21/08/2020
TAK BOLEH MAKAN LEMAK LANGSUNG? DAH GILA KE APA?
Ada seorang teman bertanya.
"Doktor, benarkah kita tidak boleh makan makanan yang berminyak dan berlemak?"
Saya tersenyum dan mahu menduga "kenapa?"
"Minyak dan lemak kan bahaya. Ada banyak kolestrol. Menyebabkan sumbatan pada saluran darah?"
"Ya kolestrol yang berlebihan mungkin boleh menyebabkan sumbatan tapi ..."
Belum sempat meneruskan, dia sudah memotong.
"Jadi kita kena makan makanan yang rebus dan bakar saja lah.."
Saya menggelengkan kepala dan tersenyum.
🌸Ramai yang keliru dengan lemak dan minyak yang kita gunakan dalam makanan.
🌸Lemak adalah sebahagian dari makronutrien. Makronutrien yang lain adalah protein, air dan karbohidrat. Pengambilan makronutrien ini sangat penting. Ia harus diambil seimbang dalam kuantiti tertentu.
🌸Lemak berperanan dalam:
✔️membekalkan tenaga yang banyak dalam tubuh.
✔️membina dinding-dinding sel dalam organ otak dan saraf.
✔️membina seks hormon seperti estrogen dan testosterone
✔️membantu penyerapan vitamin A, D, E, K dalam usus.
🌸Kita dicadangkan mengambil 20-35% lemak dalam makanan. Cuma kita perlu tahu bahawa lemak itu ada 3 kategori.
▶️Lemak sihat yang terdiri dari lemak tak tepu seperti minyak zaitun, buah zaitun dan avokado. Lemak ini adalah lemak yang terbaik dan sihat, jadi perlu diperbanyakkan dalam makanan.
▶️Lemak tidak berapa sihat yang terdiri dari minyak tepu seperti lemak yang terdapat pada daging haiwan. Lemak ini harus diambil dalam kuantiti yang sederhana dan tidak boleh selalu.
▶️Lemak yang memudaratkan yang terdiri dari minyak atau lemak 'transfat' yang banyak terdapat dalam makanan yang digoreng menggunakan minyak yang digunakan berkali-kali dalam suhu yang tinggi. Transfat ini juga digunakan sebagai bahan adunan dalam pembuatan makanan yang seperti kek, cookies , biskut, krakers, gula-gula candies, popcorn dan banyak lagi.
🌸Jadi apa yang penting ialah kita memilih lemak atau minyak yang hendak digunakan.
🌸Saya selalu mengambil satu sudu minyak zaitun Olivie Plus 30x setiap pagi dan malam. Bagaimana p**a dengan anda?
Credit: Dr Zubaidi
🍃We Begin With Nature
-Team Fanpage-