Put3's Little Kitchen

Put3's Little Kitchen Offers halal malay, fusion n western cuisines, cakes, mini catering, desserts, wedding hantarans/flowers, candy buffet, gifts & such

Ig:put3littlekitchen

Want to know more about my products? PM or WhatApps me at 0176991766

12/04/2026

Bercinta bagai nak rak, dewan dah tempah, kad kahwin dah edar. Tiba-tiba bila buat ujian darah prakahwin, doktor panggil masuk bilik dengan riak wajah yang serius.

"Awak berdua adalah pembawa (carrier) genetik Thalassemia."

Masa ni, dunia rasa gelap. Nak teruskan perkahwinan, risiko anak lahir sebagai pesakit Thalassemia sangat tinggi. Nak putus, dah sayang sangat. Ini realiti pahit yang berlaku di klinik kesihatan setiap hari!

Apa itu Thalassemia?
Ia BUKAN penyakit berjangkit macam HIV atau sifilis. Ia adalah penyakit genetik (keturunan) di mana badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang normal. Sel darah merah pesakit sangat rapuh dan cepat pecah, menyebabkan mereka mengalami anemia kronik.

Bagi 'Pembawa' (Carrier), mereka hidup normal macam orang biasa. Tiada simptom sakit. Sebab tu ramai yang TAK TAHU mereka bawa genetik ini sampailah mereka buat ujian darah.

Tragedi bermula apabila PEMBAWA berkahwin dengan PEMBAWA.

Untuk setiap kehamilan, ada 25% risiko anak anda akan dilahirkan sebagai pesakit Thalassemia Major.

Apakah nasib anak Thalassemia Major?
1. Tambah Darah Seumur Hidup: Dari usia bayi, anak ini terpaksa ke hospital setiap bulan untuk pemindahan darah semata-mata untuk terus hidup.
2. Cucuk Buang Zat Besi: Kerap tambah darah menyebabkan zat besi terkumpul dalam organ (jantung, hati). Anak terpaksa dicucuk pam ubat hari-hari untuk buang lebihan zat besi ini.
3. Perubahan Fizikal: Jika tidak dirawat sempurna, tulang muka anak akan berubah (Thalassemic facies), limpa membengkak, dan tumbesaran terbantut.

Cinta itu buta, tapi genetik tidak.

Tolonglah buat ujian saringan Thalassemia AWAL. Masa tengah fasa berkenalan tu, ajak pasangan pergi klinik periksa darah. Jangan tunggu dah tempah katering baru nak periksa.

Mencegah kehancuran hati lebih baik daripada melihat anak kecil anda dicucuk jarum setiap bulan seumur hidupnya.

Kongsikan pesanan penting ini. Tag pasangan anda atau kawan-kawan yang sedang merancang untuk berkahwin tu!

So sad ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ข
10/04/2026

So sad ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ข

๐Ÿ˜ฟ Tragedi Pangsapuri: 41 Bangkai Kucing Ditemui, 36 Lagi Nyawa-Nyawa Ikan ๐Ÿพ

๐Ÿ“ SUBANG JAYA (9 April 2026) โ€“ Bau busuk ๐Ÿคข membawa kepada pembongkaran kes pengabaian haiwan yang tragis.

๐Ÿšจ Ringkasan Kejadian:
- ๐Ÿˆโ€โฌ› 41 ekor kucing ditemui sudah mati.
- ๐Ÿฑ 36 ekor kucing berjaya diselamatkan namun kritikal.
- ๐Ÿš๏ธ Lokasi: Sebuah unit kediaman dijadikan โ€œpusat perlindungan tidak rasmiโ€.

๐Ÿ˜ฑ Keadaan Di Lokasi:
- ๐Ÿ’ฉ Kotor & Busuk: Premis penuh sisa najis.
- ๐ŸฅฃโŒ Tiada Makanan & Air: Haiwan terbiar dalam sangkar.
- ๐Ÿค’ Kesihatan Teruk: Dehidrasi, kurus kering, dijangkiti penyakit.
๐ŸŽค โ€œPemandangan sangat menyedihkan... kucing terlalu lemah untuk bergerak.โ€ โ€“ Jurucakap Penyelamat Haiwan ๐Ÿฅบ

โš–๏ธ Tindakan Undang-Undang:
- ๐Ÿง Individu penyewa unit dalam pemerhatian pihak berkuasa.
- ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿš“ Siasatan oleh DVS & polis.
- ๐Ÿ“œ Akta Kebajikan Haiwan 2015.
- ๐Ÿ’ฐโ›“๏ธ Hukuman: Denda tinggi atau penjara (atau kedua-duanya).

