Norathirah Abdul Manap

Norathirah Abdul Manap DIBUKA UNTUK TEMPAHAN CAKE ����

21/03/2021

Assalamualaikum wbt, Selamat Pagiii Sahabat Semua 😊

Tiada siapa boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri.

Kalau kita sendiri taknak ubah diri, taknak ubah hati dan Taknak Improve diri. Takde siapa boleh bantu.

Firman Allah :
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (QS. Ar-Ra'd: 11)





20/03/2021

Rahsia kaya ialah....

Apabila kita meminta dengan Yang MAHA KAYA.

Itulah kekayaan.

Siapa yang rasa hidup dia sempit sekarang, rasa susah, hutang banyak. Perbaiki hubungan dengan yang MAHA KAYA sekarang.

Mula-mula sekali mesti dapatkan ILMU yang betul tentang.

1) Perbaiki solat
2) Jauhi Maksiat
3) Berjemaah
4) berselawat
5) membaca Al-quran
6) Bersedekah
7) Istighfar
😎 Bersyukur.

Rahsia yang bukan rahsia pun sebenarnya. Tapi ramai ada ilmu tapi tak buat. Itulah Ilmu yang tak bermanfaat. Tahu tapi tak buat. Sekadar tahu saje. Buatnya malas.

Ilham kekayaan harta benda datangnya dari Allah sama ada dalam bentuk perniagaan laris dan maju ka. Pelaburan berjaya ke, dapat durian runtuh ka. Banyak cara Allah nak beri kaya. Allah beri Ilham untuk kita asbab jadi kaya bila kita jaga hubungan dengan DIA. Allah beri IlMU pun satu bentuk kekayaan juga. Tinggal kita nak amal atau tidak.

Dah tahu rahsia kaya? Tunggu apa lagi? Buatlah sekarang. Buat dengan istiqamah. Bukannya susah pun.

Bukannnya nak mudah, pergi cari orang kaya minta duit dengan diorang. Lepas tu bila diorang tak beri apa kita minta, kita caci maki diorang, kata diorang kedekutlah, sombonglah, tak membantulah, cakap tak serupa bikinlah. Kata orang kaya tak berimanlah.

Kenapa kita salahkan orang bila mereka tak memberi apa kita minta?

Kenapa kita tak salahkan diri kita yang meminta-minta dengan Makhluk?

Allah kan ada.

Tak yakin dengan Allah sebab tu minta dengan Makhluk. Heee.

Nora Yusof.
.

https://m.facebook.com/groups/706721639899877/?ref=group_browse






Orang yang buat besnis kena tahu "ilmu basic" ne yaa 👇Bila besnis tetiba stuck/slow kena perbaiki sebab kita tak tahu "p...
14/03/2021

Orang yang buat besnis kena tahu "ilmu basic" ne yaa 👇

Bila besnis tetiba stuck/slow kena perbaiki sebab kita tak tahu "perkara" apa yang boleh "menyekat rezeki" untuk datang pada kita

RM33.90 sahaja

Upgrade ilmu + upgrade rezeki + upgrade hidup 💪

http://www.wasap.my/601135624508/17FTRLimitedEdition




HIDUP TAK BETUL :3=====Kenapa banyak benor masalah dalam hidup ni?Hidup rasa semacam tak betul je. -_-Serabutlah, bosanl...
13/03/2021

HIDUP TAK BETUL :3
=====

Kenapa banyak benor masalah dalam hidup ni?
Hidup rasa semacam tak betul je. -_-
Serabutlah, bosanlah, tertekanlah.. arghhhhhhhhhhhhhh!! (menjerit! :O )

macam histeria bunyinya. :p

Nak tahu kenapa? Sebab solat tak betul.

kalau solat tu betul hidup pun akan betul.

Tak percaya? Tak percaya try cek semula.

Soalan pertama yang akan ditanya dalam kubur apa dia? Ma rabbuka? Siapa tuhan kamu?

Perkara pertama yang akan dihisab apa dia? SOLAT!

boleh p**ak tanya kenapa lah hidup ni masalah macam-macam. Dah kita sendiri perkara pertama yang nak dihisab solat tak jaga. padanlah hidup pun huru-hara.

nak bagitau pentingnya SOLAT tu nak kena jaga. Bukan semata jaga je. tapi kena faham p**ak kenapa SOLAT tu kena jaga? Kalau betul SOLAT. Maka betullah hidup. Kalau hidup tak betul. ianya sebab Solat tu yang tak betul. bergaduh laki bini, sakit hati manjang, marah geram dengan orang ini lah punca dia. Kalau tak betul macam mana nak buat? betulkanlah, pergi belajar cara solat yang betul. confirm ke kita solat tu turun naik bangun duduk tu semua betul bacaan tokmakninah tu semua betul? Solat pun lambat-lambat. Pergi masjid pun tak. Solat nya lagu tu ja bertahun-tahun tak dak perasaan. Sembah Allah tanpa perasaan, takda perasaan takut kat dosa dan hari akhirat, telekung hat tu ja bertahun-tahun. Buruk p**ak tu. Padanlah hidup tak pernah berubah sebab tak pernah nak ubah cara solat ke arah lebih baik.

