Kelas Kek & Roti Negeri Sembilan

Kelas Kek & Roti Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Kek & Roti Negeri Sembilan, Seremban.

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS πŸ˜„Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and ...
10/01/2023

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS πŸ˜„

Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan.. boleh ajak anak2 buat..

Bahan2 seperti di bawah:
πŸͺ250 gram Butter
πŸͺ1 1/4 cawan Brown Sugar
πŸͺ1 sudu kecil Essence Vanila
πŸͺ1 biji Telur
πŸͺ2 1/2 cawan Tepung Gandum
πŸͺ1/2 cawan Tepung Jagung
πŸͺ1 sudu kecil Baking Powder
πŸͺ1 sudu kecil Soda Bikarbonat
πŸͺ6 sudu besar Minyak Masak
πŸͺ2 cawan Coklat Cip
πŸͺAlmond nips / almond flakes --jika s**a

Cara2nya:
1) Masukkan butter 250gm, brown sugar 1 1/4 cawan, esen vanilla 1 sudu kecik n telur sebiji. Kacau leklek je just untuk bagi sebati. (Jangan pakai mixer).

2) Masukkan gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda 1 sudu kecik, baking 1 sudu kecik dan minyak masak 6 sudu besar. Kacau bagi sebati.

3) Bila dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip dan kacau bagi sebati.

5) Kalau rasa nak tambah badam nips ke almond flakes ke cornflakes ke or nestum ke tambah je ikut s**a ok.

6) Adunan yg dah siap tu masukkan dalam fridge 30 mnit. Makesure adunan tu jadi keras sikit dari sebelum tu

7) Sapu tray dengan butter, cubit sikit letak jarak2 dalam tray. Kekal kan jarak tu mcm dalam gambar tu

😎 Sebelum tu panaskan oven suhu 150’ , guna api atas bawah dan kipas on. Bila oven dh panas bakar selama 20 minit. Tengok adunan tu betul2 tak perlu tekan adunan bagi penyek, just cubit sikit letak je dalam tray.

9) Nampak tu dia dah start mengembang, jangan gatal2 nak bukak oven sekejap2, terbantut jadi nya nanti

10) Masa keluar biskut ni lembut sikit tau, dah sejuk nanti baru crunchy. Boleh lah ngap! Selamat mencuba πŸ˜‹

Kredit : Baizura Muhammad

28/02/2022

13 Punca Rezeki yang ramai terlepas pandang

Ramai di antara kita sebagai usahawan terlepas pandang dengan punca-punca rezeki. Di sini, kami nak kongsikan tentang 13 senjata booster rezeki.

Alhamdulillah, ramai yang perolehi result yang mengagumkan selepas mengamalkan 13 punca ini.

Bukan sahaja terkesan dari segi jualan & bisnes mereka, bahkan kehidupan mereka bersama keluarga pun berubah 360 darjah. Berikut adalah senarai punca rezeki tersebut.

1. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki".

2. AL QURAN - kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.

3. ZIKIR - "ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu."

4. ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan.

5. TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

6. SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki

7.SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)

8. DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi

9. TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

10. SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih

11. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan.

12. NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

13. KERJA/BISNES - Kerja atau bisnes ada perintah dari Allah untuk menjadi asbab rezeki, tetapi belum ada jaminan dari Allah.

No 1 - 12 adalah jaminan dari Allah.

Conclusion

Jadi jika kita buat bisnes ataupun kerja, untuk tambah rezeki, pastikan kita jangan tinggal no 1 hingga no 12 sebab itu ada jaminan rezeki dari Allah.

Seringkali ramai di antara kita yang fokus pada no 13 semata-mata, walhal "MAGIK"nya terletak pada punca no 1 hingga 12. Ayuh, kita sama-sama amalkan. Dah ramai yang merasai kejayaan daripada tindakan daripada punca-punca rezeki ini.

Kalau mereka boleh, bermakna kita pun boleh!!

Jom jom...belajar buat roti burger
03/02/2019

Jom jom...belajar buat roti burger

Nyum nyum
06/11/2018

Nyum nyum

Address

Seremban

Telephone

016-2831851

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Kek & Roti Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share