21/11/2024
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) atas sokongan padu melalui pemberian Geran JUJ kepada usahawan mikro seperti Warung Roti. Inisiatif ini bukan sahaja membantu kami mempromosikan produk, tetapi juga memperkukuh jenama kami sehingga lebih dikenali, bahkan merentas daerah.
Alhamdulillah, hasil kerjasama ini telah melonjakkan permintaan pelanggan dan memberi impak positif terhadap perkembangan Warung Roti.
Terima kasih juga kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Negeri Johor atas usaha murni membela usahawan kecil seperti kami. Semoga sokongan ini terus menjadi pemangkin kejayaan para usahawan Johor.