Haaaaa. Tak yah perbaiki solat orang. Tapi perbaiki solat kita maka ALLAH akan baiki apa yang sekeliling kita.

Dah kita p**ak, orang elok-elok nak berubah disindirnya p**ak. orang nak buat baik pun sindir. Kalau sindir ubatnya. Alamatnya, takdanya orang nak istiqamah berubah. Kalau dah dia hari ni terlebih rajin nak buat baik. buat rajin, jangan sindir. Tapi puji... dan galakkan lagi dia untuk berubah dan jadi lebih baik. gitu.... mulut kita memanglah jahat kan. Daripada nak menyindir, cari salah orang, ada baiknya kita sokong dia berubah.

Contoh.. selalunya dia bangun lambat hari-hari jam 6.30 pagi solat subuh. Tiba-tiba hari ni dia bangun jam 5 mandi pe bagai nak solat awal berubah. yang kita ni dah mulut jahat.

" hai awal bangun... selalu lambat je. nape tiba-tiba bangun awal plak hari ni? Buang tebiat ke?

"Sahaja Aku berniaga, bekerja, berdakwah, beribadat Kerana Allah Taala. Ya Allah jadikan lisan dan perbuatanku mengerjak...
07/03/2021

"Sahaja Aku berniaga, bekerja, berdakwah, beribadat Kerana Allah Taala. Ya Allah jadikan lisan dan perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat Pahala dan Rezeki buatku melimpah ruah dan banyak, jadikanlah perniagaan kami untung di Dunia dan Akhirat serta dapat membantu orang ramai. Tutupilah Aib-aib kami sehingga hujung nyawa dan tetapkanlah iman kami.
Amiinn Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim."

Niat berniaga mesti niat nak bantu orang selesaikan masalah.

Cari orang sebab nak tolong dia.

Bukan sebab cari orang nak produk kita terjual. Bukan sebab kita nak banyak duit. Gitu.

Mindset ni sangat penting. Sangat-sangat penting. Faham ke tu?

Kebanyakkan usahawan nak produk dia terjual sekian-sekian sehingga mengabaikan niat awalnya yang nak tolong orang. Dia lupa nak niat tolong orang.
Dia sendiri lupa produk tu selesaikan masalah apa.
Dia lupa usp produk tetiba.
Yang dia fikir mintak terjual je.
Yang dia duk post asyik nak mintak orang beli je.

Ini bahaya. Sebab akan membuatkan kita jadi penat tak tentu pasal sebab kejar sale. Dan sale takkan sangkut. Reset ur mind!

Nora Yusof
Penulis FTR

Join Formula Tarik Rezeki disini 👇
https://m.facebook.com/groups/706721639899877/?ref=group_browse





Anda cari makanan jiwa ke?Rasa jemu ke hari ni? rasa bosan?rasa bosan jadi isteri?rasa jemu jadi ibu?rasa bosan jadi pek...
26/02/2021

Anda cari makanan jiwa ke?
Rasa jemu ke hari ni? rasa bosan?
rasa bosan jadi isteri?
rasa jemu jadi ibu?
rasa bosan jadi pekerja?
duk buat kerja yang sama je tiap hari?
hidup lagu tu je? Suram je?
Sale tak meningkat?
hidup tak bertambah pun? Tak meningkat pun?
lemau je nak buat kerja?
rasa malasnya lah....
Kerja banyak tapi tak tahu apa nak buat. jadi blurr dan tak mahu buat.
kenapa jadi macam tu?

