Kyra Favoorito Food & Beverages

Kyra Favoorito Food & Beverages Menerima tempahan kek,roti,cookies,aneka pastri,door gift, desert,perkhidmatan katering untuk semua majlis keramaian.

25/01/2023
10/12/2022

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api

Menu orang dulu-dulu. Dicampur p**a dengan ikan bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat!

Bahan-bahan:
* Pisang muda - dicuci bersih
* Cili api - ditumbuk
* Kunyit hidup - ditumbuk
* Tempoyak
* Asam keping
* Ikan bilis
* 1 1/2 biji Kelapa parut - di perah dan ambil pati

Cara-cara:
1. Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping - saya guna pisang emas.

P/s: Pisang tu ikut banyak mana yang dikehendaki, kalau lebih dari sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul2 pekat kuah korang

2. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.
3. Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak
4. Masukkan garam secukup rasa. Siap! Selamat mencuba

Kredit: Suisan Alieza

Jenis-Jenis Potongan Bawang.Malam tadi aku terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara ...
17/10/2022

Jenis-Jenis Potongan Bawang.

Malam tadi aku terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna.Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.

1) Potong.
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.
Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2)Gegelung.
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.

3)Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4)Belah.
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5)Baji
Juga disebut 'wedges' dalam B.Inggeris.Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.

6)Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.

7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8)Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.

9)Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resepinya sebelum mula memotong.

Selamat memasak!

Kredit: Mohammad Faeez Harith dan daily makan

17/02/2022

Sambal Udang Petai Bersantan

Bahan-Bahan
Udang - Digoreng
Petai- ikut s**a la nk buang kulit ke x..
Goreng dengan kulit min maleh nk kikisπŸ˜…

Bawang merah**
Bawang Putih**
Halia **
Cili kering**
**Tumbuk/blend/chopper boleh la mana ikut citarasa masing2..

Asam jawa
Gula melaka
Santan
Garam
Bawang besar hiris buat

Kuantiti min main agak2 sesedap hati πŸ˜†

Peminat nugget!! Mana satu korang s**a? Ni antara 7 nugget Tempura yang sedap hingga menjilat jari! πŸ˜‹πŸ˜‹ Kat peti sejuk pa...
03/10/2021

Peminat nugget!! Mana satu korang s**a? Ni antara 7 nugget Tempura yang sedap hingga menjilat jari! πŸ˜‹πŸ˜‹

Kat peti sejuk paling kurang pun mesti ada nugget kan? Nak makan time malas masak mmg senang!

Kalau tak jumpa brand kat area rumah korang boleh cari kat shopee or lazada jer.

Sumber: FB Jimat Kaki

06/09/2021

Ayam Masak Black Pepper ..
guna bahan mudah dan yang pasti sedap..

Bahan goreng ayam:
4 ketul Ayam dan dipotong kecil
Sedikit Garam
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Sedikit lada hitam halus

Bahan tumis (tumbuk)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Hirisan bawang holland

1sudu lad hitam
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
larutkan 1sudu teh tepung jagung dgn air

bahan hiasan:
Lobak merah
Bawang holland
cili merah/hijau atau cili benggala
Daun bawang

Selamat mencuba..πŸ₯°
Jika bermanfaat boleh lah share ya.✌️

27/08/2021

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124200344

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kyra Favoorito Food & Beverages posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share