Liztari Shoppe

Liztari Shoppe Meh singgah, Kek ada, Cookies ada, Kambing Perap ada, Daging Perap ada, Skincare ada, Lipstick set ada, yang latest bouquet pun kita ada �

25/4/2026Klinik NSL
01/05/2026

25/4/2026
Klinik NSL

12/03/2026

Date: 9 March 2026,
Day : Monday

🤸‍♀️✨ *PE PKPS FLEXI: GYMNASTICS CLASS* 🤸‍♀️✨

At Permata Ehsan PKPS, we believe active children are confident children! 💪
Gymnastics helps strengthen the body while sharpening the mind through movement and problem-solving.

Our young heroes will be guided by Mr. Gan (Malaysian Gymnast), focusing on:

1️⃣ Flexibility
2️⃣ Coordination
3️⃣ Balance
4️⃣ Endurance

Let’s stretch, balance, and grow stronger together! ✨🌈

10/12/2025

10/12/20225
SPM Day 8
Biologi Kertas 1 & 2

Doa SPM khas untuk Batch Alpha – Hari ke-8 (Biologi Kertas 1 & 2)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami menadah tangan penuh kesyukuran atas segala nikmat dan rezeki-Mu. Dengan penuh rendah diri kami memuji-Mu, Kami bersyukur atas segala nikmat-Mu, atas rezeki dan kekuatan yang Engkau kurniakan kepada 173 puteri Batch Alpha sehingga mereka tiba ke hari kelapan peperiksaan SPM ini. Ya Allah, Engkau yang Maha Mengatur setiap urusan, jadikanlah setiap langkah perjuangan mereka tidak sia-sia, diberkati, dipermudah dan penuh pengharapan hanya kepada-Mu.

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui segala perkara yang zahir dan tersembunyi, kami memohon agar Engkau permudahkan urusan mereka ketika menjawab Biologi Kertas 1. Bukakanlah pintu kefahaman, kuatkan ingatan, dan hadirkan ketenangan dalam hati mereka. Ya Allah, Engkau yang Maha Memudahkan segala urusan, ilhamkanlah kepada mereka jawapan yang tepat, jelas dan benar bagi setiap soalan yang mereka hadapi.

Ya Allah Tuhan yang Maha Luas Ilmu-Mu, kami memohon agar Engkau permudahkan p**a urusan Biologi Kertas 2 buat anak-anak ini. Engkau yang Maha Mengurniakan kefahaman, mudahkan mereka menulis huraian yang teratur, padat dan memenuhi kehendak skema. Bimbinglah mereka mentafsir graf, jadual dan eksperimen dengan keyakinan dan tepat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada kekhilafan dan kesilapan kecil, dan hadirkanlah kekuatan dalam setiap jawapan yang mereka tulis.

Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah dalam memberikan rezeki, kami memohon agar tujuh subjek yang telah dilalui menjadi rezeki kejayaan buat puteri-puteri ini. Perelokkanlah semakan para pemeriksa, lembutkan hati mereka agar menilai dengan penuh rahmah dan keadilan. Ya Allah, Engkau yang Maha Melihat segala usaha, jadikanlah setiap kertas yang telah berlalu itu sebagai asbab kepada kecemerlangan mereka.

Ya Allah Tuhan yang Maha Mengabulkan setiap doa, kami memohon agar Engkau kurniakan pengakhiran yang terbaik untuk keseluruhan peperiksaan ini. Tetapkanlah hati mereka, kuatkan usaha mereka, dan indahkanlah natijah yang Engkau sediakan buat mereka. Ya Allah, Eng

08/12/2025

8/12/2025
SPM Day 7

Doa SPM Khas Untuk Batch Alpha – Subjek Kimia Kertas 1 & 2

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Pada hari ketujuh peperiksaan bertulis ini, kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat-Mu. Engkau telah mengizinkan 173 puteri Alpha hadir dengan kesihatan, kekuatan dan ketenangan. Setiap langkah mereka menuju dewan peperiksaan adalah rezeki daripada-Mu, dan setiap detik usaha mereka adalah bukti rahmat-Mu yang sentiasa mendampingi. Maka teruslah limpahkan kelapangan hati, kecerdasan fikiran dan perlindungan-Mu kepada mereka.

