AQJ Cakeu

AQJ Cakeu AQJ’s Cakeu is a specialty online bakery that makes unique cakes and desserts for weddings, birthdays, showers and other celebrations.

Most of the cakes are made to order, Give me a call 01139021704 and i’ll gladly tell you what’s available!

19/03/2017

Tips mengeluarkan kek dari Loyang



Hi semua! Harini sis nak kongsi sikit tips macam mana nak keluarkan kek dari Loyang. Ramai yang s**a buat kek tetapi jika ditanya tentang petua-petua buat kek, ada yang masih tidak tahu. Kadang-kadang ada yang terlupa hendak menyapu mentega pada loyang membakar kek. Ada yang sampai hancur kek nya ketika hendak mengeluarkan kek dari loyang. Jadi hari sis nak berkongsi sedikit ilmu yang sis ada untuk ada semua.

1) Apabila kek telah masak, letakkan loyang di atas kain basah
beberapa minit. Kemudian kek yang dibakar akan mudah dikeluarkan. Tiada lagi kek yang hancur ketika hendak mengeluarkannya.

2) Jika anda membuat kek , sebagai contoh kek cheese, dan kita terlupa nak mengeluarkan dari loyang ketika suam dan membiarkan sehingga kek itu sejuk anda akan mengalami masalah kek akan terkopak disebelah tepi loyang. Untuk mengatasi masalah itu panaskan pisau diatas api sekejap dan lalukan pisau itu ditepi-tepi loyang itu, insyallah bahagian tepi kek akan terkeluar dengan mudahnya. Petua ini juga terpakai untuk kek yang s**a melekat-lekat di tepi loyang dan susah untuk dikeluarkan.

Semoga tips ini berguna semua saudara dan saudari :)

Hello everyone! I've a good news for you guys!Since ramai tanya sis , takda buat class baking ke? Teringin lah nak belaj...
17/03/2017

Hello everyone! I've a good news for you guys!

Since ramai tanya sis , takda buat class baking ke? Teringin lah nak belajar buat cake dengan sis. So here we go!

AQJ CAKEU BAKING CLASS 2017!

Date: 1st April 2017
Location: Shah Alam, Selangor
Time: 12am-6pm
Fees: RM150

Let's join and create our moments together. Surely everybody will get experience and produce your very own cakes!
The fees will include lunch meals and tea session, live demonstrations, baking ingredient and apron.

What benefit that you will get when you join my baking class?
• Through this baking lesson, you will get an experience in making the desserts
• By participating the few hours baking class, it will enable you to learn all the knowledge of baking.
• You will be able to propose and apply the skill that you gain from the class to your home

Class is limited to first 15 students only. First come first serve!

Interested? Pm or whatsapp to 01139021704 now! 🙈

CUPCAKES PROMOTION FOR BIRTHDAY GIFT !  Have you ever thougt of providing 9 diferent tastes for your someone special bir...
17/03/2017

CUPCAKES PROMOTION FOR BIRTHDAY GIFT !

Have you ever thougt of providing 9 diferent tastes for your someone special birthday?

I'm doing a promotion cupcakes ( 1 box = 9 cupcakes) And yes! The box will be included birthday card with a rose with affordable price, RM30 ONLY!

6 flavours to be choose ;
Chocolate, vanilla, orange, strawberry, red verlvet and cheese.

Promotion ini hanya available sehingga hujung bulan March sahaja. Jangan buang masa, cepat tempah birthday cupcake box untuk orang yang teristimewa sekarang sebelum promotion tamat!

If interestedPm or whatsapp (01139021704) now! Thank you everyone! 🙈

A homemade, home-baked, and handcrafted pavlova, makes any occasion feel more happy! Today's large pavlovas topped with ...
17/03/2017

A homemade, home-baked, and handcrafted pavlova, makes any occasion feel more happy! Today's large pavlovas topped with fresh fruits. Happy saturday 🌸

COMBO SET FOR MINI PAVLOVA!  Craving for some pavlova? But don't know where to get it? Yesss you're lucky because i'm do...
17/03/2017

COMBO SET FOR MINI PAVLOVA!

Craving for some pavlova? But don't know where to get it?