๐Ÿฅ Status Terkini:
- ๐Ÿš‘ Semua kucing yang terselamat dihantar ke klinik veterinar.
- ๐Ÿพ Rawatan rapi sedang dijalankan.
- ๐Ÿคฒโœจ Harapan agar mereka kembali sihat.

๐Ÿพ๐Ÿ’” ๐Ÿšซ๐Ÿ•๐Ÿˆ ๐Ÿ™๏ธ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿพ

10/04/2026

๐Ÿ˜ฟ Tragedi Pangsapuri: 41 Bangkai Kucing Ditemui, 36 Lagi Nyawa-Nyawa Ikan ๐Ÿพ

๐Ÿ“ SUBANG JAYA (9 April 2026) โ€“ Bau busuk ๐Ÿคข membawa kepada pembongkaran kes pengabaian haiwan yang tragis.

๐Ÿšจ Ringkasan Kejadian:
- ๐Ÿˆโ€โฌ› 41 ekor kucing ditemui sudah mati.
- ๐Ÿฑ 36 ekor kucing berjaya diselamatkan namun kritikal.
- ๐Ÿš๏ธ Lokasi: Sebuah unit kediaman dijadikan โ€œpusat perlindungan tidak rasmiโ€.

๐Ÿ˜ฑ Keadaan Di Lokasi:
- ๐Ÿ’ฉ Kotor & Busuk: Premis penuh sisa najis.
- ๐ŸฅฃโŒ Tiada Makanan & Air: Haiwan terbiar dalam sangkar.
- ๐Ÿค’ Kesihatan Teruk: Dehidrasi, kurus kering, dijangkiti penyakit.
๐ŸŽค โ€œPemandangan sangat menyedihkan... kucing terlalu lemah untuk bergerak.โ€ โ€“ Jurucakap Penyelamat Haiwan ๐Ÿฅบ

โš–๏ธ Tindakan Undang-Undang:
- ๐Ÿง Individu penyewa unit dalam pemerhatian pihak berkuasa.
- ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿš“ Siasatan oleh DVS & polis.
- ๐Ÿ“œ Akta Kebajikan Haiwan 2015.
- ๐Ÿ’ฐโ›“๏ธ Hukuman: Denda tinggi atau penjara (atau kedua-duanya).

๐Ÿฅ Status Terkini:
- ๐Ÿš‘ Semua kucing yang terselamat dihantar ke klinik veterinar.
- ๐Ÿพ Rawatan rapi sedang dijalankan.
- ๐Ÿคฒโœจ Harapan agar mereka kembali sihat.

๐Ÿพ๐Ÿ’” ๐Ÿšซ๐Ÿ•๐Ÿˆ ๐Ÿ™๏ธ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿพ

06/04/2026

Khas untuk Generasi Millennials (Lahir 1981 - 1996).

Dunia hari ini s**a melabel anda macam-macam. Kononnya generasi yang terlalu banyak berfikir (overthinking) generasi yang asyik penat, dan generasi yang selalu burnout

Padahal, kalau dilihat dari sudut psikologi dan sejarah, Anda adalah "Generasi Jambatan". Anda generasi TERAKHIR yang sempat merasa hidup sebelum internet menguasai segalanya

๐Ÿšฒ Sempat bermain basikal sampai senja.. (sampai mak memekik panggil balik)
๐Ÿ”” Pusing ke rumah kawan untuk ajak main di padang.
๐Ÿ“บ Duduk bersila depan TV tunggu rancangan favourite sebab tak boleh ulang tayang, sambil belek intisari rancangan
๐Ÿ“ผ Rakam lagu dari corong radio ke dalam kasetโ€ฆ sambil tunggu segment pilihan lagu hari ini.

Gigih nak dapatkan sedikit keseronokan, tapi cukup memberi kepuasan sehingga mampu buat anda tersenyum sendiri.

