SK Jalan Tanjung

Call Directions Contact the business

SK Jalan Tanjung Pra sekolah 5 & 6 tahun. Tahun 1 - Tahun 6. (Tiada Kelas Pendidikan Khas) Sekolah ini ditubuhkan pada 1998.

ROBOTIK WALNUT EDUCATION PERINGKAT KEBANGSAAN 2026Sabtu 26 September 2026Terima kasih jurulatih yang komited Pn Syamimi ...
28/09/2026

ROBOTIK WALNUT EDUCATION PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
Sabtu 26 September 2026

Terima kasih jurulatih yang komited Pn Syamimi & Sir Huzaifah.
Terima kasih warga pendidik yang sentiasa menyokong & memberikan sokongan. Tahniah anak HEBAT SKJT yang melangkah cemerlang.
Terima kasih PIBG
Kejayaan ini untuk kita semua 🤝🌹

12 September 2026 Sabtu,Warga SKJT terus mengatur langkah ....1. KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD KUALA LANGAT - PENYAMPAI...
12/09/2026

12 September 2026 Sabtu,
Warga SKJT terus mengatur langkah ....

1. KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD KUALA LANGAT -
PENYAMPAIAN REPLIKA CEK SEKOLAH REFORMASI & PERTANDINGAN PENYEDIAAN BENTO PRASEKOLAH
2. KARNIVAL BIMBINGAN KAUNSELING NEGERI SELANGOR - IKON KERJAYA TAHAP 1
3. STRIKE BERSAMA SKJT - PIBG 2026 (BOWLING) HARBOUR PLACE KLANG
4. KECERIAAN SEKOLAH

TAHNIAH & SYABAS SEMUA ...HEBAT semua nya 💯

Anak-anak HEBAT SKJT....Jumpa esok ya 😍Isnin 7 September 2026 ....
06/09/2026

Anak-anak HEBAT SKJT....
Jumpa esok ya 😍
Isnin 7 September 2026 ....

TAHNIAH & SYABAS Team yang baharu dibuka... pencarian bakat anak HEBAT SKJT... telah meletakkan nama SK Jalan Tanjung di...
29/08/2026

TAHNIAH & SYABAS
Team yang baharu dibuka... pencarian bakat anak HEBAT SKJT... telah meletakkan nama SK Jalan Tanjung di puncak kejayaan negeri Selangor. Tahniah anak yang hebat, guru yang berdedikasi, komitmen luar biasa....kami bangga dengan semangat dan pencapaian kalian. Terima kasih semua warga sekolah yang mendoakan dan memberi sepenuh kerjasama utk perjuangan ini. Kita 1 team, 1 keluarga yang HEBAT.
Semoga pasukan ini akan terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan di peringkat Kebangsaan dan mengharumkan nama sekolah kita, daerah Kuala Langat & negeri Selangor yang kita sayangi.

Guru Pembimbing :
1. Syamimi binti Sulaiman
2. Hudzaifah bin Mohd Rezil (Guru Praktikal KPTM Bangi - TESL)

Anak HEBAT kita :
1. Nor Mahadi Husni bin Nor Bahari
2. Sarah binti Mohd Rezil
3. Muhammad Yusuf bin Abdul Rahman
4. Muhammad Fahmi bin Hj Mohd Fauzi

* terima kasih team SK Busut Asli Kuala Langat yang menjadi Rakan Strategik SKJT - membimbing kami ke tahap ini...

ALHAMDULILLAH & SYUKUR Tahniah & Syabas MyTEAM yang HEBAT dan telah berganding bahu, memberikan kerjasama dan komitmen d...
09/08/2026

ALHAMDULILLAH & SYUKUR
Tahniah & Syabas MyTEAM yang HEBAT dan telah berganding bahu, memberikan kerjasama dan komitmen dalam setiap usaha memperkasa, merealisasikan matlamat RPM 2026-2035. Ayuh,
Kita usahakan sehabis baik dengan kejayaan-kejayaan sekolah, warga pendidik dan anak HEBAT SKJT 2026 sehingga Disember nanti.