"SEBAB KITA TAK BERSYUKUR YANG SEDIKIT DENGAN HIDUP KITA."
itu pasal nikmat lain tak bertambah hari-hari sama je.
Sebab kita tak rancang hidup kita.
Tak buat to do list apa nak buat ikut masa masing-masing.
Tak buat target. Tak ikhlas beribadat. Tak berdoa. Lupa sedekah alfatihah kepada diri sendiri.
itulah tanda kita sedang jauh dari ALLAH.
kita jadi lupa yang ALLAH sedang perhatikan segala perbuatan kita.
itu yang jadi bosan, lemah, lemau, malas dan sewaktu dengannya.
kalau jadi macam ni cepat-cepat sedekah al-fatihah kepada diri sendiri sebanyak-banyaknya.
Kalau kita yang tak gembirakan hati kita,
nak harapkan siapa yang nak gembirakan hati kita?
cer senyum >>> 😊 dan katakan pada diri

"haisshh aku tak boleh malas-malas dan buang masa, banyak kerja nak buat" nak capai target sebelum berakhirnya hari ni. dapat target aku bersyukur. tak dapat pun aku bersyukur... nak tak nak kena start promosi dan buat kerja-kerja apa patut sambil-sambil zikir, istifar dan selawat."
orang lain sale dah juta-juta, aku? nak dapatkan 4 angka sebulan pun sakit.
Sebab kita malas dan tak buat dengan istiqamah. Kejap buat, kejap tak. Kejap slow, kejap laju.. mana nak jadi....
carilah apa-apa cara yang boleh buatkan kita tambah nilai sesuatu hari ni... kalau tak dapat apa nak, beri dulu sedekah apa-apa. 🙂 (kalau tak dapat dunia, dapatkan akhirat dulu)
Allahummasollialamuhammad...
kata ustaz:
Kalau hari ni lebih baik dari semalam- hidupnya untung
Kalau hari ni sama je seperti semalam- hidupnya rugi
kalau hari ni lebih teruk dari semalam- hidupnya celaka.
jadi kita yang mana? 🙂
Anda tengah buat apa ni? hihi.
Nora Yusof.



t.me/Athirah_Manap

NAK LAJUKAN REZEKI MACAM AIR HUJAN?Para suami, duit gaji raihkan dengan penuh syukur dan niatkan terus untuk ISTERI DAN ...
25/02/2021

NAK LAJUKAN REZEKI MACAM AIR HUJAN?

Para suami, duit gaji raihkan dengan penuh syukur dan niatkan terus untuk ISTERI DAN IBU.

Sila asingkan nafkah untuk isteri dan belanja untuk Ibu sesiap. Jika tak selesaikan yang ini, maka dengan izin ALLAH jangan pelik kalau berlaku kebocoran di mana-mana.

Tanggungjawab tak lepas.

Sikit banyak terp**ang.
Bukan bayar hutang dulu,
Bukan pergi belanja kawan dulu,
Bukan belanja makwe-make yang tak da hubungan (ini haram),
Bukan pergi sedekah masjid dulu, bukan itu.
Itu sunat dan boleh buat selepas yang wajib selesai... gituuuuu...

Utamakan dulu yang wajib baru buat yang sunat. Sama juga dengan SOLAT. Sunatnya melebih-lebih, wajibnya lebih-lebih kurang p**a. Habis tu macam mana?

Selamat ya wahai Ahli syurga sekalian. Didoakan anda semua dapat masuk syurga tanpa hisab. aamiin. Senyum selalu nah. Takmo masam-masam. Rezeki tak s**a. 😁

Nora Yusof



t.me/UsrohPimpinAkuKeSyurga

Ramai sangat yang ada masalah dalam rumahtangga.😭😭😭Percayalah anda semua kena baca FTR. Bukan orang bisnes je kena baca....
24/02/2021

Ramai sangat yang ada masalah dalam rumahtangga.😭😭😭

Percayalah anda semua kena baca FTR. Bukan orang bisnes je kena baca. Tapi semua orang. Pliss kalau sayangkan hidup korang.Nasihat yang uols baca pagi tadi tu adalah sebahagian content daripada FTR. Sape rasa best? Itulah ILMU sahabat yang baik akan ingatkan kita bila kita dilanda ujian dan masalah. NY tak mampu nak reply beratus-ratus mesej dan consult sorang-sorang. Kemampuan NY terbatas. Sebab tu NY hasilkan FTR. Ia umpama uols tanya NY nasihat, soalan dan pandangan. NY jawab dalam FTR lengkap jawapan.

Upgradelah ILMU. Sekali seumur hidup. Bantu diri uols dengan ILMU. Baca wall NY ni pun boleh free je. Jangan malas ya.

Kesian NY tengok sampai nak bercerai berai sebab takda ilmu punya pasal. Allahuakbar.

Team FTR ramai bersedia untuk bantu. Sedih tengok masyarakat yang hilang pergantungan hidup tak betul. Dibelenggu rezeki dan hutang.

