Marne's Bakes

Marne's Bakes We are dedicated to cater your sweet and artistic cravings! � We love new challenges, so please ch Kindly place your order at least 2 days before.

For customized and fondant cakes, 2 weeks notice will help us a lot �. Thank you for your cooperation!

SABARKata orang, biar lambat asal selamat.Ketika saya berusia lebih muda dari usia sekarang😁,  saya tak begitu sabar dlm...
22/01/2023

SABAR

Kata orang, biar lambat asal selamat.

Ketika saya berusia lebih muda dari usia sekarang😁, saya tak begitu sabar dlm kehidupan seharian. Buat kerja rumah pun nak cepat siap je. Mak suruh sidai kain, asalkan tersidai saja di ampaian. Herot ke senget ke, bukan saya kisah. Dah kering sama je, kata hati saya masa tu. Masak nasi, entah berapa banyak beras yang masuk ke dalam saluran paip. Banyak je lagi dalam periuk ni, bukan ada orang kira pun berapa butir beras yg tinggal. Begitu bisikan hati masa tu. Sapu sampah, buat apa nak sapu bersih2 sangat. Kejap lagi berhabuk balik. Buat penat je, lebih kurang cukup la. Cakap dalam hati je masa tu😁

Begitulah saya ketika itu. Banyak lagi, tapi cukup la tu buat contoh😁

Memang betul pun. Kain yg disidai herot berot tetap kering, tapi bila nak diseterika, jadi lagi lambat nak licin. Buang masa dan tenaga juga akhirnya.

Memang betul pun. Beras yang dimasak tadi tetap menjadi nasi, tapi sebenarnya nasi tu bole jadi lebih banyak dari itu. Kalau setiap kali basuh beras hilang 10 butir, dalam masa sebulan dah berapa butir? mungkin dapat lagi satu pot beras. Membazir namanya.

Memang betul pun, Pagi menyapu, petang dah berhabuk balik. Tapi, tidak la sehingga menyesakkan rongga hidung dengan habuk2 yang terkumpul. Rumah masih kelihatan rapi dan selesa. Bayangkan jika langsung tidak disapu, sakit je mata. Lepas tu sikit2 bersin diasak habuk.

Semakin meningkat dewasa, saya lebih memahami kenapa perlunya kita bersabar dalam segala hal.

Sehinggalah saya terjebak dalam.dunia bakeri ini. Ya. Terjebak sebenarnya😆

Dalam bidang ini, segala-galanya amat perlukan sifat sabr itu! Patience is gold. Nak tak nak, s**a tak s**a, KENA SABAR. Barulah hasilnya berkualiti dan layak diberi kepada pelanggan yg sedia memberi mahar yang sepadan dengannya.

Seperti dlm gambar ini, ialah salted caramel. KENA SABAR buatnya, api tak bole besar, api lilin je. Tak boleh tinggal2, nanti hangus langsung tak bole guna dah. Pahit jadinya. Rugi gula, rugi gas, rugi cream.

Bila dah jadi caramelnya mcm dlm gambar, terasa satu kepuasan yg tak terucap, berkat SABAR itu. Terus hari itu menjadi hari yang terpaling bahagia! Padahal buat caramel je kot😆

Sedap salted caramel ni. Makan dengan coklat kek, hmmmm🤤

Banyak lagi nak taip, kita sambung lagi ye.

Jaga diri! Sabar tau!🥰

KEKUATANSemua manusia diciptakan Allah dgn kekuatan tersendiri. Carilah kekuatan itu dgn bersandarkan kpd Allah swt. Mes...
21/01/2023

KEKUATAN

Semua manusia diciptakan Allah dgn kekuatan tersendiri. Carilah kekuatan itu dgn bersandarkan kpd Allah swt. Meskipun payah kadang2, itulah lumrah kehidupan.

Saya akui, 2022 adalah tahun yg sgt mencabar dari segi ekonomi. Memang duit bukan segalanya, tetapi kita hidup di zaman yg semuanya memerlukan wang. Dan saya dan suami juga diuji dgn Covid 19. Walaupun hanya kuarantin di rumah, namun kami tetap terkesan dari kesihatan, emosi, mental dan pastinya dari segi ekonomi. Bila duitnya kurang, emosi pun auto terkesan. Begitu juga dgn semangat, jatuh menjunam terjun tiruk semua😅.