Ya Allah, permudahkanlah khususnya kertas 1 Kimia buat anak-anak kami.
Jernihkan minda mereka ketika menjawab soalan objektif yang memerlukan fokus dan ketepatan. Terangkan pemahaman mereka tentang konsep asas tindak balas kimia, susunan berkala, ikatan dan struktur, asid-bes, elektrokimia, tenaga, kadar tindak balas dan apa sahaja topik yang diuji. Bimbinglah mereka memilih jawapan yang tepat; jauhkan kekeliruan, kelalaian dan kesilapan kecil. Jadikan setiap pilihan jawapan mereka selari dengan ilmu yang Engkau tanamkan dalam hati dan fikiran mereka.

Ya Allah, permudahkan juga kertas 2 Kimia mereka,
yang menuntut kefahaman mendalam, analisis, penulisan yang jelas serta pengiraan yang tepat. Kuatkan ingatan mereka terhadap persamaan kimia, konsep stoikiometri, proses industri, sifat bahan, eksperimen makmal, langkah keselamatan, pemerhatian dan inferens. Lancarkan tangan mereka menulis jawapan yang tersusun, tepat dan padat. Mudahkan mereka melengkapkan pengiraan, menukar unit, menstrukturkan jawapan berformat, serta memilih isi yang benar-benar dikehendaki oleh soalan. Jadikan setiap langkah, graf, jadual, persamaan dan penerangan mereka betul, kemas dan meyakinkan pemeriksa.

Ya Allah, Tuhan yang menerima segala amal,
Terimalah usaha, ketekunan dan tawakkal anak-anak kami. Lapangkan dada mereka dengan keyakinan selepas menjawab, jauhkan kegusaran, dan gantikanlah penat lelah mereka dengan kejayaan yang terbaik menurut ilmu dan rahmat-Mu. Jadikan peperiksaan ini sebagai jalan untuk mereka melangkah lebih jauh dengan izzah, keberanian dan keberkatan.

Amin ya Rabbal ‘alamin.

05/12/2025

4/12/2025
SPM Day 6
Fizik Kertas 1&2

Doa Khas Untuk Puteri Alpha – Hari ke-6 Peperiksaan SPM (Fizik Kertas 1 & Kertas 2)

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani, pada pagi yang penuh keberkatan ini kami memanjatkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran atas segala nikmat dan kebaikan-Mu. Dengan izin-Mu jualah 173 orang puteri Alpha dapat melalui hari-hari peperiksaan sebelum ini dan sampai ke hari keenam ini dengan kekuatan, kesihatan dan penjagaan daripada-Mu.

Ya Allah, pada pagi yang dingin dengan turunnya hujan rahmat-Mu ini, kami memohon agar Engkau mempersiapkan mereka dari segi mental, fizikal dan emosi untuk meneruskan perjuangan hari ini. Engkau kuatkan semangat mereka, teguhkan hati mereka, dan kurniakan kekentalan jiwa untuk melangkah masuk ke fasa yang semakin mencabar ini. Permudahkan setiap usaha mereka dan ringankan segala urusan.

Ya Allah, untuk Fizik Kertas 1, Engkau lapangkan fikiran mereka untuk memahami setiap soalan objektif dengan tepat. Permudahkan mereka memilih jawapan yang benar, mengenal pasti konsep asas fizik, membezakan nilai, formula, unit, serta elakkan mereka daripada terpedaya dengan pilihan jawapan yang mengelirukan. Jadikan fikiran mereka tajam, tenang dan fokus sepanjang menjawab.

Ya Allah, untuk Fizik Kertas 2, Engkau permudahkan mereka membaca kehendak soalan struktur dan penyelesaian masalah dengan jelas. Bantu mereka menggunakan formula yang betul, menulis langkah kerja yang tepat, memahami graf, diagram, hubungan fizik, pengiraan dan eksperimen. Ilhamkan mereka jawapan yang teratur, tepat dan selari dengan kehendak skema pemeriksa.