😪

t.me/Athirah_Manap

Nora Yusof

Niat kenapa nak kaya?-----Bukanlah nak kaya itu kerana mahu beli rumah besar, kereta mewah, pergi jejalan semua tu seben...
21/02/2021

Niat kenapa nak kaya?
-----
Bukanlah nak kaya itu kerana mahu beli rumah besar, kereta mewah, pergi jejalan semua tu sebenarnya.
Silap tapi tak salah. Eh? Tak ini letak bawah-bawah sekali.
Letakkan dan baiki semula niat pertama dengan Ya Allah aku mahu kaya kerana mahu bantu permudahkan urusan dunia dan urusan akhirat diriku, keluargaku, muslimin muslimat dan agamamu. Aamiin.
Iaitu
Kerana mahu jadi pengeluar zakat terbesar
Kerana mahu membantu mempermudahkan urusan agama.
Mahu kuatkan ekonomi islam.
Mahu beri peluang kerja lebih banyak kepada orang.
Dan banyak lagi.
Jika kita jual produk tu kerana kita mahu duit tu. Kita memang takkan dapat duit tu. Bocor jadinya. Lupakan pasal duit. Perbetulkan balik.
Aku jual produk ni kerana nak membantu menyelesaikan masalah mereka keranamu ya Allah.
Aku jual produk ni kerana mahu mereka bahagia dan masalah mereka selesai dengan mudah keranamu Ya Allah.
Aku berniaga lillahitaala. Ingat berniaga itu dakwah dan sunnah.
ORANG ISLAM MESTI KAYA.
Selamat pagi. Sedekah pagi Al fatihah untuk ibu bapa anak suami dan lain-lain.
Semoga bisness anda semua terus maju. Aamiin.
Nora Yusof

t.me/Athirah_Manap





Asbab FTR, dari tak solat selama 35 tahun dah mula solat! Allahuakbar..Lama tak dia tak solat?Besar ke tak pahala fahamk...
19/02/2021

Asbab FTR, dari tak solat selama 35 tahun dah mula solat! Allahuakbar..

Lama tak dia tak solat?

Besar ke tak pahala fahamkn orang suruh solat dan ia berjaya hanya tegur dengan sebuah buku?

Orang tak solat masa akil baligh pun diwajibkn rotan untuk menegur.

Ini kita 'tampar' dia dengan buku secara lembut.

Alhamdulillah terbukti berkesan. Nikmat tuhanmu yang manakah engkau dustakan? Takbir!

Segala puji bagi Allah.

https://m.facebook.com/groups/706721639899877/?ref=group_browse




Hidup di dunia adalah perjalanan yang menakjubkan.Penuh duri-duri yang menyakitkan.Ubatnya hanyalah "3S"SOLATSABAR.SYUKU...
18/02/2021

Hidup di dunia adalah perjalanan yang menakjubkan.
Penuh duri-duri yang menyakitkan.
Ubatnya hanyalah "3S"
SOLAT
SABAR.
SYUKUR
Siapa kat sini yang tengok TV?
Siapa yang jadi penyanyi dan pelakon?
Kenapa mereka pilih kerjaya tu?
Bukannya tak cerdik.
Ramai bijak pandai.
Ada terfikir tak?
Apa lah nak jadi dengan diorang ni.
kenapa duk sibuk dunia glamer tu?
Menyanyi terpekik-pekik.
Berlakon pegang sana-sini.
Tak payahlah judge mereka. kerana yang diuji adalah "DIRI KITA"
Apa yang boleh kita buat? Ada 3T
TENGOK
TEGUR
TOLONG "DOAKAN" semoga mereka diberikan HIDAYAH dan diberikan kematian yang baik. Aamiin.
Ingat perkara ini
inilah dunia akhir zaman.
Terjadi kerana ALLAH yang menghendakinya terjadi.
Satu golongan disibukkan duniawi. (dunia Islam jatuh)
Satu golongan lagi disibukkan dengan dakwah dan berniaga (dunia Islam nak naik)
Masa semakin cepat,
bencana semakin melata,
teknologi semakin canggih.
nuklear semakin menakutkan.
ALLAH sedang lalaikan satu golongan,
dalam masa yang sama
sedang menaikkan satu golongan lagi.
Tak perasan?
Cuba perhati
dengan teliti
setiap apa yang sedang terjadi. :)

Kita yang mana? Are you ready dengan KIAMAT?
Baik tak semestinya SYURGA tempat KITA.
Jahat tak semestinya NERAKA tempat DIA.

Nora Yusof.




t.me/Athirah_Manap

Address

ATHIRAH BAKERY
Seri Kembangan
43300

Telephone

+601135624508

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norathirah Abdul Manap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Norathirah Abdul Manap:

Share

Category