29/04/2026
Kau mungkin bukan punca anak kau gagal.
Tapi ayat yang kau ulang sejak dia kecil,
boleh jadi suara yang akan hentikan dia seumur hidup.
Ramai mak ayah percaya, jujur dengan anak itu penting.
Jadi bila anak minta sesuatu, jawapan automatik: “Kita tak mampu.”
Tapi itu bukan kejujuran.
Itu skrip kemiskinan yang kau install dalam kepala hotak dia.
Cuba kira.
Kalau anak kau dengar ayat tu 3 kali seminggu,
setahun dah 156 kali.
Kalau berterusan 15 tahun,
itu jadi 2,340 kali.
2,340 kali arahan.
Otak manusia tak peduli tentang niat baik.
Apa yang kau ulang itu yang dia percaya.
Selepas ribuan kali,
“tak mampu” bukan lagi ayat.
Dia jadi default setting hidup dia.
Kau tak salah sepenuhnya.
Kau cuma ulang skrip lama.
Generasi sebelum ajar kau “sedar diri”.
Kau ulang balik tanpa sedar.
Skrip yang sama.
Diturunkan dari generasi ke generasi.
Kalau kau tak mula ubah sekarang, ia akan terus diturunkan ke generasi seterusnya.
Bezanya kecil tapi impaknya besar.
Satu ayat: “Kita tak mampu.”
Satu lagi: “Macam mana cara untuk kita mampu?”
Satu tutup pintu.
Satu paksa otak cari jalan.
Anak yang dibesarkan dengan “tak mampu”
akan nampak harga dan terus berhenti.
Anak yang dibesarkan dengan “macam mana”
akan nampak harga otak terus mula berfikir mencaro 1001 cara.
Bezanya bukan duit.
Bezanya cara otak dia bekerja.
Kos untuk tukar ayat itu?
Kosong.
Tapi kos kalau kau tak tukar?
Anak kau bayar seumur hidup.
Jadi bila satu hari nanti dia cakap, “aku tak mampu capai impian aku…”
Cuba tanya diri kau
Itu suara dia?
Atau suara yang kau ulang dalam kepala dia
sejak kecil?