Hj Kamarol Ridzuan

Hj Kamarol Ridzuan Calon Perikatan Nasional/PAS N25 PAROI
PRN Negeri Sembilan

Alhamdulillah, malam ini berkersempatan bersama dalam Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka 2026. Tidak lama lagi Pi...
23/08/2026

Alhamdulillah, malam ini berkersempatan bersama dalam Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka 2026. Tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri Melaka, kita doakan yang terbaik, insyaallah.

Alhamdulillah, berkesempatan untuk hadir merasmikan penutupan Program Alam Ria PASTI Kawasan Rembau 2026 di SAR Dato’ Ab...
23/08/2026

Alhamdulillah, berkesempatan untuk hadir merasmikan penutupan Program Alam Ria PASTI Kawasan Rembau 2026 di SAR Dato’ Abdullah, Rembau.

Program ini memberi ruang untuk mengasah bakat serta menyerlahkan potensi anak PASTI melalui pelbagai acara seperti nasyid, bercerita, hafazan dan lain-lain.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Moga terus maju jaya dalam kejohanan di seterusnya. Syabas kepada para guru yang telah bertungkus-lumus menganjurkan program kali ini.

Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan bersama ibu bapa dan anak-anak SRIDU Seremban dalam Temasya Sukan Tahunan.Suasana ...
23/08/2026

Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan bersama ibu bapa dan anak-anak SRIDU Seremban dalam Temasya Sukan Tahunan.

Suasana cukup meriah dengan semangat kesukanan dan keceriaan anak-anak. Tahniah kepada pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa serta semua yang menjayakan program ini.

matlamat Temasya Sukan SRIDU Seremban, antara matlamat yang sesuai ialah:

1. Mengeratkan ukhuwah antara murid, guru, ibu bapa dan warga SRIDU.
2. Mencungkil serta mengembangkan bakat sukan dalam kalangan murid.
3. Memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan persaingan secara sihat.
4. Membina keyakinan diri dan kepimpinan melalui penyertaan dalam acara sukan.
5. Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah.
6. Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, harmoni dan berdaya saing.
7. Menerapkan nilai-nilai Islam seperti amanah, sabar, hormat-menghormati dan menjaga adab ketika bersukan.

Matlamat utama:
“Melahirkan generasi SRIDU yang sihat, cergas, berdisiplin, berakhlak mulia serta memiliki semangat kesukanan dan ukhuwah yang tinggi.”

Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan memenuhi undangan Jamuan Amal PAS Kelantan di Kelantan Trade Centre.Dalam kesempa...
22/08/2026

Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan memenuhi undangan Jamuan Amal PAS Kelantan di Kelantan Trade Centre.

Dalam kesempatan ini, saya turut menyampaikan cenderamata Badik Warisan Negeri Sembilan sebagai tanda ingatan kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud serta Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob Timbalan Mursyidul Am PAS.

Cenderamata ini tidak akan pernah dapat dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan jentera PAS Kelantan yang turun membantu dalam kempen pilihan raya baru-baru ini.

Adat bersendi syarak,
Syarak bersendi Kitabullah;
Bulat kata kerana muafakat,
Bulat hati kerana sepakat.

Yang datang kami sambut,
Yang jauh kami dekatkan;
Yang membantu kami hargai,
Yang berbudi kami kenangkan.

Budi tuan kami junjung,
Jasa tuan kami sematkan; mk
Terima kasih atas segala sokongan,
Moga kekal menjadi kenangan.”

Terima kasih tidak terhingga atas jemputan dan segala sokongan yang telah diberikan. Semoga Allah SWT membalas setiap jasa dan pengorbanan dengan sebaik-baik ganjaran.

Alhamdulillah, hari ini Saudara Irsyad, Pegawai saya berkesempatan mewakili saya hadir ke Majlis Walimatul Urus di Taman...
22/08/2026

Alhamdulillah, hari ini Saudara Irsyad, Pegawai saya berkesempatan mewakili saya hadir ke Majlis Walimatul Urus di Taman Desa Ixora dan Kampung Sentosa. Terima kasih atas jemputan, mohon maaf tidak dapat bersama kerana masih berada di Kelantan.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat kedua-dua pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina dikurniakan keberkatan, kebahagiaan dan menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.

Pagi ini saya menerima makluman tentang pemergian Allahyarham Busu Mail. Jenazah telah selamat disolatkan pada jam 10.00...
22/08/2026

Pagi ini saya menerima makluman tentang pemergian Allahyarham Busu Mail. Jenazah telah selamat disolatkan pada jam 10.00 pagi tadi. Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi turut hadir mewakili saya.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan dan menempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲

Alhamdulillah, berada di Kelantan hari  ini dan besok atas urusan rasmi.Malam tadi berkesempatan memenuhi jemputan ke Ce...
22/08/2026

Alhamdulillah, berada di Kelantan hari ini dan besok atas urusan rasmi.Malam tadi berkesempatan memenuhi jemputan ke Ceramah Isu Semasa serta penerangan berkaitan RUU Kesalahan Syariah Kelantan.

Sempat juga menyampaikan cenderamata Tumbuk Lado Negeri Sembilan kepada YB Dato’ Wan Roslan bin Wan Hamat sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas Ingatan.Terima kasih atas jemputan.

Sepetang ini meluangkan sedikit masa bersama staff-staff pejabat di Wisma Negeri. Bersembang santai, bertukar cerita dan...
19/08/2026

Sepetang ini meluangkan sedikit masa bersama staff-staff pejabat di Wisma Negeri. Bersembang santai, bertukar cerita dan bertanya khabar. Walaupun ringkas, masa bersama begini cukup bermakna.

Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Puan Rosmi binti Karmin, isteri kepada Tuan Osman bi...
19/08/2026

Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Puan Rosmi binti Karmin, isteri kepada Tuan Osman bin Abd Majid, di Masjid At-Taqwa, Kg Paroi.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah.

Address

Seremban
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hj Kamarol Ridzuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hj Kamarol Ridzuan:

Shortcuts

Share