14/10/2026
𝗣𝗔𝗥𝗞𝗜𝗥 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗝
Parkir di Hospital Besar Tawau bakal memasuki era parkir berbayar!
Berdasarkan keadaan di lokasi pada 13 Oktober, sistem palang automatik sudah dipasang di kawasan parkir hospital berkenaan.
Notis bertulis "SISTEM PARKIR BERBAYAR DALAM PEMASANGAN" turut dipaparkan, menandakan persiapan ke arah pelaksanaan sistem parkir berbayar sedang dijalankan.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh pelaksanaan, kadar bayaran serta kemudahan pengecualian atau diskaun kepada golongan tertentu.
Seperti yang diketahui ramai, masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Besar Tawau bukanlah perkara baharu. Ada kalanya pengunjung terpaksa berpusing beberapa kali sebelum menemui parkir kosong.
Ada yang berpendapat sistem berbayar mampu mengurangkan masalah kenderaan yang diletakkan terlalu lama dan memberi lebih banyak peluang parkir kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Namun, hospital bukanlah pusat membeli-belah. Pesakit yang menjalani rawatan, ahli keluarga yang menjaga pesakit di wad serta mereka yang perlu berulang-alik setiap hari mungkin terpaksa menanggung kos tambahan.
Bagaimana p**a dengan warga emas, ibu mengandung, golongan OKU dan penjaga pesakit jangka panjang? Adakah mereka akan diberikan kemudahan atau kadar istimewa?
Pelaksanaan sistem parkir berbayar mungkin membantu meningkatkan pengurusan parkir, tetapi kadar yang berpatutan dan kebajikan pesakit serta keluarga juga perlu diberi perhatian.
Apa pandangan anda?
Adakah anda SETUJU atau TIDAK SETUJU parkir di Hospital Besar Tawau dikenakan caj?
Jika perlu bayar, berapakah kadar yang anda rasa berpatutan? Patutkah penjaga pesakit diberikan parkir percuma?
Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.