Pada masa yang sama, anda juga generasi yang paling hebat beradaptasi.

Dari kaset ke Spotify,
Dari surat ke WhatsApp
Dari dunia yang tenang, kepada dunia yang bergerak pantas dihujung jari.
Anda belajar bertahan dalam dua zaman yang sangat berbeza.

Anda diajar belajar rajin, nanti hidup senang. ikut. Anda masuk universiti. kerja keras. Tapi bila sampai masa, rumah makin mahal, gaji rasa tak cukup, kerja makin menekan..

Tetapi, realiti hari ini... anda sangat penat.

Ramai nampak gaya hidup anda, tapi tak ramai nampak beban 'Sandwic' yang generasi ini pikul dalam diam.

Anda bekerja keras mencari rezeki melawan inflasi, anda menjaga ibu bapa yang semakin tua, anda membesarkan anak-anak dalam dunia digital yang mencabar, dan dalam masa yang sama, anda bergelut untuk menjaga kewarasan mental sendiri.

Anda adalah generasi yang dibentuk oleh perubahan besar, tetapi masih mengekalkan nilai adab, hati, dan jati diri.

Terima kasih kerana masih bertahan. Terima kasih kerana masih mencuba menjadi manusia yang kuat tanpa perlu hilang kelembutan.

22/09/2025

Lembaga Penyedut Duit Rumah Puaka

Mungkin benda ni berlaku pada korang ๐Ÿ‘‡

Bayangkan hari-hari kau tengok kawan kau termenung makan maggi, hujung minggu duduk dalam bilik je. Kejap okay, kejap murung. Sentiasa kerja overtime macam takde hari esok. Itulah cerita Fikri, kawan aku yang pernah tersalah langkah besar.

(Dia minta aku sebar cerita ni untuk jadinpengajaran semua)

1. Cerita dia berlaku tahun 2010. Dia ni jenis semangat tinggi nak beli rumah, umur baru 28 dah sibuk cari property. โ€œKau tengok, kalau aku tak mula sekarang, bila lagi nak ada aset?โ€ Aku pun angguklah, kagum dengan cita-cita dia.

2. Dia jumpa satu rumah, harga hampir RM400K. Sales agen promote habis-habisan. Katanya, โ€œDekat dengan MRT, kawasan tengah naik, boleh buat sewa lagi!โ€

3. Lepas tu diumpan p**a dengan lefall fee Dan spa fee free dan rebate Cashback 25k bagai. Fikri pun rasa macam jackpot. Tanpa fikir panjang, dia terus angkat.

4. Mula-mula nampak macam okey je. Tapi bila dah sign S&P, baru dia sedar. โ€œWeh, aku punya loan RM2K sebulan, tapi bila tengok kadar sewa area ni, maksimum pun RM1K je orang sanggup bayar!โ€

5. Dia cuba naikkan sewa. Tapi siapa nak sewa mahal kalau rumah lain lagi murah? Penyewa pun bijak sekarang. Akhirnya, dia kena turunkan sewa ke RM1K, tak ada pilihan.

6 Setiap bulan, Fikri kena top up RM1K dari gaji untuk bayar baki loan. โ€œWeh, duit gaji aku habis macam tu je, ghaib tiap bulan kat rumah puakaโ€

7. Dia mula rasa stress. Bila duit gaji separuh kena bayar rumah, dia struggle nak cukupkan perbelanjaan lain. Belanja makan pun dah kena potong.

8. Satu hari dia luah: โ€œWeh, aku rasa kena tipu dengan agen tu. Dia kata investment, tapi aku rasa macam sponsor tenant aku je sekarang.โ€ Aku tak tahu nak jawab apa. Betul juga dia cakap.

9. Dia cuba cari penyelesaian. Tapi nak jual rumah bukan senang. Harga pasaran tak naik pun, malah ada risiko jatuh lagi sebab kawasan tu tak cukup demand.

10. Aku tanya dia: โ€œWeh, kenapa kau beli terus dulu? Tak fikir panjang ke?โ€ Dia balas, โ€œAku fikir ni pelaburan, aku ingat untung. Tapi aku lupa nak kaji dulu kadar sewa, kos tambahan, semua tu.โ€

11. Masa tu baru aku sedar, ramai kawan-kawan muda macam Fikri tersilap langkah. Sebab apa? Sebab ikut hype. Sebab ikut kawan-kawan. Beli rumah sebab orang lain beli, tak buat kira-kira betul.

