Tips Biskut Raya Sedap

Tips Biskut Raya Sedap Untuk berkongsi dan mendidik tips serta cara membuat biskut raya sedap dengan mudah.

Hari ni nak kongsi Resepi Biskut Cornflakes Madu. Resepi ni memang budak-budak la paling s**a. Dia rangup dan manis kan....
06/08/2019

Hari ni nak kongsi Resepi Biskut Cornflakes Madu. Resepi ni memang budak-budak la paling s**a. Dia rangup dan manis kan. Senang sangat tutup mata pun boleh buat. Haha. So selamat mencuba gaiss.

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut s**a)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika s**a.

Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Credit to : AzieKitchen.com

Korang yang nak mencuba resepi biskut sedap dan mudah boleh la try biskut-biskut ni. Banyak guna bahan asas je. Cuba tau...
29/07/2019

Korang yang nak mencuba resepi biskut sedap dan mudah boleh la try biskut-biskut ni. Banyak guna bahan asas je. Cuba tau dan jangan give up. Senang je.

Ini dia resipi-resipi baking yang senang anda boleh hasilkan di rumah!

Biskut Rangup Bussku. Tak rasa lagi tak tahu. Sekali Rasa Ingat Selalu.
29/07/2019

Biskut Rangup Bussku. Tak rasa lagi tak tahu. Sekali Rasa Ingat Selalu.

29/07/2019

Tips Bikut Raya RANGUP! Yang pasti dia tak terlalu rapuh sampai tak boleh nak susun dalam baling. Rangup maksudnya bila kita makan dia berderap elok je dalam mulut. Tapi tak terlalu keras sampai rasa macam makan batu. Haha. Ok cukup. Jom kita start.

Tips pertama :

1. Penggunaan Butter/Mentega sebagai bahan asas. - Guna yang tulen/pure tak main yang pelesu ya. Nanti biskut tak rangup sado. Kalau tak sado jangan salahkan saya ya. Cari yang ada tulis pure butter saya s**a pakai buttercup.

2. Kalau boleh elakkan pakai majerin sebab nanti biskut rasa masin, cepat berbau tengik.

3. Semasa putar butter jangan terlalu lama, jika tidak nanti biskut jadi lembik dan tak ranggup. Cukup hingga dia bertukar warna cerah sikit je.

4. Biskut yang menggunakan kekacang mestilah dibakar terlebih dahulu. Jangan beli terus guna nanti tak ranggup. Rajin sikit. Samada nak bakar dalam oven atau goring tanpa minyak dua-dua pun boleh.

5. Guna mentega yang dalam suhu bilik, jangan guna yang baru keluar dari peti ais. Gelojoh sangat pun. Haha. Keluarkan awal dalam 5 jam sebelum start buat biskut.

6. Bila dah siap jadi doh, wrap elok-elok dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Lepas keluar dari peti dan doh agak keras jangan risau uli sahaja.

7. Boleh tambah tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi dan tepung kentang tapi jangan banyak sangat. Boleh juga tambah emplex, gula pasir, serbuk badam dan shortening untuk ranggupkan biskut.

8. Adunan yang gunakan bijirin seperti oat, nestum, cornflakes dan gandum adunan mesti lembut, kerana bijirin akan serap lelemak dan akan mengeras setelah direhatkan.

9. Teknik tabur tepung atas papan sebelum diuli juga akan menjadikan adunan bijirin menjadi keras.

10. Guna loyang pembakar yang tepinya rendah, ini akan memudahkan aliran haba dari oven ke biskut dan menjadikan biskut masak sekata.

11. Jangan terlalu banyak menyapu butter pada loyang,ia akan menyebabkan biskut jadi berminyak dan lembab.

Itu sahaja tips kita pada hari ini. Harap membantu akak2 mencapai impian biskut raya terangup di dunia dengan segala macam tips ini. adios.

credit to Maszie.blogspot.com

28/07/2019

Post pertama. Saya memlilih untuk kongsi tips untuk make sure biskut kita tahan lama. Dah la beli mahal-mahal, kalau buat pun kemain perah tulang empat kerat. Sekali nak makan biskut dah hapak dan siap ada bulu-bulu kulat plak.

Tak susah pun nak pastikan biskut tahan lama ni :

1. Kalau buat sendiri. Selepas di bakar pastikan biskut sejuk dahulu sebelum masuk dalam balang.

2. Balang kaca atau pelastik mesti dikeringkan betul-betul. Kalau basah nanti air tu jadi ejen pelembap dalam bekas dan punca biskut cepat rosak la cik akak. Jangan malas amik tisu atau kain kasi kering itu bekas.

3. Tabur la sikit garam kat dalam bekas biskut tu supaya serap lembapan yang ada so nanti biskut tahan lama.

4. Tabur juga sedikit garam kat dalam balang tu, ini supaya biskut tak cepat lemau dan berbau hapak.

5. Jemur tepung dan gula sebelum buat biskut. Ini kalau hangpa rajin la. Kalau tak rajin tak mengapa. Tips yang kat atas tu pun da cukup membantu. Ok.

Semoga bermanfaat.

28/07/2019

Page ni untuk sama-sama kita kongsi petua dan tips untuk segala macam kaitan dengan biskut raya. Ilmu saya akan kumpul dari pelbagai orang dan page lain dan jadikan dalam satu tempat. Lebih mudah sebab semua dalam fb.

Jika saya ambil dari mana-mana page atau media saya akan kredit siap-siap empunya tips tu. So kita sama-sama kongsi ilmu k.

Apa yang penting biskut raya aidilfitri ke, raya haji ke, raya cina ke.. depavali ke.. semua biskut pun selalu sedap. Tetamu happy tuan rumah pun puas hati. Ye dak?

Semoga semua ilmu dan tips dapat memberi manfaat pada kita semua. Ok gaiss jumpa lagi di post seterusnya.

Address

Puncak Jalil
Seri Kembangan
43000

Telephone

+60123416429

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Biskut Raya Sedap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tips Biskut Raya Sedap:

Share

Category