29/05/2017
Mesti ramai orang noghori yang tak tau pasal ketupat palas,sebab kebanyakkan bila raya di N9 dihidangkan dengan lemang atau ketupat daun.
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.
Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas p**a berbentuk tiga segi.
Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Jadi,bagi anda yang teringin nak rasa ketupat palas bolehlah cuba K.A ketupat palas mai dari kedah ni,Insyaallah pasti memenuhi citarasa anda.
Tak perlu mai jauh-jauh ke utara atau bahagian timur nak rasa ketupat palas.
Insyaallah ketupat palas kaw kaw ni pasti terangkat.
Sedap dimakan begitu sahaja,rasa lemak melekat di mulut anda.hehe