Rizas Bakery

Rizas Bakery menjual roti secara borong dan runcit yang pastinya lembut dan sedap

RESEPI NUTELLA BUTTON CookiesBahan2 : 250g butter (pakai butter campuran pun boleh)80g gula icing-Kacau sebati guna mixe...
08/03/2023

RESEPI NUTELLA BUTTON Cookies

Bahan2 :
250g butter (pakai butter campuran pun boleh)
80g gula icing
-Kacau sebati guna mixer/ senduk kayu

16g serbuk badam (takde boleh skip)
16g serbuk koko
16g terpung jagung
-Masukkan dlm adunan & kacau lg.

300g tepung gandum
-Masukkan tepung last & gaul smpi jadi doh.

200g badam cincang
-Letak badam cincang kat pinggan secukupnya.
Gris loyang.

Bulat2kan doh tadi sebesar ruas ibu jari/ 1 sdt metrik. Gelekkan kat badam. Pastu leperkan sikit & tekan tengah untuk lubang Nutella.
-Susun semua di loyang. Pastu baru paipkan Nutella. Nak mudah, Nutella tu masukkan dalam piping bag/ plastik makanan. Gunting hujung plastik & picit ke dalam lubang yang kita tekan tadi.
-Panaskan oven 180'. Bakar 30min, on kipas, rak paling bawah. Ni suhu saya guna oven Khind 52L. Terpulang suhu oven masing2.
-Sudah masak, tunggu sejuk betul2 baru masuk balang.

-Selamat mencuba!👍

Credit: Chesu Riani

08/02/2023
Mencuba sesuatu yang baruSekarang dah ada kat kedai kami Lokasi berhadapan balasoh kg telaga bata
05/02/2023

Mencuba sesuatu yang baru
Sekarang dah ada kat kedai kami

Lokasi berhadapan balasoh kg telaga bata

Assalamualaikum  semua.. selamat pagi...Semoga Kita DiBerikan Kesembuhan Daripada Sebarang Penyakit Dan Diberikan Kesiha...
02/02/2023

Assalamualaikum semua.. selamat pagi...
Semoga Kita DiBerikan Kesembuhan Daripada Sebarang Penyakit Dan Diberikan Kesihatan Yang Baik. Aamiin...

Resepi Tornado Chocolate Cheese Cake

(A) Kek Coklat
1 cwn susu pekat*
1 cwn susu cair*
1 cawan butter cair / minyak jagung*
1 cawan cocoa powder*
1 cawan gula*
1/2 tsp garam*
4 biji telur saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
1 sdt rata serbuk penaik
1 sdt rata soda bikabornat
1 sdt esen vanilla

Cara-cara:
1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati.
2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih)
3. Tutup api, rehatkan sebentar.
4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
4. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
5. Tuang ke dalam loyang bersize lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper.
6. Bakar pada suhu 180’C selama 23-30 minit (hingga masak) atau boleh juga dikukus .

(B) Cream cheese
250 gram cream cheese (suhu bilik)
100gm Mascarpone Cheese (sejuk)
200ml Dairy whipping cream (sejuk)
4 sdb susu pekat
Cara-cara:
Pukul cream cheese, mascarpone dan susu pekat hingga kembang, masukkan whipping cream, puku hingga gebu.

(C) Chocolate ganache
250 gram Dark choc
250ml Dairy Awhipping cream
2 sudu besar mentega
Cara-cara:
Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih), tuang pada choc, biar sebentar dan kacau rata.

Cara susun:
- Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama kemudian cream cheese pada lapisan kedua dan seterusnya kek coklat pada lapisan ketiga . Pada lapisan paling atas ratakan chocolate ganache sehingga mentupi kesemua bahagian kek dan cheese. Akhir sekali, tabur choc flakes/choc nibs/choc rice (ikut s**a). Sejukkan.

Kredit: sarina seman

❗❗INFO Tentang BUTTERCUP YANG PATUT ANDA TAHUBUTTERCUP KETULSESUAI untuk sapuan roti.SESUAI untuk biskut.TIDAK SESUAI un...
01/02/2023

❗❗INFO Tentang BUTTERCUP YANG PATUT ANDA TAHU

BUTTERCUP KETUL
SESUAI untuk sapuan roti.
SESUAI untuk biskut.
TIDAK SESUAI untuk kek, sebab kek akan jadi kering, berderai bila dipotong.

