Kamarol Ridzuan - Pak Kam

Kamarol Ridzuan - Pak Kam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kamarol Ridzuan - Pak Kam, Pusat Khidmat DUN Paroi, 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning, Seremban.

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Walimatulurus keluarga YB Dato’ Hj Zaifulbahri bin Hj Idris...
31/05/2026

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Walimatulurus keluarga YB Dato’ Hj Zaifulbahri bin Hj Idris, ADUN Chembong, bagi meraikan pasangan mempelai yang diraikan.

Di majlis yang penuh meriah ini, saya juga berpeluang bertemu dengan YB ADUN Pertang, YB ADUN Kota, YB ADUN Palong, YB ADUN Linggi, YB ADUN Gemencheh, YB ADUN Seri Menanti, Ahli Parlimen Kuala Pilah serta ramai sahabat dan tetamu jemputan yang hadir bersama-sama memeriahkan majlis.

Semoga majlis walimatulurus ini dilimpahi keberkatan, rahmat dan keredaan Allah SWT. Semoga pasangan pengantin yang diraikan dikurniakan kebahagiaan, mawaddah, sakinah dan rahmah, serta dikekalkan dalam kasih sayang dan keharmonian hingga ke syurga.

Tahniah kepada YB Dato’ Hj Zaifulbahri dan keluarga atas penerimaan menantu sulung. Semoga ikatan kekeluargaan yang terbina ini sentiasa diberkati Allah SWT.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Ulama PAS Kawasan Rembau.Tahniah dan syabas ...
31/05/2026

Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Ulama PAS Kawasan Rembau.

Tahniah dan syabas kepada seluruh saf kepimpinan serta ahli Dewan Ulama PAS Kawasan Rembau yang terus istiqamah dalam memperkukuhkan perjuangan Islam melalui dakwah, tarbiah dan khidmat kepada masyarakat.

Dewan Ulama memainkan peranan yang sangat penting sebagai tunjang ilmu dan panduan dalam memastikan gerak kerja parti sentiasa berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Semoga mesyuarat kali ini berjalan lancar, melahirkan idea serta perancangan yang terbaik demi memperkasakan perjuangan Islam dan kebajikan rakyat.

Saya mendoakan agar seluruh perwakilan diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)




Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi bersama Geng Mengaji Masjid At-Taufiqiah...
30/05/2026

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi bersama Geng Mengaji Masjid At-Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama dan ukhwah. Program pada tahun ini melibatkan penyembelihan 5 ekor lembu dan 4 ekor kambing, hasil penyertaan serta sokongan para peserta dan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta korban, sukarelawan, ahli jawatankuasa serta pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan segala pengorbanan serta sumbangan yang diberikan menjadi amal soleh yang berpanjangan. Semoga semangat kebersamaan dan keprihatinan ini terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat seluruhnya.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)



Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri dua majlis walimatulurus iaitu majlis keluarga Encik ASP(B) Husain...
30/05/2026

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri dua majlis walimatulurus iaitu majlis keluarga Encik ASP(B) Husain Bin Abd Mutalib dan Tuan Mohd Rasid Bin Abu Nawar. Secara kebetulan, Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Di majlis walimatulurus kedua Tuan Mohd Rashid p**a, saya berkesempatan berjumpa yang turut hadir YTM Dato’ Undang Jelebu Dato Hj Maarof Bin Hj Mat Rashad , Dato’ Seri Jalaluddin Alias , Adun Pertang yang turut hadir bersama sebagai jemputan.

Semoga kedua-dua majlis walimatulurus ini dilimpahi keberkatan, rahmat dan keredaan Allah SWT. Semoga pasangan pengantin yang diraikan dikurniakan kebahagiaan, mawaddah, sakinah dan rahmah serta kekal bahagia hingga ke syurga. Aamiin.