Ya Allah, Engkau terimalah segala usaha, susah payah, jerih perih, air mata, masa yang dicurahkan, fokus yang diberikan serta segala ilmu yang mereka kumpulkan sepanjang tempoh persediaan ini. Jadikan setiap titik usaha itu sebagai amal kebaikan di sisi-Mu, dan gantikanlah dengan kejayaan yang cemerlang, lebih baik daripada apa yang mereka harapkan.

Ya Allah, bagi semua subjek yang telah berlalu, kami memohon agar Engkau menerima setiap jawapan yang telah mereka tulis. Lembutkan hati para pemeriksa, jadikan semakan mereka penuh hikmah, adil dan berpihak kepada kebaikan anak-anak kami. Rez

20/11/2025Bahasa ArabLast paper 🥳Merdeka!!
03/12/2025

20/11/2025
Bahasa Arab
Last paper 🥳
Merdeka!!

19/11/2025UPKKSIRAH
03/12/2025

19/11/2025
UPKK
SIRAH

18/11/2025UPKKIBADAH & JAWI
03/12/2025

18/11/2025
UPKK
IBADAH & JAWI

20/11/2025Ujian Mendengar BM& BI
03/12/2025

20/11/2025
Ujian Mendengar BM& BI

03/12/2025

19/11/2025
Amali Bio SPM

02/12/2025

2/12/2025
SPM Day 5
Pendidikan Islam Kertas 1

Doa Khas Untuk Puteri Alpha – Hari ke-5 Peperiksaan SPM (Pendidikan Islam)

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Luas Rahmat-Nya, pada hari peperiksaan Pendidikan Islam ini kami memohon sepenuh hati agar Engkau melimpahkan ketenangan, kefahaman dan kekuatan kepada puteri-puteri Alpha yang akan menduduki kertas ini.

Ya Allah, permudahkan mereka memahami dengan jelas setiap kehendak soalan, sama ada berbentuk objektif, struktur atau esei. Jangan biarkan mereka tersalah tafsir arahan seperti huraikan, jelaskan, nyatakan, bandingkan, terangkan, beri contoh, dan seumpamanya. Bimbinglah mereka mengenali kehendak soalan dengan tepat dan menulis jawapan menurut format yang diingini pemeriksa.

Ya Allah, bantu mereka mengingat ayat-ayat al-Quran yang pernah dipelajari, makna dan pengajaran setiap ayat, serta mengaitkannya dengan topik yang betul. Kuatkan hafazan mereka agar ayat yang relevan hadir dalam fikiran mereka pada waktu yang tepat.

Ya Allah, permudahkan mereka mengingat dan menghuraikan hadis-hadis pilihan, matan, maksud dan hikmahnya. Ilhamkan mereka untuk menggunakan hadis dengan tepat dalam huraian, tanpa tersalah tema atau maksud.

Ya Allah, untuk bahagian Aqidah, berikan mereka kefahaman mendalam tentang rukun iman, sifat wajib, sifat mustahil, dalil-dalil akli dan naqli, serta kesan keimanan dalam kehidupan. Permudahkan mereka memberi contoh yang tepat dan menulis huraian dengan jelas.

Ya Allah, untuk bahagian Ibadah, Engkau mudahkan mereka mengingat syarat, rukun, perkara membatalkan, dalil dan hikmah amalan seperti solat, puasa, zakat, haji, wuduk, tayammum dan muamalat. Ilhamkan mereka untuk menulis jawapan yang tersusun, padat dan lengkap mengikut skema.

Ya Allah, untuk bahagian Sirah dan Tamadun Islam, bantu mereka mengingat peristiwa penting, tokoh-tokoh utama, pengajaran sejarah dan sumbangan tamadun. Jadikan ingatan mereka kuat untuk menyebut tarikh, tempat, watak dan ibrah dengan tepat.

Ya Allah, untuk bahagian Akhlak & Jati Diri Muslim, Engkau mudahkan mereka menghuraikan nilai-nilai murni, adab, ciri-ciri mukmin, kesan akhlak dalam kehidupan, serta contoh situasi yang tepat. Jadikan tul

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liztari Shoppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Liztari Shoppe:

Share

Category