04/07/2016
asslamualaikum wbt uolss.
lama kak kiah tak bersiaran.. rindu jejari kak kiah nak menari2 di keyboard.. uolzz tak rindu hakak ke?hehehe
berakhir sudah episod . kepada semua customer, terima kasih banyak2 atas sokongan kalian. kepada potential customer yang kak kiah terpaksa tolak order, mahap sangat2 kak kiah takut tak sempat buat order korang..dan kepada bakal2 customer kak kiah, stay tuned. kak kiah menunggu order kalian utk next episod..hihi
utk makluman, akan mula bercuti pada 5/7/2016 sehingga 18/7/2016.. tapi bagi sesiapa yang nak order dialu-alukan..cuma next collection utk bebalang krup krap korang adalah selepas 18/7/2016.
lagi satu.. beroperasi SEPANJANG TAHUN. bukan bermusim ye..isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat,sabtu,ahad,bulan depan, bulan ogos,bulan september,bulan disember, raya cina, melayu, hindu, krismas semua ada..heheheheh..maka, bolehla korang terus mengorder dilain waktu (tapi harga lain2,bergantung pada promosi dan bukan promosi..hehe) takdela korang tertunggu2 raya tahun depan baru dapat krup krap lagi..amacam, bes tak kak kiah?heheheh.
sepanjang ramadhan ni, bermacam2 peristiwa indah dan sedih kak kiah lalui antaranya kehilangan seorang sahabat baik dalam kemalangan di tg.malim tempoh hari. kak kiah mohon jasa baik kalian semua mendoakan arwah nurul syazeila iryani suhaimi dan anakandanya hanna humairah mohd hasnun diampuni segala dosa2 dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman di jannah, dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. al fatihah..
dikesempatan ini juga,kak kiah mewakili memohon ribuan ampun dan maaf andai sepanjang tempoh ini, kak kiah ada terlepas kata, terburuk laku, tertajam lidah, terlajak promo, terjeling mata, terkuit hati korang semua. salam aidilfitri, maaf zahir dan batin..