BUTTERCUP TONG
SESUAI untuk kek
SESUAI untuk biskut

BUTTERCUP TIN
SESUAI untuk kek
SESUAI untuk masakan
TIDAK SESUAI untuk biskut, sebab ia masin

Ringkasnya:
Untuk Kek - guna Tin atau Tong
Untuk Biskut - guna Ketul atau Tong
Untuk Masakan - guna Tin
Dan ingat... kalau semuanya adalah sama takkanlah company saje saje nak buat packing yang berbeza... lu fikir la sendiri...

Jadi, katalah nak raya ni kita nak guna marjerin Buttercup untuk buat kek dan biskut, tak guna sangat untuk masak-memasak, maka kita beli lah yang jenis dalam tong. Smua boleh.

Ingat.. Buttercup 💥BUKAN BUTTER ASLI

Semoga info ini bermanfaat
Perkongsian Page Rasmi Chef Fazalina

Ada kat kedai roti Rizas Bakery Lokasi depe balasoh telaga bataKg telaga bata
23/01/2023

Ada kat kedai roti Rizas Bakery

Lokasi depe balasoh telaga bata
Kg telaga bata

Resepi  Ikan bakar Air AsamIkan di bakar letak garam kasar sahaja!! Air Asam Picit  & Ulam Ulaman.Resepi : 🐟Air Asam Pic...
17/01/2023

Resepi Ikan bakar Air Asam

Ikan di bakar letak garam kasar sahaja!!
Air Asam Picit & Ulam Ulaman.

Resepi : 🐟
Air Asam Picit.
1) Mommy guna Asam Jawa Seketul bulat Sebesar Limau Nipis + Belacan Sebesar 2 Ibu Jari + Cilipadi 9 Biji+ 1/2 Sudu Teh Gula+ 1/2 Sudu Teh Garam.

2) Masukkan Semua dalam Mangkuk. Tambah Air dalam 1/4 Cawan.

3) Ramas2 Asam Jawa dan Belacan sampai sebati. Patah2 kan Cilipadi sambil tenyeh kat Mangkuk. Kalau x pandai buat macam tu. Potong Kasar Cilipadi dan tumbuk dlm Lesung Batu kasar2 dan masuk dlm Air Asam n Belacan.

4)Perasakan Garam dan Gula. Kalau Nampak pekat Tambah Air lagi. Agak2 lah. Cubalah inshaallah sedap. — feeling lovely in Kuala Kedah.

Credit resepi : Puan Yoi

Hepi monday 😁Kedai roti rizas bakery buka dh niJemput walk in ye
16/01/2023

Hepi monday 😁

Kedai roti rizas bakery buka dh ni

Jemput walk in ye



RESEPI KEK COKLAT KARAMELAntara resepi kek mudah buat dan sedap...Bahan-bahan :2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang ata...
16/01/2023

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL
Antara resepi kek mudah buat dan sedap...

Bahan-bahan :
2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg ...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..
Karamel

1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan

*lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..

4 biji telur di bland...
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga sebati...tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...

Nk tau da msk cucuk dgn lidi...klu x melekat da msk...

Kredit fauzi

15/01/2023

Ya Allah Ampunilah kami
Rahmatilah kami
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Murahkanlah rezeki kami

RESEPI SOTONG GORENG TEPONG TAK LARI Bahan-bahan:* 1 cawan tepung ubi * 1 cawan tepung jagung * 2 sudu tepung bestari* S...
15/01/2023

RESEPI SOTONG GORENG TEPONG TAK LARI

Bahan-bahan:
* 1 cawan tepung ubi
* 1 cawan tepung jagung
* 2 sudu tepung bestari
* Sebiji Telur
* 1 sudu KFC garam dan black pepper

Cara-cara:
1. Campurkan semua tepung bersama garam dan black pepper- tak perlu bancuh
2. Pecahkan telur gaul2 sotong, angkat terus golek2 dalam tepung
3. Letak minyak dalam kuali dgn kuanti yang banyak, bagi betoi2 panas dan api jangan kuat sangat
3. Goreng sampai keperangan. Alhamdulillah elok kejadiannya, tak meletup dan tak makan minyak

Terima kasih Niza Nora for sharing
Resepi asal: Nurul Faidha

Address

Lot 2727 Kampung Telaga Bata
Tumpat
16210

Opening Hours

Monday 08:30 - 19:00
Tuesday 08:30 - 19:00
Wednesday 08:30 - 19:00
Thursday 08:30 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 08:30 - 19:00
Sunday 08:30 - 19:00

Telephone

+60199669281

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rizas Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category