05/03/2023
Buat lelaki yang sering lupa:-
Lelaki kalau dah beristeri dan beranak;
Kurangkan lah game
Kurangkan lah aktiviti dengan kawan kawan
Kurangkan lah handphone
Kurangkan lah ego
Kurangkan lah berkira
Kurangkanlah malas
Dah ada anak ni, tugas lelaki akan jadi lebih besar. Didik anak bukan tugas mutlak si isteri, menjaga anak bukan juga tugas mutlak isteri bahkan kalau dia tak larat nak menyusu anak sekalipun bukan wajib bagi dia untuk menyusukan anak.
Kalianlah yang perlu usahakan untuk mengenyangkan anak kamu.
Banyak lelaki yang berkahwin hanya sekadar berkahwin. Hanya untuk menghalalkan hubungan. Bila dah beristeri dah beranak semua diabaikan.
Isteri tengah berpantang pon mereka sangat berat tangan nak membantu. Apatah lagi bila dah habis pantang. Pada mereka kerja mereka di pejabat dab cukup memenatkan.
Mereka lupa yang si isteri juga bekerja dan bantu mengurangkan beban kewangan mereka.
Jangan biar anak anak x dapat sentuhan ayah. Jangan ajar anak anak beraja. Anak banyak belajar dari bapa.
Mereka nampak bapak mereka beraja, mereka juga akan berperangai seperti raja. Mereka nampak ayah mereka malas, mereka juga akan turut jadi malas.mereka nampak ayahnya pemarah mereka juga akan terbiasa menjadi seorang pemarah.
Jadi jangan biarkan anak anak mencontohi yang tak elok dari kita.
Betol x semua pon lelaki mcm ni. Banyak juga yang bagus bagus dan sangat membantu. Jadi bagi isteri isteri diluar sana, bersyukur lah kalau dapat suami yg baik dan memahami serta banyakkan lah bersabar serta berkomunikasilah dengan suami anda andai suami anda sejenis yang susah nak diharapkan ini.
Moga semuanya dalam keadaan baik dan bahagia.
Sumber : Keluarga Bahagia