Resipi Hari Ini

Resipi Hari Ini 1 Hari 1 Resipi masakan. Please like, follow & share. TQ

Join Group Tele Resipi Hari Ini untuk dapatkan update resipi harian: https://t.me/DailyCookspiration

07/05/2026

Mango Milkshake 🥭

Cuaca panas camni segar betul dapat minum milkshake, puas hati betul dapat buat sendiri. Nak buat pun senang sangat tanpa ais pun boleh jadi tau! Guna je slushi machine dari Ninja ni 👇

https://s.shopee.com.my/1LcLpdgDif

06/05/2026

Sambal kicap simple, guna 6 bahan je. Wajib buat stok ni, makan dengan bihun sup memang ngam! 😋

Bahan bahan : Cili padi, bawang putih, kicap manis, gula, garam, perasa.

Jijieyzamri

05/05/2026

Daging Goreng Belengas ni cukup satu menu je, gaul dengan nasi panas fuhhh sedak dooh wei 😋

Bahan bahan : Daging, air, garam, perasa, serbuk kunyit, minyak, sos tiram, kicap manis, sos cili, lobak merah, kacang panjang, lada solok, cili padi, hirisan bawang holland.

Jijieyzamri

12/04/2026

Ayam cili kering simple dan sedap! Nikmat betul gaul dengan nasi panas 😋

Jijieyzamri

11/04/2026

Apam coklat gebu gebas boleh la nak buat potluck raya nanti. Satu adunan ni boleh dapat dalam 45-50 biji apam coklat. Berbaloi sangat kan! 🥰

Blend :
-1 cawan susu cair
-1 cawan susu pekat
-1 cawan gula
-2 biji telur (gred B)

Tepung kering (semua ayak)
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan serbuk koko
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil baking powder

Campur bahan kisar dengan tepung kering. Masukkan 1 cawan minyak masak, 1 cawan air panas. Gaul sebati dan masukkan adunan dalam acuan (sapu minyak dulu). Kukus selama 15-20 minit.

jijieyzamri

10/04/2026

LAKSA SARDIN TIN

Resepi laksa simple guna sardin tin je. Rasa tetap sedap tau 😋 kalau korang nak buat laksa tapi taknak renyah2 rebus ikan. Boleh try resepi ni ya 😋

Bahan-bahan :
🔹Laksa
🔹Air
🔸2 biji bawang besar
🔸5-6 tangkai cili kering (lebihkan kalau nak pedas)
🔸2 inci belacan
🔸2 tin besar sardin (ambil ikan sahaja)
✨5-6 keping asam keping (boleh kurangkan or lebihkan)
✨1-2 bunga kantan
✨Daun kesum (daun sahaja)
✨Air secukupnya
🔹Garam
🔹Serbuk perasa
🥬Daun salad
🥬Timun
🥬Bawang besar
🥬Telur rebus
🥬Cili padi
🥬Limau kasturi

Cara-cara :
📍Rebus laksa sehingga lembut. Dah lembut boleh toskan dan bilas dengan air biasa.
📍Kisar halus semua bahan bertanda 🔸
📍Satukan bahan kisar bersama semua bahan bertanda ✨. Rebus sehingga warna kuah berubah menjadi sedikit gelap.
📍Perasakan dengan garam, gula & serbuk perasa.
📍Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.

Selamat mencuba 🍛

Didapuryana

26/03/2026

Resipi Cheesy Chicken Egg Mayo

Bahan²:
-4 biji telur rebus
-Garam secukup rasa
-Black pepper
-Roti Loaf 4 keping
-Chicken Slice
-Cheesy Slice
-Mozzarela Cheese

credit : dyasyazzy

25/03/2026

Resipi Matcha Soft Cookies Jangan lupa bekukan doh selama 1-2 jam sebelum bakar. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit. Selamat mencuba.

credit: moeirajohnson

24/03/2026

Resipi Ambuyat

Bahan²

-1½ cawan tepung ubi tapioca
-sedikit garam & perasa
-1 liter air
-bawang gorang & daun bawang

Bahan² kuah
-10 biji cili padi
-1 biji bawang besar
-5 ulas bawang putih
-secubit garam & perasa
-air secukupnya

22/02/2026

Simple dan sedap, korang pon boleh try resepi ni kat rumah. Yang penting guna Kiub Pati Ayam MAGGI yang diperbuat dengan ayam sebenar.

Bahan-bahan:
Kiub Pati Ayam MAGGI
Ayam
Halia
Bawang putih
Cili merah
daun bawang
kicap cair
MAGGI sos tiram
minyak bijan
serbuk lada putih

20/02/2026

Megi Goreng Basah
Sedap dooh2 2000/10. salah 1 tips nak sesedap begini kena masak 1 portion sekali masak. kalau 4 orang, 4x masak lah ya 🫣
tumbuk :
🌷1 biji bawang merah
🌷2 biji bawang putih
bahan ikut turutan masak :
🌷minyak
🌷bahan tumbuk
🌷1 sm cili kering blend
🌷1 sm sos tiram
🌷1 sm sos cili
🌷1-2sm kicap manis
🌷udang
🌷fishball
🌷1 peket perencah kari
🌷1 cawan air
🌷1 peket mee instant
🌷1 biji telur
🌷tabur cili padi & daun sup



fatihahanapi

Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resipi Hari Ini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category