02/10/2024
Assalammualaikum. Dengan berat hati. Saya ingin umumkan mulai hari ini kami akan hentikan pengeluaran Kaya Kuala Kangsar. Selepas membuat pertimbangan, ini merupakan langkah yang saya perlu ambil demi kebaikan syarikat.
Tahun demi tahun kami cuba pertahankan perniagaan Kaya Kuala Kangsar, dengan peningkatan bahan mentah dan kos2 operasi yang lain, serta permintaan yang makin berkurang..antara faktor untuk kami tidak meneruskan perniagaan ini. Kalau diingatkan semula, pernah satu ketika jenama Roti Kaya Kuala Kangsar telah berada disetiap negeri dengan jumlah 100 ejen diseluruh malaysia. Ia satu pencapaian yang kami amat bangga suatu ketika dahulu.
Tapi siapa sangka, angka itu turun sedikit demi sedikit sehingga ia tidak mampu untuk kami meneruskan operasi ini. Saya akui, apa yang berlaku semua ini adalah kelemahan dari saya sendiri yang tidak mengikut trend perniagaan sekarang.
Terima kasih kepada anda yang pernah menjadi pelanggan kami. Tidak lupa juga kepada stokis stokis dan ejen2 yang pernah bersama dengan kami. Saya amat menghargai jasa anda semua yang banyak membantu menaikkan jenama Roti Kaya Kuala Kangsar ini suatu ketika dahulu.
2018 - 2024 Kami cuma dapat bertahan selama 6 tahun sahaja. Insyaallah saya cuba bangkit semula. Doakan saya ya.
Dalam masa terdekat saya akan jual beberapa perkakas yang ada di kedai saya. Nanti saya akan share ya.
Tulus Ikhlas dari Saya
Fandi Mudar