Eyna's Homemade Bakery

Eyna's Homemade Bakery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Eyna's Homemade Bakery, Bakery, Taman Villa Lavender Heights, Seremban.

25/08/2021

Assalamualaikum.. lama tak updated dlm ni.. didoakan sesiapa yang membaca status ini dimurahkan rezeki, panjang umur dan sentiasa dirahmati Allah dan terlindung daripada virus Covid19 dan penyakit2 lain.. Aamiin ..

15/04/2019

RESEPI ROTI PURI BELON

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air panas

cara2
- tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
- masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat2kan..perap selama 15minit..
- setelah adunan kembang..lenyekkan dengan penggelek..
- panaskan minyak..goreng sampai agak kekuningan..
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN β€œSHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Kredit Resepi -Mazwani Mohamed
Kredit video: Zeti Hot Oven

Assalamualaikum.. lama tak post dlm ni.. akibat nak eatclean.. kita rebus, kukus dan panggang jer.. hehehe.. ok harini b...
19/02/2019

Assalamualaikum.. lama tak post dlm ni.. akibat nak eatclean.. kita rebus, kukus dan panggang jer.. hehehe.. ok harini bg resepi mudah utk biskut raya.. ni mcm biskut paling senang dan jimat 😊😊

Biskut 4 Bahan

Orang Buat 2Bahan kita Buat 4Bahan
Tukar Sikit RasaNya...Sedap RasaNya Rasa Biskut Arab ☺️

Bahan2Nya

Tepung Jagung 2Cwn
Susu Pekat Manis Separuh Cwn(kalau Nak Manis Taruk 1Cwn Yea)
Batter Separuh Buku Sahaja.. Cairkan
Minyak Sapi 4Sudu Kecil

Cara2 nk buat..

Campurkan Semua Bahan Tadi
Gagul Rata-Rata Dan Uli Menjadi Doh
Pastu Terpulang Ler Nak Buat Bulat Ke ,Atau Di Acukan...Pastu Bakar (jgn hangus) Siap...SedapπŸ˜‚

Selamat mencuba 😬

Assalamualaikum.. Ramai ke rakan2 FB yg tengah usaha nak diet tahun ni.. Ok.. Ada yg tengah usaha.. Ada yg nak mula tahu...
09/12/2018

Assalamualaikum.. Ramai ke rakan2 FB yg tengah usaha nak diet tahun ni..

Ok.. Ada yg tengah usaha.. Ada yg nak mula tahun depan.. Apapun.. Jom kita niatkan nak sihat kerana Allah Taala.. Senang kita beribadat kan jika dh sihat tu..

Kat bawah ni ada beberapa gambar contoh makanan sihat.. Kurangkan mengambil minuman/makanan manis.. Bergoreng dan berminyak ya.. Kalau tak biasa kita mula sikit2.. Jangan paksa dan jgn tak buat langsung ya..

Selamat mencuba.. 1 lg.. Kalau boleh kurangkan pengambilan nasi.. 😁😁

Ramai yg s**a makan ni tak?.. Kalau family day mmg best buat ni.. Ok nanti saya kongsi resepi ya.. Mlm ni kita bakar dul...
07/12/2018

Ramai yg s**a makan ni tak?.. Kalau family day mmg best buat ni.. Ok nanti saya kongsi resepi ya.. Mlm ni kita bakar dulu 😁

Cuti sekolah ni anak2 s**a mkn kat luar.. Jadi mama pun nak cari menu simple je.. Masak tetap masak juga ya.. Kalau tiba...
07/12/2018

Cuti sekolah ni anak2 s**a mkn kat luar.. Jadi mama pun nak cari menu simple je.. Masak tetap masak juga ya.. Kalau tiba2 hujan.. Malas nak keluar.. Lauk pun dh ada.. 😁😁

Resepi Mudah Sup Ayam Ala Thai

Isi ayam (daging dan seafood pun sedap)
Serai
Akar daun ketumbar
Daun limau purut
Cili api
Lengkuas
Limau
Sos ikan
Garam secukup rasa

Rebus semua bahan di dalam air yg sudah menggelegak, masukkan isi ayam, garam secukup rasa.