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Tampin yang turut diseri...
29/05/2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Tampin yang turut diserikan dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat perjuangan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh saf kepimpinan serta jentera yang hadir dan sentiasa komited dalam memperkukuhkan gerak kerja parti di semua peringkat. Persiapan awal, kesatuan hati serta disiplin dalam organisasi amat penting bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya yang bakal tiba dalam masa terdekat.

Sebagai ahli dan pendukung perjuangan Islam, kita mesti terus berpegang kepada prinsip usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT. Dengan gerak kerja yang tersusun, kemas dan penuh istiqamah, insya-Allah kemenangan akan bersama perjuangan yang ikhlas.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kekuatan kepada seluruh jentera dalam membawa mesej perjuangan kepada masyarakat.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)




Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj

Alhamdulillah, hari kedua ibadah korban sempat berkunjung ke Surau Seri Pagi. Seawal jam 11.30 pagi, sebanyak 5 ekor lem...
28/05/2026

Alhamdulillah, hari kedua ibadah korban sempat berkunjung ke Surau Seri Pagi. Seawal jam 11.30 pagi, sebanyak 5 ekor lembu telah hampir selesai diagihkan oleh Pengerusi Surau dan AJK kepada para penerima.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas serta ahli jemaah yang bertungkus-lumus menjayakan ibadah korban ini dengan penuh semangat gotong-royong dan ukhuwah. Semoga segala pengorbanan dan amal kebajikan ini diterima serta diberkati Allah SW

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Hari ini saya berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham  Rashidan Rashid  9:30 pa...
28/05/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Hari ini saya berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Rashidan Rashid 9:30 pagi Hospital Rembau bagi menyampaikan ucapan takziah serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian insan tersayang dalam kemalangan jalanraya Jalan Seremban Rembau. ( Sungai Gadut).

Selepas Zuhur, sempat bersama menyempurkan sembahyang jenazah dirumah ibu beliau di Kampong Chuai hilir Rembau .

Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikan serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Alhamdulillah, Hari kedua Ibadah Korban berkesempatan bersama Abang Hj Zul dan Team PAS Cawangan Seremban Selatan dalam ...
28/05/2026

Alhamdulillah, Hari kedua Ibadah Korban berkesempatan bersama Abang Hj Zul dan Team PAS Cawangan Seremban Selatan dalam program ibadah korban cawangan dilaksanakan di Rantau. Mereka bergotong-royong bersama-sama menyempurnakan urusan korban serta memasak bagi jamuan bersama.

Saya hadir dan dapat merasakan aktiviti yang dijalankan sambil mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim bersama sahabat-sahabat semua. Semoga segala pengorbanan, usaha dan amal kebajikan ini diterima Allah SWT serta ibadah yang mulia ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bersama jemaah Masjid At-Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang Seremban dalam gotong...
27/05/2026

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bersama jemaah Masjid At-Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang Seremban dalam gotong-royong menyempurnakan ibadah korban melibatkan 10 ekor lembu.

Semoga segala pengorbanan, tenaga dan kerjasama yang dicurahkan diterima Allah SWT sebagai amal soleh serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat. Terima kasih kepada semua penduduk Taman Pinggiran Senawang yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban pada tahun ini. Aaminnn

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bersama jemaah masjid mengimarahkan Takbir Raya di rumah Pak Syeikh dan Pak Mus.Ta...
26/05/2026

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bersama jemaah masjid mengimarahkan Takbir Raya di rumah Pak Syeikh dan Pak Mus.

Takbir Raya telah dipimpin dengan penuh semangat dan penghayatan oleh Tuan Imam Najmi, menambahkan lagi suasana syahdu dan meriah Aidiladha bersama para jemaah.

Selesai bertakbir, kami turut dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak oleh tuan rumah.

Terima kasih kepada Pak Syeikh dan Pak Mus atas layanan serta sambutan yang begitu mesra. Semoga ukhuwah dan keberkatan terus mekar dalam masyarakat kita.

Address

Pusat Khidmat DUN Paroi, 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning
Seremban
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamarol Ridzuan - Pak Kam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kamarol Ridzuan - Pak Kam:

Share