUDAH DIBUAT! TAK PERLU BAKAR. Menjadi kegemaran keluarga dan anak2, sedap! Cpt share!!Bahan2 ...
07/04/2019

CHEESECAKE OREO SEDAP DAN MUDAH DIBUAT! TAK PERLU BAKAR.

Menjadi kegemaran keluarga dan anak2, sedap! Cpt share!!

Bahan2 Kek
- 16 keping @ lebih biskut oreo
- 2 sudu besar mentega (dicairkan terlebih dahulu)
- 250 ml whipping cream
- 100 gram cream cheese
- 3 sudu besar gula ising
- 1/2 @ 1 sudu teh esen vanilla

Cara2 Membuat Kek:

Hancurkan 8 keping biskut oreo. Gaulkan dengan mentega sampai sebati. Tuangkan ke dalam acuan kek dan mampat2kan.

Hancurkan biskut oreo. NurNiz pakai batu lesung ja hihi

Gaulkan dengan mentega

Mampatkan di dalam acuan kek sebagai base kek
Pukul whipping cream (suhu sejuk keluarkan dari peti ais) sampai kembang. Dalam mangkuk lain, campurkan cream cheese (suhu bilik) dengan gula ising dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.

1 kotak kecil bersamaan 250 ml whipping cream. Pukul sampai kembang

Timbang 100 gram cream cheese

Pukul cream cheese bersama gula asing

Pukul cream cheese bersama esen vanilla
Campurkan campuran cream cheese dengan whipping cream dan pukul lagi sampai sebati. Hancurkan 4 keping biskut oreo sampai halus (ikut s**a berapa banyak biskut oreo nak guna). Campurkan biskut oreo tersebut dengan adunan cream cheese/whipping cream dan kacau dengan senduk sampai sebati.

Campurkan adunan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan halus atau tak nak letak biskut oreo pun tak pe sbb dah guna lapisan bawah dengan biskut oreo tu.

Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Hiaskan atas kek dengan biskut oreo ikut kreativiti tersendiri. Simpan dlm peti sejuk seketika, lepas tu settle!

Siap! Boleh potong dan makan!!

Tuangkan adunan dalam acuan kek

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

KUASA VIRAL! INGIN PERNIAGAAN ANDA DIKENALI RAMAI?🍜🍛🍰🎂
Tips mudah :

1. Re-New branding. Cari konsep yang menarik, cari tarikan utk org kenali perniagaan kita, ctg : kedai makan, blh buat konsep hipster, artis, taman, atau klasik - anda boleh gantung pelbagai gambar dan barang2 klasik dlm kedai anda, barang2 yg dah lama tu blh la buang, ganti yg baru, sbb keselesaan pelanggan adalah perkara penting utk mereka dtg lagi dan ini blh menberi suasana unik dan org akan jadikan tempat yang wajib cuba utk bergambar, skrg IG adalah trand remaja.
2. Systematic - Pekerja, susun atur dan juga perjalanan perniagaan, tak boleh tangkap muat, pakaian pekerja kena jaga, kebersihan dan juga alatan yang dipakai. Pastikan sedap mata memandang, biar murah tp cantik
3. Kualiti dan kuantiti - Jangan letak harga murah tp makanan tak ada kualiti langsung, letak harga berpatutan dgn kualiti yang tidak kedekut beserta kualiti yang memuaskan, bandingkan perniagaan kta dengan perniagaan yang dah berjaya, bukan nak tiru tapi nak tgk positif dan negetif yg harus dibuang dan dikekalkan.
4. Promosi - Perkara ini sgt penting! skrg media sosial menjadi kegilaan ramai. Satu post yg menari blh viral, apasalahnya klu kita simpan sedikit kos utk promotkan jenama dan barangan kita, itu adalah pelaburan bijak yang membantu perniagaan, jangan kedekut utk org kenali kita! (PM Admin).
5. Usaha sudah, tawakal juga penting. Doa dan minta pada Allah..
Selamat berniaga!!

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

*Jemput share dan tag kawan2

RED VELVET CHEESE CAKE5 biji telur gred B250 gram mentega beku tanpa garam*3 cawan tepung naik sendiri*3 sudu makan koko...
06/04/2019

RED VELVET CHEESE CAKE

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - letak 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota:
1.Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

atau anda boleh cuba buat syle ini...spt gambar dibawah:-

2. bila kek velvet tu dah masak...anda boleh bentokkan bulat2 dan celup coklat seperti dibawah...cubalah-saya bubuh dalam kertas cup cake dan saya toppingkan ngan cream....lazat nikmat!!!

Set time anda kelas roti  & kek (HAND OFF) datang lagi area JENIANG, GUAR CHEMPEDAK, KUALA KEDAH, Tarikh boleh rujuk pad...
06/04/2019

Set time anda kelas roti & kek (HAND OFF) datang lagi area JENIANG, GUAR CHEMPEDAK, KUALA KEDAH,
Tarikh boleh rujuk pada gambar dibawah
Untuk tempahan www.wasap.my/0199976954/tempah_kelas_handOff
Share moga bermanfaat kepada orang lain juga😉

 Resepi..250g crem cheese tatura..4 biji telur..1cwn susu pekat manis..1sb tepung gandum..1sb air..Pewarna..Caranya..Sat...
27/03/2019


Resepi..
250g crem cheese tatura..
4 biji telur..
1cwn susu pekat manis..
1sb tepung gandum..
1sb air..
Pewarna..
Caranya..
Satukan semua bahan..akak blend ja..blend sampai cheese x beketul ya..
kemudian bahagikan adunan dah boleh boh pewana ikut masing2 ya..
panaskan periuk kukus sapu minyak pada acuan..
setiap lapisan kukus selama 5 minit..bahagian last layer 10 minit ya..klu nak kukus sekali pon boleh na..kukus selama 30minit..

Fantastic cake🌸💐🍦🍥
26/03/2019

Fantastic cake🌸💐🍦🍥

Resepi Kek Coklat Moist Bakar! Bahan2 :1 cwn serbuk koko1cwn susu pekat1 cwn susu cair1 cwn gula1 cwn minyak3 biji telur...
25/03/2019

Resepi Kek Coklat Moist Bakar!

Bahan2 :
1 cwn serbuk koko
1cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
-semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
-adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Bakar 40 minit api 150’. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.

Address

Belakang Sekolah Menengah Ugama Fauzi
Yan Kechil
06900

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

0199976954

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farhany bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share