Ok dah siap.. Selamat mencuba 😁

Assalamualaikum.. Lama tak buka pages ni..berhabuk dah rasa.. Harini nak masak asam pedas ayam.. Jom kita masak.. 😁😁Rese...
07/12/2018

Assalamualaikum.. Lama tak buka pages ni..berhabuk dah rasa.. Harini nak masak asam pedas ayam.. Jom kita masak.. 😁😁

Resepi asam pedas ayam

Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Kunyit hidup (kisar)
Lengkuas (titik)
Halia (titik)
Serai (titik)

Daun limau
Asam keping
Air asam jawa pekat

Cili kering
Ayam
Minyak untuk
Menumis
Garam secukup rasa

Cara caranya

Mula mula panaskan kuali. Isikan minyak. Mas**an bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih, dan kunyit hidup yang di kisar sekali . Masukkan halia dan lengkuas.

Tumis sampai wangi . Masukkan cili kering . Masukkan asam keping . Masukkan serai. Biar agak agak
Nak garing masukkan ayam dan daun limau. Tutup periuk biarkan air ayam keluar , kecutkan ayam. Kacau sentiasa .

Dan agak agak nak masak baru masukkan air asam jawa dan garam dan jika s**a masukkan serbuk perasa atau kiub pati ayam.

Selamat mencuba.

Salam semua.. harini kita try puding roti ya... utk minum ptg.. πŸ˜„πŸ˜„PUDING ROTIBahan - bahan :-8 keping roti. Lebih kurang...
09/04/2018

Salam semua.. harini kita try puding roti ya... utk minum ptg.. πŸ˜„πŸ˜„

PUDING ROTI
Bahan - bahan :-
8 keping roti. Lebih kurang 1 buku.. saya s**a buang bahagian keras
100 gm kismis @ kurma- ikut s**a nak letak berapa banyak..
100 gm gula kastor
500 ml susu segar
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm mentega
Secubit serbuk kulit kayu manis- x letak pun xpe

Cara Membuatnya :-
1. Sapu roti dengan mentega, susun roti didalam acuan @ mangkuk kaca ukuran 8 inci x 8 inci sebanyak dua lapisan.
( bahagian bawah hanya roti segiempat sahaja & bahagian atas dipotong segitiga - 4 keping roti setiap bahagian.)

2. Tabur kismis setiap lapisan , untuk membuat toppingnya:- satukan susu segar, telur , gula , esen vanilla dan serbuk kulit kayu manis.

3. Pukul hingga sebati dan tuangkan keatas roti, mentega yang selebihnya di letakkan diatas permukaan roti.

4. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut dan bakar dengan kaedah " steambath" selama 35 minit api ketuhar atas dan bawah pada suhu 150C - 160C.

5. Apabila masak, enak dimakan bersama sos vanilla atau vanilla ice- cream.

Resepi Vanilla Sos.

Bahan- bahan :-
500 ml susu segar
1/4 sudu kecil esen vanilla
80 gm gula kastor
20 gm tepung kastard - dilarutkan dengan sedikit air

Cara membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan - bahan kecuali tepung kastard.
2. Masak sehingga mendidih, apabila mendidih masukkan kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
3. Kacau hingga sebati dan tutup api.
Jika sos pekat boleh ditambah sedikit susu segar.
Sejukkan..

Assalamualaikum.. menu ni menu klasik zaman dulu2.. kepada yg s**a boleh try.. tp kerang skrg b*k yg kecil dari yg besar...
26/03/2018

Assalamualaikum.. menu ni menu klasik zaman dulu2.. kepada yg s**a boleh try.. tp kerang skrg b*k yg kecil dari yg besar.. jenuh buang kulit kan.. hehe πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Resepi Rendang Pedas Kerang

3kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi

Bahan kisar

5 biji bawang merah ros
2biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inchi halia
1inchi lengkuas
1inchi kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong

10tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus

Santan - 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus

Cara cara
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, mas**an bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Mas**an santan - biarkan merenih dengan api perlahan
3. Mas**an kerisik dan asam keping - renih sampai pekat
4. Mas**an isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Mas**an daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

Selamat mencuba ☺☺

Ramai ke yg s**a mkn nasi kerabu? Kalau berkumpul ramai2.. seronok main masak2 kan.. 😊😊RESEPI NASI KERABU:-Sambal tumis:...
25/03/2018