Sebelum Covid melanda dunia, ada juga masa saya jadi down, tapi sekejap saja. Bila ada tempahan, auto gembira semula😁. Alhamdulillah☺️

Namun, sejak Covid, perubahan pattern pelanggan membuat tempahan kek amat ketara. Misalnya kek fondant, dalam seminggu mesti ada satu tempahan. Ada masa 6-8 biji kek fondant dlm sebulan yg berharga antara RM200-RM500 sebiji, bergantung rekaan. Memang bukanlah banyak, tak seperti bakers lain yg lebih gah dan viral, namun saya tetap bersyukur. Cukup utk keperluan saya dan anak. Sejak 2 tahun lepas, nak dapat tempahan sebiji kek fondant dalam sebulan pun susah sangat. Pelanggan masih menempah kek, tapi dalam price range yang kurang dari RM200, atau kurang dari RM100 sebjji. Jumlah tempahan pun amat menyedihkan.

Ditambah p**a dengan kenaikan inflasi sekaligus kenaikan harga barang, peniaga2 anak ikan bilis seperti saya ini sudah tidak mampu untuk berkata apa2. Bila ke kedai barangan bakeri, hanya mampu terkebil2 dan menelan air liur melihatkan harga, ada satu ketika tu bole kata tiap2 minggu naik harga🥺.

Saya tiada pilihan, melainkan terpaksa menaikkan harga utk kek dan beberapa manisan lain, demi meneruskan apa yg saya usahakan sejak lebih 10 tahun lalu ini.

Ada pelanggan yg memahami, ada yang tidak. Saya faham, itulah adatnya. Buat semua pelanggan2 yg masih setia atau tidak, terima kasih yg tak terhingga. Ketahuilah, kalian semua adalah antara sumber kekuatan saya💪☺️. In shaa Allah, saya akan sentiasa memperbaiki kekurangan utk memberikan yg terbaik buat kalian.

Beberapa bulan yg lepas, selepas saya dan suami dijangkiti, saya berada dalam situasi mental dan semangat yg hampir jatuh berderai. Satu marketing pun saya tak buat. FB, IG, Tiktok dibiarkan bersawang. Lantak la nak jadi apa pun. Bole dikatakan hampir give up. Status whatsapp pun malas nak buat. Sekadar melihat status kawan2 saja. Saya pun tak pasti, adakah itu kemurungan? Dan adakah itu salah satu kesan dari Covid19? Berbulan juga saya begitu.

Suamilah tempat saya mengadu, menangis, meraung meluahkan isi hati saya. Anak saya Aaliyah pun kdg2 saya luahkan juga, tapi bukan semua sebab saya tak nak dia terganggu pelajaran.

Nature seorang lelaki, akan memikirkan penyelesaian. Mula2 dia layan air mata dan keluhan saya, tapi perlahan2 dia beri beberapa cara utk bounce back. Hati seorang wanita ini memang akan merasakan si suami tak mahu memahami isi hatinya yang asyik membazirkan air mata mengenangkan dompet yang makin menipis😁. Namun, berkat kesabaran si suami, setelah bersama-sama bertikam lidah bersulamkan air mata, akhirnya mengertilah si isteri tadi akan maksud sebenar si suami. Lain caranya org lelaki menunjukkan kasih sayangnya kpd si isteri🥰.

Terima kasih abang sebab banyak sgt bersabar dgn kerenah sayang yang macam2 ni🥰. Sayang akan buat yang terbaik💪

Tahun 2023 tetap akan diharungi walaupun banyak sumber mengatakan akan lebih mencabar, namun saya tiada pilihan melainkan terus bangkit dan teruskan apa yang telah dan sedang usahakan. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, saya akan teruskan melangkah ke hadapan.

Marilah kita sama2 berdoa agar kita semua terus cekal dan tabah mengharungi hari2 yang mendatang. Usah berhenti, in shaa Allah ada hasilnya. Allah bersama orang2 yang sabar.

