The Bakeologist

The Bakeologist Menyediakan kek, mini cheese tarts & brownies dengan harga mampu milik. Jom LIKE page kami sekarang!

Lama tak update page ni. Sibuk betul ye jadi mak anak dua ni eh haha. Alhamdulillah atas segala nikmat. Sebenarnya, masi...
20/01/2025

Lama tak update page ni. Sibuk betul ye jadi mak anak dua ni eh haha. Alhamdulillah atas segala nikmat.

Sebenarnya, masih lagi tersisa semangat nak teruskan impian dan cita cita di bawah nama The Bakeologist, tapi macam yg kita selalu sebut pada hati sendiri “takpe, tangguh dulu kejap impian ni. Anak anak dah besar sikit dah pandai sikit, kita boleh mula semula. Sekarang, fokus pada besarkan anak anak dan jadi ibu dan isteri yg sentiasa ada utk keluarga”

Sy tahu, ramai yg nak kan sy kembali beraksi membakar kek ( ye ke? Ke sy perasan sorang hhaha ), tapi saya hargai sangat tau permintaan dan harapan kalian. Doakan satu hari nanti sy come back stronger. Aa gituu. Ceh~

Nak jadikan posting ni posting pertama utk tahun 2025 bagi page The Bakeologist ni. Taknak la sampai bersarang betul haha. Masih teringat lagi susahnya kami suami isteri nak cari follower & naikkan follower page ni. Takkanlah kita nak biar terkubur mcm tu je kesusahannya kan haha.

Apa apa pun, Januari 2025 tinggal lebih kurang 10 hari lagi. Cepat betul kn masa berlalu. Semoga segala impian dan cita cita masih lagi berada atas landasan yg betul.

P/S adik samiha nak masuk 6 bulan dah baru mama nya nak upload gambo. Haha. Nanti dedua dak tecik ni boleh jadi pembantu mama bila baking nanti haha.

Lah. Ni mmg nak jual tak balik modai punya kalau org utara cakap 😆 takpe lah. Asalkan terjual. Sebab rasa membazir (dan ...
17/11/2024

Lah. Ni mmg nak jual tak balik modai punya kalau org utara cakap 😆 takpe lah. Asalkan terjual. Sebab rasa membazir (dan sedih) pulak bila tak terguna dan expired macam tu je.

Sesuai lah untuk baker yang baru nak try barang barang ni. kalau korang amik semua terus, kita kira RM25 je lah korang. Ish. Memang nak buang modai ni haha. Yang dekat dekat JB, boleh la datang pickup dekat kita. Nak delivery boleh, tapi kita cas sikit la. Yg jauh, kita boleh postage.

Tolong tolong, clearkan barang baking kita ni supaya kita boleh move on (buat seketika ni 🥹)

Ingat tak kita penah bgtau kita nak let go barang baking sikit? Ni antara nya tau. Sprinkles ni mostly exp bulan 10/2025...
17/11/2024

Ingat tak kita penah bgtau kita nak let go barang baking sikit? Ni antara nya tau. Sprinkles ni mostly exp bulan 10/2025. Nak clearkan stok. Tengah hari nanti kita up full harga setiap barang. in shaa Allah.

27/10/2024

Harini baru ada secebis kudrat nak kemas barang baking. Kita rasa kena let go la sikit barang barang ni 🥹🥲

Awas. Kemungkinan posting ini panjang 😆Bila belek belek balik profile The Bakeologist , kali terakhir kita post pasal ke...
12/07/2024

Awas. Kemungkinan posting ini panjang 😆

Bila belek belek balik profile The Bakeologist , kali terakhir kita post pasal kek adalah Disember 2023. Sekarang dah pertengahan bulan Julai 2024. Menyepi hampir 6 bulan lebih ya haha.

Saban hari, ada je pelanggan tetap dan pelanggan baru yang nak tempah kek & dessert lain dengan kita. Jujurnya, memang kita tolak semuanya. Oven pun kita dah bungkus simpan dalam stor.

Ikutkan perancangan asal, lepas siapkan kek kahwin di kedah (Disember 2023), dan cari pengalaman buka car boot sale di sana bersama sama dengan adik, kita nak teruskan buka carboot sale di Ulu Tiram.

Siap rancang lagi, bila anak ke sekolah tadika, kita buka payung jual street cake sementara tunggu anaknya habis sekolah.

MashaAllah. Allah Maha Mengetahui apa yang jauuuh lebih baik buat kita. Allah rezekikan malaikat kecil hadir dalam rahim hujung tahun lepas. Patutlah waktu kita tengah sibuk siapkan kek kahwin kat kedah tu, hampir pitam dibuatnya. Loya dan muntah hadir secara tiba tiba.

Maka disitulah bermulanya episod lembik. Tak boleh masuk dapur. Tak boleh masak. Tak boleh bau dapur sendiri & bau tumisan. Berat badan menyusut. Lansung takde tenaga nak teruskan aktiviti harian, apatah lagi nak pegang mangkuk nak buat kek haha.

