11/11/2024
KETAHUI 7 COMMON SENSE KETIKA BERURUSAN TENTANG KEK (khusus utk custom cake)
*Nombor 6 selalu jadi kes!
1) KENALI BAKER ANDA
Ini termasuklah :
- Tengok hasil kerja dia yang lepas
- Berapa lama dah dia buat kek
- Homebase atau shop owner
Semua ni akan mempengaruhi harga kek anda. Baker yg sudah lama berkecimpung dalam bidang cake decoration pasti harganya lebih mahal kerana pengalaman dia.
Homebase atau shop owner juga akan mempengaruhi harga kek.
2) WAJIB SERVEY HARGA CUSTOM CAKE DENGAN BEBERAPA ORANG BAKER
Ini untuk memastikan anda tahu range harga normal atau standard design kek yg anda nak tu.
Tak ada lah keluar statement
"Design mcm ni pun harga rm100 lebih???"
3) JANGAN SERONOK SANGAT KALAU DAPAT HARGA KEK MURAH
Lepas dah servey2, tiba2 anda dapat baker ni harga yg dia bg murah gila kebabeng dari baker2 lain..
Hati-hati!
Sebab mungkin :
- Baker tu adalah baker baru.
- kek anda akan jadi "bahan experiment" baker.
- bahan yang digunakan tidak seperti yg anda bayangkan
P/s :
- Tak salah pun kalau baker nk tawarkan harga murah utk jdikan kek cust sbgai "bahan experiment" tapi baker perlulah bgtau cust yg anda tak pernah buat design ni, tapi anda cuba buat yg terbaik. Tapi kene cuba yg terbaik sungguh lah.
Dan customer, jika dah izinkan,, just trust your baker! *Trust lepas dah ikut step sebelum2 ni lah ye..
4) LEBIH BANYAK DEKORASI , LEBIH MAHAL HARGA KEK
Logik la. Hampa nak dekorasi pumpang sana sini.. nak meriah sekampung. Ber-fondant , ber-gold flakes, ber- kartun2 3D bagai.. Mai tang harga hampa merentan. Pang satgi!
5) SIZE CAKE vs BERAT CAKE
Kebanyakkan custom cake, baker akan pakai ukuran size. Bukan berat. Sebab... Bila da sebut custom ni, anda boleh request nak kek chiffon ke span ke butter ke.. semua walaupun size sama tapi berat berbeza sebab bahan berbeza.
Lain dari kek yg mmg dah ready kat kedai bakery. Dah siap, dorang timbang dan tulis lah berat kat situ.
Tapi kami yg buat custom cake ni, hanya boleh bg anggaran berat sahaja. Kalau kek 3 tingkat hampa nak anggar berat kek berapa kegiiii???
Tapi sampai skrg aku pelik mcm mana korang boleh agak berapa org makan dgn berat eh? Sebelum bg kek kat org atas pinggan tu korang timbang ka?😂😂 Aku pelik sungguh haha.
Pakai lah size adik kakak. Semua ada pembaris kann kat rumah. Pinjam sat pembaris anak. Ukur laaa sendiri klu baker kata size 6 inch panjang mana.. 8 inch panjang mana.
6) BAKER BUKAN MESIN FOTOSTATE!
Bila korang bg gambar contoh design kat baker, korang tanya..
"Kak boleh buat dak kek lagu ni?"
Baker pun jawab "boleh"
Korang jangan la bendul sangat pi percaya yg baker tu boleh buat 100% sebijik sebijan mcm dalam gambaq tu.
Kalau hampa tunjuk gambaq yg sama kat baker empunya gambaq tu nak sebijik lagu tu pun dia tak boleh nak bagi sebijik sama serupa mcm dia pernah buat.
Sebab apa?
Sebab baker bukan mesin ceq oii.
Kadang2 ada benda2 teknikal kesilapan yg baker terbuat, so dia akan adjust sehabis baik dan kreatif dia utk bg kek hampa tetap nampak lawa.
Baker pun manusia. Kesilapan kadang2 berlaku.
Jadi, klu ada perubahan sikitt je. Mcm tulisan patut har kanan warna merah, dia p boh merah tang kiri. Tu semua teknikal je. Tak mencacatkan kek hampa punnn.
Asalkan cantik mata memandang tu maafkan je la baker hampa yg kerdil ini.
7) KALAU RASA ANDA CEREWET, JANGAN AMBIL HOME BAKER / BAKER KECIL2AN. CARI BAKER YG BETUL2 PENGALAMAN 10 TAHUN BARU BERBALOI
Ramai cust yg tak perasan mereka cerewet. Bila jadi kes2 terpencil yg sikit2 ayam ni, melentingnya mcm dia beli harga beribu ringgit .
Atas alasan "Saya bayar"
Sebab tu sy suggestkan ikut step2 atas ni dulu sebelum anda nk kata "saya bayar" sebab biasanya yg cerewet ni la orang yg kemain nak minta diskaun. Kemain nak cari harga paling murah. Dan terpaling nak cari yg paling perfect, paling jadi, paling nak sebijik sama.
Jadi, lebih baik anda order dri baker yg betul2 pengalaman bertahun2, anda dah kenal siapa dia, hasil dia mcm mana, harga tu x yah la nak bising pulak. Tak payah ckp nak support peniaga2 kecik2 ni sebab sejujurnya, peniaga2 kecil mcm kami ni pun tak nak dpt cust mcm anda. TAKUTTTT. Buat stress, depress dan mcm2 lagi la😂
Dah baca semua ni?
Ok sekarang, dah boleh order kek dah 🤭
Noted ‼️