12/05/2022
Ini nasihat saya kepada usahawan yang selalu rasa down.
Jujurnya, saya selalu terima mesej dari usahawan. Mereka rasa ‘jem’, down, semangat tak ada. Tak kira asal dari diri sendiri atau persekitaran (Orang kutuk ke, rendahkkan kita ke).
Ok, ini 3 cara yang anda boleh gunakan. Cara ini juga adalah strategi yang saya juga guna bila saya lost.
1. Bergerak!
Kesilapan besar bagi semua orang yang ada masalah untuk stay pasif tak bergerak. Banyak fikirkan masalah. Bila saya kata gerak, saya maksudkan untuk ‘move your body’. Buat sesuatu. Bergerak adalah kunci untuk segarkan emosi yang kacau. Nabi Muhammad juga dalam satu hadis, memperingatkan umat supaya jauhi kehidupan yang ‘menyendiri’
2. Cakap yang baik dan positif
Ini sangat penting. Usah di ulang-ulang kesilapan kita. Atau kata-kata orang pada kita. Move on! Kalau tak ada benda baik sangat nak cakap, diam! Kalau cakap, pilih cakap perkara yang elok. Ulang cakap berkata yang elok. Walau ia belum nyata, lama-lama kita akan mula porcaya. “Saya rasa tak boleh… down’. Dengan “Saya yakin sebab masalah ini, saya akan jadi lebih baik”. Mana satu lagi bagus?
3. Fokus
Tukar fokus anda kepada perkara yang baik-baik. Saya percaya 1 perkara. “Where your focus goes, energy flows”. Di mana kita letak fokus kita, disitu energi akan ada. Ketika anda membaca ini, cuba cari 3 benda warna merah sekeliling anda. Dah? Sekarang TANPA melihat sekeliling, saya nak anda cari 3 benda warna kuning. Susah? Itu lah kesan bila kita fokus. Tadi fokus cari benda warna merah. Maka otak akan bagi arahan pada mata untuk melihat benda merah sahaja. Sehingga tertinggal warna yang lain. Bayangkan kalau merah itu adalah masalah dan kuning adalah penyelesaian. Jika kita fokus masalah, adakah boleh jumpa penyelesaian?
So far 3 ni, membantu?
Lagi banyak strategi kalau anda datang 2 hari training Evolusi nanti. Info ada di web Evolusi. InsyaALLAH.
By the way, kalau mulai hari ni, saya nak share (Dengan menulis) lagi banyak strategi untuk handle masalah dalam bisnes on ke tak?