Yesss you're lucky because i'm doing combo set for mini pavlova for this coming SATURDAY and SUNDAY, 18th/19th March 2017.

RM 45 per box FREE COD! 9 mini pavlova topped with strawberry and grapes!

If interested, contact to 01139021704 or pm.

p/s : Limited to 10 boxes only! Thank you !

13/03/2017

Tekak anda teringin makan benda yang manis? Tapi tak tahu nak beli kat mana?

Anda berada di tempat yang betul kerana harini sis rasa baik hati nak buat promotion untuk brownies. Harga biasa RM60 tapi kalini sis nak bagi RM40 sahaja plus topping (cadbury, kinder bueno, strawberry, m&m, oreo and nuts) - topping boleh dipilih mengikut citarasa anda! 😃😃

Jika berminat, boleh pm atau terus whatsapp ke 01139021704 untuk order

Delivery bagi kawasan Shah Alam, Damansara dan Subang jaya 💕💕💕


Tips mendapatkan perfect meringue   Di sini saya kongsikan antara kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan semasa membua...
12/03/2017

Tips mendapatkan perfect meringue




Di sini saya kongsikan antara kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan semasa membuat meringue.

1) Menggunakan telur pada suhu yang salah

Kalau nak asingkan putih telur, lebih mudah mengasingkan sewaktu sejuk (masukkan dalam peti sejuk dahulu). Tetapi bila nak putar telur mesti pada suhu bilik.

2) Penggunaan Mixing Bowl yang tidak sesuai

Mangkuk yang diperbuat dari logam atau kaca adalah terbaik untuk menghasilkan meringue yang berkali-ganda dari segi volume. Bekas yang diperbuat dari plastik selalunya ada tinggalan lemak dan minyak yang boleh menyebabkan putih telur tidak naik bila dipukul. Boleh juga lapkan mangkuk dengan sedikit cuka untuk membuang kesan minyak dan lemak pada mangkuk sebelum digunakan dan pastikan mangkuk betul-betul kering dan bersih sebelum digunakan.

3) Tercampur Kuning telur

Jangan ada sedikit pun kuning telur tercampur dalam putih telur yang dah diasingkan. Kalau ada, lebih baik jangan digunakan terus telur tersebut. Jangan nak cuba ambil keluar kuning telur dengan jari sebab memang takkan berjaya. Ada juga yang menggunakan roti dan putik kapas untuk mengeluarkan kuning telur. Seelok-eloknya abaikan saja putih telur yang dah tercampur kuning telur. Nak senang, asingkan dulu putih telur dalam bekas lain, baru masukkan dalam mixing bowl. Jadi tak adalah membazir sangat kalau tercampur kuning telur. Atau lebih mudah asingkan putih telur yang baru keluar dari peti sejuk.

4) Terlalu cepat memasukkan gula

Gula mesti dimasukkan sedikit demi sedikit dalam anggaran sesudu besar. Memang lecehkan, tapi ini penting. Setiap sudu selalunya saya biarkan selama seminit sebelum memasukkan sesudu gula yang seterusnya sehingga habis. Gula yang tidak larut atau sebati akan megeluarkan moisture/lembapan apabila dibakar dan ini akan merosakkan meringue tersebut serta meringue akan mendap selepas dibakar. Seeloknya gunakan gula pasir halus atau gula kastor kerana ia lebih mudah larut.

5) Telur tidak dipukul hingga stiff peak

Soft peak lebih sesuai untuk pie. tetapi untuk pavlova atau meringue, telur mesti dipukul hingga stiff peak dan berkilat. Selepas gula habis dimasukkan, terus kan pukul selamat 8-10 minit pada kelajuan tinggi. Rasa dengan hujung jari jika masih ada rasa gula yang belum hancur, teruskan pukul.

6) Oven yang terlalu panas

Membakar meringue memerlukan suhu yang rendah untuk memastikan lembapan menyejat secara beransur-ansur atau perlahan-lahan. Jika oven terlalu panas, bahagian luar meringue akan garing dan perang tetapi ditengahnya tak masak serta melekit.

7) Terlalu cepat keluarkan meringue dari oven

Meringue mesti dibiarkan dulu dalam oven selepas masak. Ini akan membantu ia terus mengering dan mengelakkan ia dari merekah. Ini kerana meringue sangat mudah rapuh.

