17/01/2022
PERHATIAN SEMUA! INI ADALAH WAKTU BERKONGSI ILMU! π’ π¨
SEMOGA BERMANFAAT. π
========================================
Harini saya nak kongsikan dengan chuolls 3 jenis coklat. π
π« Coklat Susu
Coklat susu berbentuk pepejal, coklat ini padat dengan kandungan koko, gula dan susu. Kebanyakan coklat susu berwarna gelap dan rasanya manis, pada awalnya coklat susu hanya dijual sebagai bar coklat tetapi kini coklat susu juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk.
π€ Coklat Gelap
Coklat gelap adalah sejenis coklat yang mengandungi pepejal koko dan mentega koko, coklat gelap boleh dimakan begitu sahaja. Dalam bidang masakan dan bakeri juga banyak menggunakan coklat gelap. Berbanding dengan jenis coklat yang lain, coklat gelap dikategorikan sebagai antara coklat yang baik untuk kesihatan.
π€ Coklat Putih
Berbeza dengan coklat gelap, coklat putih ini diperbuat daripada gula, susu, mentega koko dan vanilla (sesetengah jenis), tanpa menggunakan pepejal koko. Disebabkan itu, ia berwarna putih susu. Ada yang berpendapat bahawa ianya bukan sejenis coklat kerana tidak mengandungi pepejal koko. Namun, ia sebenarnya bergantung kepada kualiti coklat putih itu sendiri. Sekiranya bar coklat berwarna putih terang, ia dilunturkan dan mungkin dihilangkan baunya. Coklat putih yang berkualiti tinggi cenderung berwarna sedikit kekuningan kerana mentega koko berwarna kuning.
Saya harap perkongsian harini dapat menambah ilmu pengetahuan chuolls mengenai jenis- jenis coklat. π
Jom order, Click "sent message" sekarang !!! π²