23/07/2026
πβ¨ Throwback to June 2022.
Sebelum NaVita Multipurpose Hall tampil dengan wajah yang anda lihat hari ini, dewan kami telah menjadi lokasi pelbagai program komuniti, latihan dan kursus.
Antara kenangan yang kami hargai ialah Kursus Kemahiran Pembuatan Aiskrim yang berlangsung pada 13β15 Jun 2022, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Melihat kembali gambar-gambar ini mengingatkan kami sejauh mana perjalanan NaVita. Walaupun dewan ketika itu masih dalam versi asal sebelum dinaik taraf, kami tetap berusaha memberikan ruang yang selesa untuk setiap program yang diadakan.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan. Setiap program yang pernah berlangsung di sini menjadi sebahagian daripada perjalanan dan perkembangan NaVita Multipurpose Hall hingga ke hari ini. β€οΈ
π NaVita Multipurpose Hall, Tamparuli Point