08/10/2026
Semalam, kami berbesar hati menerima kunjungan daripada salah satu pelanggan industri kami, E.H.H Food Industry Sdn Bhd.
Sepanjang lawatan, para tetamu berpeluang melihat dengan lebih dekat bagaimana proses pembungkusan beras dijalankan. Bermula daripada peringkat awal sehinggalah ke proses seterusnya di kilang kami.
Bukan sekadar melihat, tetapi turut memahami bagaimana setiap proses dikendalikan bagi memastikan kualiti dan konsistensi produk sentiasa terjaga.
Terima kasih kepada pihak E.H.H Food Industry Sdn Bhd atas kunjungan dan masa yang diluangkan bersama kami. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak. 🤝🏻 🌾