Oh My Bread

Oh My Bread ANDA INGIN BELAJAR KELAS ROTI/KEK BOLEH HUBUNGI CIKGU

Mai nak ajar.....bagi siapa nak belajar buat roti.Lokasi tempat belajarSungai PetaniAlor SetarKulimBalingBertamNibong Te...
19/09/2023

Mai nak ajar.....bagi siapa nak belajar buat roti.
Lokasi tempat belajar
Sungai Petani
Alor Setar
Kulim
Baling
Bertam
Nibong Tebal

Kami tunjuk anda yang buat.... ini baru belajar.
Daftar cepat....

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese* Sebelum mula membuat kek, pastikan semua bahan berada pada suhu bilik yer.Bahan-ba...
16/09/2023

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
* Sebelum mula membuat kek, pastikan semua bahan berada pada suhu bilik yer.

Bahan-bahan - Kek cheese
250 gm cream cheese - saya guna jenama tatura, satu peket 250 gm
60 gm gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 biji telur- saya guna gred B
1sudu besar air
i sudu tepung gandum

Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Saya guna hand mixer.
2. Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Biarkan sebentar.

Bahan-bahan - Kek coklat
2 biji telur- gred B
1 cawan gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda**
1/2 sudu baking powder**
** Diayak terlebih dahulu.

Cara penyediaan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. sau guna hand mixer.
Setelah kembang, masukkan esen vanilla dan garam.
2. Kemudian, masukkan air panas, susu cair dan minyak masak. Dan, kacau sebentar.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Kemudian, biarkan sebentar dan bahagikan kepada dua adunan.

Bahan-bahan - Coklat Ganache
150gm coklat masakan - saya guna jenama Nona
1/4 susu cair
1 sudu besar minyak/mentega
Cara penyediaan:
1. Panaskan susu dan coklat masakan (kaedah double-boiler). Jika direct api, coklat boleh hangit.
2. Padamkan api dan kacau sehinga cair.
3. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Ketepikan

Cara mengukus kek:
1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana. Balut penutup kukusan dengan kain yang bersih, untuk mengelakkan air kukusan jatuh kedalam kek.
2. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak/ aluminium foil.
3. Tuang separuh adunan coklat kedalam loyang dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan kek coklat. Sekiranya sudah masak gebu, tuang p**a adunan cream cheese diatasnya dan ratakan. kemudian, tutup balik menggunakan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
5. Setelah 20 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan cheese cake. Sekiranya sudah masak gebu, tuang p**a adunan kek coklat diatasnya dan ratakan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Setelah kek sejuk, tuang coklat ganache diatasnye. Alhamdullilah siap!

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAHBAHAN-BAHAN- Bawang putih- Serai- Halia- Lengkuas(Blender semua)- Serbuk cili- Serbuk kari da...
13/09/2023

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
- Bawang putih
- Serai
- Halia
- Lengkuas
(Blender semua)

- Serbuk cili
- Serbuk kari daging
- Jintan manis (biji bukan serbuk)
- Garam
- Gula sikit
- Tepung jagung
- Daun kari

CARA BUAT
*Gaul semua bahan dengan ayam dan perap.

Nak dapatkan ayam yang cantik dan serdak² tak hangus tu kena pandai main api lah, masa minyak dah panas kecilkan api masukkan ayam, biar lebih kurang 10minit api kecil, baru besarkan api, daun kari tu tabur dalam kuali masa nk angkat ayam tu, jangan letak awal nanti daun kari hangus tak cantik. Bila dah angkat ayam tu nak tambah lagi ayam dalam kuali kecilkan api lagi dan begitulah seterusnya.

KUAH
- Rempah empat sekawan
- Bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia (blender)
- Serbuk kari daging dan serbuk rempah kerutuk
- Cili kering yang direbus (blender)
- Serbuk cili sedikit
- Kerisik
- Santan
- Ayam potong kecik²

CARA-CARA
- Tumis 4 sekawan dalam minyak yang dah panas.
- Pastu masukkan bahan blender, cili kering, serbuk cili, serbuk kari daging, rempah kerutuk.
- Tumis sampai pecah minyak, masukkan air sikit, biar jadi macam pes tu kacau².
- Pastu masukkan ayam, santan, kerisik, kuah jangan cair sangat.
- Perasakan dengan garam dan gula, biarkan menggelegak dan bahan tadi sebati masak.

Siap.

Ayam Bakar Simple SedapBahan :Ayam 1 ekor3 biji Bawang merah2 biji bawang besar3 - 4 biji Bawang putih1/2 biji Bawang ho...
26/09/2022

Ayam Bakar Simple Sedap

Bahan :
Ayam 1 ekor
3 biji Bawang merah
2 biji bawang besar
3 - 4 biji Bawang putih
1/2 biji Bawang holand
1 inci Halia
2 - 3 batang Serai
1 sudu Lada hitam
1 - 2 sudu Cili boh/cili kering
*kisar semua bahan 👆
Madu
Gula
Garam
Kuib pati ayam
Serbuk perasa

Cara² :
1. Panaskan kuali, masukan minyak, butter/marjerin
2. Tumis semua bahan diatas, masukan bahan² perasa dan agak² dah naik bau masukan ayam.
3. Masak ayam dalam kuali dahulu dan balik² kan ayam (balik sekali dua sahaja) dan sambil tu lumurkan bahan perap ke atas ayam smpai ayam separuh masak @ bila isi ayam dah kembang tutup api. Biarkan sejuk (Cara ni cepat dan mudah, ayam xperlu perap. Ayam pon lembut dan cepat msk bila bakar nanti)
4. Bakar dalam air fryer, suhu 170-180, 30 - 40 minit

26/09/2022

Assalammualaikum semua
Anda boleh Follow page Kelas Roti Cikgu ini sbb Cikgu akan kongsikan bersama anda kelas2 menarik yg akan datang..NANTIKAN

24/09/2022

Kelas kek esok hari
kek boleh bawa balik 🤩

24/09/2022

Assalammualaikum Semua
Cikgu akan ada kan kelas2 kek dan roti
nanti kan tarikh kelas tersebut nya

Address

Taman Arked
Sungai Petani

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oh My Bread posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category