Terima kasih dan tahniah buat kalian yg baca sampai habis. Kalian memang terbaik!!❤️

Roblox cake lagi!❤️Thank you Yana selalu support😘🌹
24/08/2022

Roblox cake lagi!❤️

Thank you Yana selalu support😘🌹

Sape nak bento cake mcm ni? 😍😍😍 Meh spam kami cepat, dm or comment😘 kalau ramai nak, Kita open order!📢📢📢Disclaimer: gamb...
24/08/2022

Sape nak bento cake mcm ni? 😍😍😍 Meh spam kami cepat, dm or comment😘 kalau ramai nak, Kita open order!📢📢📢

Disclaimer: gambar dari incik google 😁

And this velvety beauty pun Kita supply to Kopi Sudin🥰Alhamdulillah, laris juga😍😍😍Thank you Pika sudi berkongsi rezeki d...
09/03/2022

And this velvety beauty pun Kita supply to Kopi Sudin🥰

Alhamdulillah, laris juga😍😍😍

Thank you Pika sudi berkongsi rezeki di Kopi Sudin 🥰💐

#

We started supplying slice cakes for one new cafe in our area, Kopi Sudin, since February. Alhamdulillah, all went well....
09/03/2022

We started supplying slice cakes for one new cafe in our area, Kopi Sudin, since February. Alhamdulillah, all went well. Tak sangka walaupun dlm Kampung je, ramai yg dtg cafe tu🥰🥰🥰.

So this is the first batch of Pandan Gula Melaka cake with swiss meringue buttercream. Ni premium cake ye, pure butter only.

Jgn risau, harga masih mampu milk💰💰💰. Biar ramai yg dpt enjoy mkn kek premium ni🥰

#

For Sonic The Hedgehog fans!Thank you Jue🥰                                          #
09/03/2022

For Sonic The Hedgehog fans!

Thank you Jue🥰

#

Semerah cinta ❤️❤️❤️                                                #
09/03/2022

Semerah cinta ❤️❤️❤️

#

My Little Pony cake!Thank you Yusma❤️                                              #
09/03/2022

My Little Pony cake!

Thank you Yusma❤️

#

Simple yet meaningful ❤️                                              #
09/03/2022

Simple yet meaningful ❤️

#

Hiiiii!!!!Lama betul Tak update nih. Ok sebagai pembuka bicara, Elsa Frozen cake!Yes, dah berapa tahun Frozen ni...still...
09/03/2022

Hiiiii!!!!

Lama betul Tak update nih. Ok sebagai pembuka bicara,

Elsa Frozen cake!

Yes, dah berapa tahun Frozen ni...still menjadi pilihan anak2 terutama anak2 gadis🥰

Thank you Alicia, gigih you cari my number. It was nice to meet u again🥰

And thank you for your red packet and a bag of treats for my daughter Aaliyah. ❤️❤️❤️ It was so thoughtful of you ☺️

Saje nak story..malam2 ni.Apam polkadot ni dh b*k sgt try n error dia. Masa mula2 terjebak buat apam polkadot ni, Tak ta...
02/02/2022

Saje nak story..malam2 ni.

Apam polkadot ni dh b*k sgt try n error dia. Masa mula2 terjebak buat apam polkadot ni, Tak tau la dh berapa kali tak jadi..huhu..tgk org buat, tgk YouTube mcm senang je. Bila Cuba buat sendiri baru tau cekadaknya mcm mana😂.

Bahan dia mmg simple. Tepung, gula, telur, susu segar, baking powder, ovalette, inti pilihan.

Tapi cekadaknya x sesimple bahan nya😁

Telur tak fresh, auto fail.
Ovalette lama sikit, hancus.
Baking powder pun, bole jdi punca jugak.
B*k lagi la...

Pernah beberapa kali terpaksa cancel order customer sbb dh bancuh b*k kali pun masih Tak jadi😭😭😭

Dan, dh tak tau baper kali dah cakap, dah tak nak ambil tempahan apam polkadot ni. Disebabkan cekadaknya tu😂

Tapi, Allah punya aturan.
Setiap kali dh tak nak buat tu, setiap kali tuuuuu lah ada yg order😁😁😁

Dan setiap kali nk buat tu, dia punya nervous...kalah mcm nak bancuh kek. Bancuh kek pun xde mcm tu😂

Alhamdulillah.
Setelah belajar dr pengalaman, tanya kawan2 bakers jugak, tgk YouTube, tgk blog..try n error.. Alhamdulillah 🥰🥰🥰

Jadinya, apam polkadot ni still open for order. Dh jadi Salah satu item di Marne's Bakes 🥰
Masih ada peminat tersendiri😘

Begitulah hidup.
Sentiasa belajar.
Dari sekecil2 perkara, sampailah sebesar2 perkara.

Ok. Tq korang gigih baca sampai abis. Nite2!

Address

Lot 1154, Lorong 3, Kampung Merbau Sempak, Paya Jaras
Shah Alam
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Marne's Bakes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category