8) Membuat meringue pada cuaca lembap

Elakkan dari membuat meringue pada cuaca lembap. Gula dalam meringue boleh menyerap lembapan dan menyebabkan hasilnya menjadi kenyal. Ini juga akan menyebabkan meringue perlukan masa yang lebih lama untuk masak dan masa yang lama juga untuk mengering di dalam oven selepas masak.

Okay..., itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk faedah bersama. Dah sedia untuk membuat meringue? Semoga Berjaya 

(Sumber : Delishhh.com
Low Fat Cooking )

Hi semua! Disebabkan minggu ni sis free dari segala kelas dan assignment, sis nak open order untuk chocolate cake, chees...
12/03/2017

Hi semua! Disebabkan minggu ni sis free dari segala kelas dan assignment, sis nak open order untuk chocolate cake, cheese cake, brownies, pavlova dan juga cupcake.

Mesti ada yang teringin nak makan benda manis manis tengah musim panas ni.Boleh terus order dengan sis, ikut design and jenis macam mana yang awak awak semua mahukan.

Berminat? Boleh pm @ ws sis 01139021704 untuk order.

Delivery bg kawasan Shah Alam, Damansara dan Subang Jaya

p/s; FREE COD dan akan ada mystery gift untuk sesiapa yang order !

Belum cuba belum tahu, sekali cuba pasti mahu selalu 💕 💕 💕

12/03/2017

Tips menggunakan oven dengan betul



Ramai sebenarnya tak tahu cara menggunakan oven dengan betul ketikan hendak membakar kek, biskut atau apa apa sahaja. Craa penggunaannya bergantung pada jenis oven kita, dan jika kita kerap guna, lama ke lamaan kita akan faham macam mana style oven kita berfungsi dan penyesuaian suhunya.

Selain teknik membakar, loyang kek kita juga memainkan peranan. jika menggunakan jenis loyang kek non-stick warna hitam, suhu oven harus direndahkan, sekurang-kurangnya 20C. Ini kerana loyang kek berwarna hitam mempunyai kadar resapan haba yang lebih tinggi berbanding loyang kek aluminium. Jjika kita guna suhu yang disyorkan dalam resipi, ada kemungkinan kek akan hangus diluar dan tidak masak di dalam. Seterusnya, jika anda menggunakan oven yang baru, kadar pemanasannya mungkin lebih cepat dan pantas, ini kerana lingkaran besi pemanas dia masih baru tanpa ada kesan karbon, berbanding oven yang kerap kita guna.

Kalau anda menggunakan oven berkapasiti agak besar, kedudukan loyang kek mungkin boleh diletakkan pada level 2 dari bawah, ini semua bergantung pada resipi, selalunya untuk kek gulung, disyorkan membakar nya pada bahagian tingkat tengah oven, sebab kek untuk swissroll agak nipis dan cepat masak (anggaran 20 - 25 minit). Dan yang penting, anda HARUS membaca buku panduan yang disertakan. Perihal api p**ak selalunya sis guna kedua-dua api atas dan bawah untuk membakar kek, tapi tidak pada kek lapis, kecuali jika disyorkan dalam resipi. Jika oven anda dilengkapi "kipas", ia sesuai diguna semasa membakar pastry atau puff pasrty. Ini kerana hot air circulation akan menambah ruang dalam puff pastry tadi dan menjadikannya lebih rangup.

Membakar biskut pun ada kala tak sekata, selalunya sis bakar guna suhu sekitar 170C, dan jika masa yang disyorkan 15 minit. Lepas 8 - 10 minit, sis akan pusingkan dulang yang berisi biskut tadi, tujuan untuk mendapat biskut yang sekata warnanya. Selalunya, untuk biskut, sis guna api atas dan bawah, dan loyang diletakkan pada aras ke dua.

12/03/2017

Tips memilih Butter



BUTTER

Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan butter yg masih keras. Ini kerana butter yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak. Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.

Adunan butter untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.

Untuk kek, butter yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek p**a akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.

Jika butter dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar butter yang dipukul tidak mencair dan berminyak.