12. Fikri cakap agen banyak janji manis. Siap tunjuk graf naik harga kawasan tu. Tapi graf tak bayar loan, bro! Duit gaji kau yang kena cover.

13. Dia tak semak lokasi betul-betul. Walaupun ada MRT, kawasan tu belum matang lagi. Tak ramai orang nak tinggal situ. Hasilnya, kadar sewa rendah.

14. Aku pun cakap dengan dia: โ€œKalau kau buat research lebih sikit, mesti kau nampak benda ni awal-awal.โ€ Dia angguk, menyesal.

15. Aku cerita balik pengalaman senior aku aka mentor aku. Dia cakap, โ€œPelaburan rumah kena ada ROI yang jelas. Kalau loan tinggi, sewa rendah, jangan sentuh.โ€

16. Aku bagi nasihat untuk elakkan benda ni. Sebelum beli, kaji dulu kadar sewa kawasan. Tengok rumah lain sekitar. Jangan percaya agen bulat-bulat.

17. Fikri tanya aku, โ€œKalau aku tak beli rumah ni, aku nak buat apa dengan duit tu?โ€ Aku jawab, โ€œSimpan. Kalau cukup simpanan, kau boleh cari rumah yang betul-betul berbaloi.โ€

18. Jangan beli rumah sebab nak berlumba dengan orang. Rumah ni tanggungjawab jangka panjang, bukan aset untuk s**a-s**a.

19. โ€œKenapa kau tak pernah beli rumah?โ€ Fikri tanya. Aku balas, โ€œAku beli rumah yang below market je. Aku pastikan simpanan cukup, ada emergency fund, lokasi betul, dan aku tak nak bayar lebih dari apa aku mampu.โ€

20. Terus dia terdiam. โ€œWeh, aku rasa ni pelajaran paling mahal dalam hidup aku,โ€ dia kata.

21. โ€œKau kena jadikan pengalaman ni panduan. Jangan ulang kesilapan ni lagi. Kau pun boleh ajar orang lain lepas ni.โ€

22. Sebelum balik, aku sempat pesan โ€œBukan semua rumah tu pelaburan. Ada rumah yang jadi beban kalau tak pandai pilih.โ€ Ibarat lembaga penyedut duit.

23. Dia mula nampak hikmah. โ€œLepas ni aku kena lebih berhati-hati. Buat research lebih sebelum buat keputusan besar.โ€

24. Aku cakap dengan dia โ€œKita semua belajar dari kesilapan. Tapi jangan biarkan kesilapan ni hancurkan kewangan kau.โ€

25. Dia mula rancang semula kewangan. Buat bajet, cari cara nak kurangkan beban loan, dan mula bina simpanan baru.

26. Aku harap kita semua belajar dari sini. Beli rumah ni kena ada ilmu. Kalau tak, duit gaji kau yang jadi mangsa.

27. Aku kongsi cerita dia kat kawan-kawan lain. Aku nak semua orang tahu, jangan buat keputusan besar tanpa kajian mendalam.

28. Mesej aku jelas. Rumah bukan perlumbaan. Jangan terburu-buru ikut orang lain.

29. Aku tambah lagi, โ€œKalau kau tak pasti, tanya pakar. Dapatkan nasihat sebelum sign apa-apa.โ€

30. Moral cerita Fikri ni, jangan biar agen atau hype media sosial, ikutan kawan-kawan kawal keputusan kewangan kau.

31. Aku tutup cerita dengan nasihat terakhir

32. Pelaburan yang sebenar ialah pelaburan dalam ilmu. Fahamkan betul-betul sebelum kau serahkan gaji kau kepada โ€˜lembaga penyedut duitโ€™ macam ni.

33. Ada ke yang pernah tersilap percaturan?

Address

002341219-T SSM Reg
Shah Alam
40160

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 17:00 - 22:00
Wednesday 17:00 - 22:00
Thursday 17:00 - 22:00
Friday 13:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60137836799

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Put3's Little Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Put3's Little Kitchen:

Share