Secara ringkasnya, kita berhenti terima sebarang tempahan kek atas sebab kita tengah mengandung. Haha. Kan senang bagitau macam tu 🤣

Buat mana mana pelanggan yang pernah jual beli dengan kita, terima kasih banyak tau atas sokongan dan kepercayaan kalian. Doakan kita dipermudahkan bersalin dalam beberapa minggu lagi ni.

Okay, sebelum berakhir— bila nak open order balik? Haaaa. Kita mungkin akan rehat panjang ☺️ tunggu anak anak dah besar la kot. Hahaha. Takde lah. Hanya Allah yg tahu. Masih lagi kabur kabur dengan perjalanan The Bakeologist ni.

Akhir kata, kita tak pernah menyesal dengan tindakan kita utk letakkan “pause” pada perjalanan baking ni. Minat dan cinta pada baking masih sama. Buat rakan rakan baker, moga terus maju jaya! ❤️

Salam sayang,
Nur Syuhada
hanya baking untuk keluarga lepas ni
Hihi 😋

09/07/2024

Testing. Testing. 1 2 3.
Like sikit bagi sesiapa yg nampak posting ni 🤣

*Kena update, tanda masih lagi hidup haha

Tak sangka chocolate hazelnut cake ni berjaya menempatkan tempat di hati orang yang merasa nya. Alhamdulillah. Nanti kt ...
15/12/2023

Tak sangka chocolate hazelnut cake ni berjaya menempatkan tempat di hati orang yang merasa nya. Alhamdulillah.

Nanti kt JB pun kita teruskan perisa ni ya. RM 60 sahaja tau. Cream tu rasa hazelnut tau 😋 layer tengah kita letak hazelnut waffer crumbs. Ish sedap tak terkata lah 😭

Mini pack RM10 untuk rakan rakan cikgu sekolah abah. Alhamdulillah. Sehari dua ni badan tak berapa sihat. Ada rezeki seb...
13/12/2023

Mini pack RM10 untuk rakan rakan cikgu sekolah abah. Alhamdulillah.

Sehari dua ni badan tak berapa sihat. Ada rezeki sebelum balik JB kita niaga carboot.

Sebenarnya, ni lah tujuan utama balik kedah. Ada tempahan kek kahwin! Alhamdulillah. Kek kahwin kedua daripada The Bakeo...
12/12/2023

Sebenarnya, ni lah tujuan utama balik kedah. Ada tempahan kek kahwin! Alhamdulillah.

Kek kahwin kedua daripada The Bakeologist . Untuk kenduri abang kepada adik ipar saya.

Pihak pengantin bagi kebebasan untuk hiasan cup cake. Jadi deko piping bunga ni sebenarnya plan yg kedua. Sebab terfikir, sebenarnya saya ada letakkan target persendirian— untuk belajar piping bunga atas kek.

Secara kasarnya, saya dah boleh tick ✅ untuk pencapaian tu. Walaupun belum sesempurna dan se kemas mana. Boleh la kalau ada yang nak tempah cup cake set tu untuk hantaran ke kan 😉🫰🏻

Apa apa pun, saya happy! Bila dapat feedback rasa kek daripada pengantin sendiri dan warga tetamu yg rasa kek, lagi bertambah happy! Alhamdulillah. Semua orang yg rasa, berpuas hati dan s**a 😍

❤️

*gambar 1 & 2, di snap cantik oleh adik photographer saya, Fadhlan Fauzi & AFRA Studio MY.

Terima kasih from Nur Syuhada ❤️

Tiramisu creamy cheese cake & black forest cake. Terima kasih ustazah! ❤️Esok ada event penting dalam kamus hidup The Ba...
09/12/2023

Tiramisu creamy cheese cake & black forest cake. Terima kasih ustazah! ❤️

Esok ada event penting dalam kamus hidup The Bakeologist tau. Doakan semuanya berjalan lancar. Aamin 😄🤲🏻

Delivery harini ke tempat belajar waktu sekolah menengah rendah. Waktu sekolah sini, berpeluang memegang title ‘anak cik...
08/12/2023

Delivery harini ke tempat belajar waktu sekolah menengah rendah.

Waktu sekolah sini, berpeluang memegang title ‘anak cikgu’ haha 😆😆 seronok tau sekolah sekali dengan ibu sendiri ni. Boleh pergi dan balik sekolah sama sama haha.

Cumanya harini tak berpeluang jumpa cikgu cikgu lain atas sebab urusan delivery lain.

Terima kasih cikgu norita, order kek untuk cikgu aspalina. Moga terus murah rezeki.

Antara menu semalam— chocolate hazelnut cake. Next week dah last week dah kita berhempas pulas carboot dekat sungai peta...
07/12/2023

Antara menu semalam— chocolate hazelnut cake.

Next week dah last week dah kita berhempas pulas carboot dekat sungai petani. Lepas tu dah balik JB semula 🥹

Address

Ulu Tiram

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60194346752

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Bakeologist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share