05/10/2019
Hapuskan tanpa RACUN.
Kjee boleh menghoyan kalau ternampak seekor bende ni! Eee paling pantang nenek moyang. Tiap kali nampak, Kjee akan Google cari jalan nak hapuskan dia.
Tetapi, Korang tahu tak cara 'tidurkan' lipas cepat dan murah? Bahannya ada dlm rumah aje . Spray insecticide? No no no.
Guna buih sabun! Yesss buih jer yg banyak yg dikocak dari sabun pencuci pinggan! Buih menyebabkan lipas pedih mata dan lemas. Lalu 'tidur'.
Rahsia ini Kjee dapat lama dah. Kekadang apabila ternampak ada lipas berkeliaran di dapur, Kjee jarang guna spray beracun. Berbahaya tau spray sebarangan di dapur especially berhampiran tong gas! Ada orang pernah cedera apabila gas tu meletup apabila dia spray ridsect pada lipas nyorok belakang tong gas!!!
Malam tadi UP (that's my husband UnclePali) mengamuk apabila Kjee sorokkan Ridsect sebab dia nampak seekor lipas di dapur.
Kjee cepat2 capai span cuci pinggan, tuang sikit sabun pencuci dan buihkan. Cari lipas tu dan curahkan buih sabun. Tak sampai 10 saat dia 'tidur'.
UP terpinga-pinga. Hehehe jangan ingat bini awak tak terer.
Korang terailah kalo tak picaya. 😆
Kalo lipas tu lari2, korang terus curah buih tau. Make sure seluruh bodi lipas tu disaluti buih.
Selepas pantry bersih dari lipas, korang spray guna listerine mint. Make sure tiap ceruk termasuk pintu. Tak payah campur air. Ini tips utk elak lipas berkampung. Lipas tak s**a bau listerine mint.