Ramai ke yg s**a mkn nasi kerabu? Kalau berkumpul ramai2.. seronok main masak2 kan.. 😊😊

RESEPI NASI KERABU:-

Sambal tumis:-
*7-8 ulas bwg merah
*4-5 ulas bwg putih
*15 tangkai cili kering
*sedikit halia
2 cwn santan pekat
1 keping gula melaka saiz kecil
2-3 btg serai
2 keping asam
3 sudu budu (x nak letak pun xpe)
Gula & garam secukup rasa
2helai daun limau purut
1-blend semua bhn btanda *..tumis hingga naik bau
2-masukkn sdkt air..santan..asam keping..budu..serai..daun limau..gula & garam secukup rasa...masak hgga pecah minyak.

Sambal kelapa:-
7-8 ekor ikan sardin di rebus ambil isinya
1 biji kelapa parut
4-5 btg serai - di hiris halus
6-7 biji bwg merah
Sedikit halia
1 keping gula melaka kecik - di tumbuk
Garam + gula + serbuk lada hitam secukup rasa
1-goreng kelapa + serai sehingga garing- tumbuk halus
2-tumbuk isi ikan..bwg & halia
3-gaul semua bahan sehingga sebati
Sambal cili:-
Cili padi..cuka..garam..gula-blend

Nasi:-
Masak nasi mcm biasa..saya guna setitis pewarna biru..3 btg serai..2 helai daun limau purut..secebis garam...

Ikan celup tepung:-
2 cawan tepung beras
2 sudu gandum
2 sudu air kapur
1 biji telur
Air secukupnya

** bancuhan jgn terlalu pekat..jgn terlalu cair
Ok...selamat mencuba..

Assalamualaikum... jom buat kek.. kalau malas kita blandder je semua.. lg senang.. πŸ˜„πŸ˜„Kek Oren170 gm butter115 gm gula ha...
25/03/2018

Assalamualaikum... jom buat kek.. kalau malas kita blandder je semua.. lg senang.. πŸ˜„πŸ˜„

Kek Oren

170 gm butter
115 gm gula halus@gula kastor
3 biji telur gred A
160 gm tpg gandum
1sudu kecil baking powder
kulit oren(1 biji diparut)
8 sudu besar jus oren(diperah) ATAU
4 sudu besar jus sunquick

Caranya
-ayak tpg gandum bersama b. powder(ketepikan)
-putar gula bersama butter smp kembang
-masukkan telur satu persatu
-masukkan tpg sikit demi sedikit
-last sekali masukkan jus oren bersama parutan kulit oren kacau2 rata(guna spatula)
-panaskan oven 160@170 bakar selama 1jam(guna api atas bwh)

Assalamualaikum.. mcm nak mkn tepung pelita.. jom buat..TEPUNG PELITAresepi:Bahagian bawah,Tepung beras 1 cawanGula 1 ca...
11/03/2018

Assalamualaikum.. mcm nak mkn tepung pelita.. jom buat..

TEPUNG PELITA
resepi:
Bahagian bawah,
Tepung beras 1 cawan
Gula 1 cawan
Air pandan setengah cawan
Air putih 5 cawan
Pewarna hijau

Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan kacau sebati..
pastikan kacau sebati dulu baru letak atas api.
Kacau tanpa henti..
Bila adunan mula pekat,kecikkan api.
Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup2..
Tuang dalam acuan semasa masih panas..

bila dah siap tuang bahagian bawah nie dalam bekas2 kecil tu baru mulakan proses untuk lapisan atas... sebab nya dalam masa nak proses untuk buat lapisan atas ni sempat la sejuk lapisan bawah yg dalam bekas td....

Bahan utk lapisan atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan drpd sebiji kelapa atau 1 kotak santan 200ml jadikan 3 cawan
3 cawan air
1 sudu gula
daun pandan
Secubit garam.

Caranya sama mcm buat bahagian bawah.
Campurkan semua bahan sampai sebati.
Lepastu masakkan atas api.
bila dah siap.. tgh2 panas tu... tuang kan atas lapisan bawah td...

Address

Taman Villa Lavender Heights
Seremban
70450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eyna's Homemade Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category