07/10/2020
TIPS UNTUK JADIKAN COOKIES LEBIH RANGUP‼️
Ada setengah cookies bila makan gebu cair dan ada setengah biskut bila makan rangup. Ke semuanya bergantung kepada bahan yang digunakan. Lagi sekali nak tekankan, nak sedap ke tak ? Kalau nak sedap gunalah bahan yang berkualiti untuk menghasilkan cookies yang sedap bila kita makan kan.😉
1) Mentega☑️
Bahan asas utama dalam membuat biskut mestilah mentega. Sebaiknya gunalah mentega asli seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis "Pure Butter" atau lepa susu seperti Buttercup. Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.
2) Kekacang ☑️
Sekiranya adunan biskut yang ingin dimasukkan dengan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak. Dengan cara ini biskut lebih rangup dan tahan lebih lama.
3) Adunan yang menggunakan bijirin ☑️
Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti oats, nestum, cornflakes, wheat, adunannya mestilah lembut kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah di rehatkan, menambahkan tepung boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras. Terlebih tepung, boleh jadi punca biskut menjadi keras.
Simple ja kan nak bagi cookies hampa rangup macam cookies kami yang terlebih rangup dan super crunchy bila dimakan. 😍😍
Double Choc Cookies yang rangup ni hampa boleh beli pastu makan and pasti nak lagi! 😋
Jangan tunggu lama sangat, hampa kena tekan link ni ja kalau nk beli https://www.facebook.com/Double-Choc-Cookies-104506884722051/
Product/service