24/06/2023
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua🥰🥰
Pagi ni kami nak share dengan korang semua satu resepi yang menjadi kegilaan ramai di Malaysia ‼️
Pasti korang semua tahukan tentang burger Malaysia ❓ Yang intinya adalah sambal bilis ❓❓ Ramai yang kenal resepi ni sebagai Burger Mini Malaysia, betul tak❓😝😝
Jom kita tengok resepi-resepinya ‼️
Bahan-bahan:
🍔2 cawan (256g) tepung gandum
🍔2 sudu besar susu tepung
🍔2 sudu besar majerin atau shortening
🍔1 1/2 sudu kecil serbuk yis
🍔1/2 sudu kecil garam
🍔1/2 sudu besar gula halus
🍔180ml air suam
Cara Penyediaan:
🍔Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
🍔Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
🍔Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
🍔Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
🍔Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
🍔Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
🍔Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya l***r tetapi jangan terlalu l***r,cuma tekan sedikit sahaja.
🍔Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
🍔Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
🍔Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
[ TIPS : Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat ]
Alahaaaaaaaiiii mudahnyaaaa nak buat ‼️ Jom sama-sama kita cuba resepi mini burger malaysia untuk sarapan pagi ni😝😝
Credit : Che Nom
Inginkan lebih banyak info mengenai cara membuat pastries yang sedap??
Tekan LIKES dan FOLLOW page kami untuk mendapatkan notis info selanjutnya!!☺️☺️☺️
Jika berminat untuk menempah donut gebu kami, sila contact nombor yang tertera dibawah🥰🥰
▶️010-807 8577 (Zima)
▶️011-55022021 (Aina)