PERMOHONAN KEMASUKAN ke SEKOLAH KHUSUS (Tinggal 6 hari lagi - sehingga 14 Ogos 2026) Ibu ayah dan anak HEBAT SKJT Tahun ...
08/08/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN ke SEKOLAH KHUSUS
(Tinggal 6 hari lagi - sehingga 14 Ogos 2026)

Ibu ayah dan anak HEBAT SKJT Tahun 6 2026, rebutlah peluang ini untuk memohon & mengambil peluang untuk anak masing-masing.
Cabar diri anak-anak, luaskan pengalaman dan pengetahuan demi untuk masa hadapan yang lebih baik...
Jika ada sebarang masalah,@ persoalan, boleh pm/ hubungi guru kelas anak masing-masing.
* Permohonan kemasukan ke RMC/MTD untuk Tingkatan 1 juga dibuka.
Boleh teruskan permohonan -
spskt1.moe.gov.my

Alhamdulillah & Syukur di atas segala kerjasama yang diberikan oleh warga pendidik dan anak HEBAT SKJT..Terus terbang ti...
25/07/2026

Alhamdulillah & Syukur di atas segala kerjasama yang diberikan oleh warga pendidik dan anak HEBAT SKJT..
Terus terbang tinggi duhai anak, warga sekolah sangat berbangga dengan pencapaian kalian.

Pihak sekolah dengan ini merakamkan ucapan Tahniah dan Syabas kepada semua anak & pendidik HEBAT SKJT di atas keberanian...
17/07/2026

Pihak sekolah dengan ini merakamkan ucapan Tahniah dan Syabas kepada semua anak & pendidik HEBAT SKJT di atas keberanian, kesediaan dan semangat daya juang yang tinggi kalian zahirkan.

Terima kasih warga sekolah,
Ibu ayah/ penjaga yang sentiasa memberikan kerjasama, PIBG yang sentiasa menyokong, serta semua pihak yang sentiasa mendoakan...

Terus bangun dan mencipta kecemerlangan duhai anak & warga HEBAT SKJT.
Kami amat berbangga dengan usaha kalian 🤲💝

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KUALA LANGAT 2026Mereka kental, kuat semangat & berupaya meneruskan perjuangan team ini sehin...
01/07/2026

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KUALA LANGAT 2026

Mereka kental, kuat semangat & berupaya meneruskan perjuangan team ini sehingga hari ini.
Mohon doakan semoga Allah permudahkan segala urusan utk langkah mereka hari ini, bertemu team SKKB (A) & SK J (A) yang sememangnya hebat.
Kami warga sekolah percaya kekuatan diri anak-anak HEBAT SKJT solehah ini berupaya untuk menyaingi team yang ditetapkan.
Go Go Go .....doa kami mengiringi perjuangan kalian...

Program SEMARAK JAWI SK Jalan Tanjung 2026Tarikh : 25 Jun 2026Hari : Khamis Masa : 2.30 - 4.30 ptgTempat : Kantin Sekola...
25/06/2026

Program SEMARAK JAWI SK Jalan Tanjung 2026

Tarikh : 25 Jun 2026
Hari : Khamis
Masa : 2.30 - 4.30 ptg
Tempat : Kantin Sekolah

Terima Kasih kepada :
Sektor Pendidikan Islam PPD Kuala Langat
Unit Kurikulum, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab & Unit Pemulihan Khas Permata Hati
Semua ibu ayah dan penjaga - anak HEBAT SKJT yang telah hadir dan bersetuju untuk memberikan kerjasama 💯 dalam menjayakan program ini.
Ayuh bersama merealisasikan matlamat 350/393 berjaya menguasai kemahiran ini di penghujung November 2026 nanti.

Address

Bt. 9, Sijangkang
Telok Panglima Garang
42500

Telephone

0331221702

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Jalan Tanjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SK Jalan Tanjung:

Shortcuts

Share