12/03/2017

Tips memilih dan menggunakan telur dalam membuat kek dan biskut



TELUR

Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlulah segar dan tidak rosak ye semua. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yang di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan menggunakan telur yangg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm s**atan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati-hati, doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu. Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.

Tips Membuat Kek Untuk Mereka Yang Baru Belajar Hi semua! Harini sis nak kongsi sedikit tips tips yang berguna untuk mem...
12/03/2017

Tips Membuat Kek Untuk Mereka Yang Baru Belajar



Hi semua! Harini sis nak kongsi sedikit tips tips yang berguna untuk membuat kek bagi mereka yang baru belajar. Sangat berbaloi untuk dibaca 

1. Periksa Bahan Dan Peralatan
Dalam kita menyediakan kek, benda yang paling penting adalah kita perlu memastikan bahan yang digunakan masih elok dan belum expired, masih segar dan disimpan ditempat yang sesuai. Seperti telur tidak busuk, tepung tidak hapak dan butter tidak berkulat atau baking powder masih aktif digunakan.Untuk butter, margerin, dan telur yang akan di gunakan, pastikan simpan di dalam peti ais. Peralatan yang digunakan juga harus bersih dan kering.

2. Ikuti Resepi
Untuk mereka yang baru belajar membuat kek, pembuatan kek harus sesuai mengikut s**atan yang telah ditetapkan di dalam resepi. Timbang bahan-bahan dengan tepat, baca dan pelajari resepi sebelum mula membuat kek. Jika ingin menambah bahan lain yang tidak ada dalam resepi asal, s**atan resepi asal juga harus disesuaikan. Contohnya ingin menambah rice chocolate pada resepi kek cheese, maka s**atan tepung yang digunakan juga mesti dikurangkan seberat coklat urai yang ditambah.

3. Cara Memukul Adunan
Gunakan kecepatan rendah ketika memukul telur agar bercampur dengan gula dan bahan lain. Kecepatan ‘whisk’ ditambah bertahap hingga adunan mengembang.

4. Mencampurkan Adunan
Masukkan bahan kering seperti tepung yang telah diayak ke dalam telur yang di pukul sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Kacau perlahan menggunakan spatula dari permukaan adunan sampai ke dasar mangkuk pengadun dengan gerakan memutar dan searah dan jangan lakukan terlalu laju atau lama agar adunan tidak turun atau kempis.

5. Menuang Cairan

Bila di dalam resepi terdapat bahan cair seperti mentega cair dan susu cair, maka tuang cairan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan agar tercampur sempurna. Proses ini dilakukan sambil mengaduk adunan perlahan menggunakan spatula hingga rata. Jika cairan seperti mentega tidak bercampur rata, kek akan menjadi bantat.

6. Pemindahan Ke Loyang
Setelah adunan dituang kedalam loyang, hentak-hentak loyang terlebih dahulu agar gelembung udara dalam adunan keluar. Ini dapat mencegah kek kempis, permukaan berlubang-lubang dan bantat.

7. Proses Membakar Kek
Pemanasan oven penting dilakukan kira-kira 5-10 minit sebelum kek dibakar. Suhu yang digunakan mestilah sesuai dengan resepi. Bila kek sudah dimasukkan dalam oven, suhu tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika suhu terlalu tinggi bahagian tepi kek cepat masak sedangkan bahagian dalam kek masih mentah. Bila suhu terlalu rendah p**a buatkan kek menjadi bantat. Ketika proses membakar juga jangan buka pintu oven sebelum kek mengembang sempurna, kerana adunan kek akan menjadi kempis kerana terkena udara.

8. Menghias Kek
Pastikan kek sudah dingin hingga permukaan mengeras sebelum dihias. Ini dilakukan agar krim atau ganache tidak meleleh. Apabila bahagian tengah kek akan diisi krim atau jem maka belah kek terlebih dahulu. Gunakan pisau bergerigi untuk membelah kek agar hasilnya lebih cantik. Agar potongan menjadi lurus, beri tanda terlebih dahulu di sekeliling kek dengan goresan pisau lalu belah perlahan.

Address

Shah Alam

Telephone

+601139021704

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AQJ Cakeu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AQJ Cakeu:

Share

Category