AGENT BRON KISS

AGENT BRON KISS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AGENT BRON KISS, Bakery, no 15 Jalan ttjs 6/d taman tuanku jaafar, Seremban.

MENCARI BISKUT YANG RANGUP DAN LAZAT??KAMI ADA APA YANG ANDA MAHUKANBRON KISS TERKENAL DENGAN KERANGUPAN DAN KELAZATANNY...
29/04/2018

MENCARI BISKUT YANG RANGUP DAN LAZAT??

KAMI ADA APA YANG ANDA MAHUKAN

BRON KISS TERKENAL DENGAN KERANGUPAN DAN KELAZATANNYA.

JADI APA LAGI ANDA TUNGGU MARILAH DAPATKANNYA DENGAN HARGA RM 16 SEBALANG. DIJAMIN KEPUASAN MAKSIMUM.

-NON-STOP KUNYAH KUNYAH-



29/04/2018

TIPS MEMBUAT BISKUT YANG RANGUP

1) Pilih bahan yang berkualiti
- Bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam adunan hendaklah berkualiti tinggi. Contohnya gunakan mentega daripada menggunakan majerin kerana mentega mengandungi lemak yang tinggi berbanding majerin. Majerin yang tidak berlemak tinggi mengandungi air yang tinggi yang boleh membuatkan adunan terlampau lembap & lembik. Gunakan esen vanila daripada menggunakan perisa vanila tiruan. Sebenarnya vanila inilah salah satu jiwa kepada biskut tersebut. Untuk biskut yang berkacang, pastikan kacang dimasukkan paling akhir untuk memastikannya rangup. Sebaliknya jika kacang tersebut dicincang & dimasukkan bersama tepung, adunan ini akan menyerap minyak kacang tersebut.

(2) Pemilihan Tepung
- Sekiranya vanila adalah diibaratkan sebagai jiwa kepada biskut, tepung p**a adalah nyawanya. Jenis & kandungan tepung di dalam adunan sangat memberi kesan kepada struktur & rupa biskut yang terhasil. Tepung berprotein tinggi akan menyerap kelembapan adunan & menjadikan adunan kering & menghasilkan biskut yang keras.

(3) Sukatan & Campuran Bahan
- Sukatan bahan hendaklah tepat. Gunakan alat yang betul semasa menyukat bahan pepejal & juga cecair. Gunakan penimbang digital untuk ketepatan timbangan. Semasa mencampurkan bahan p**a, jangan diadun terlampau lama tetapi sekadar sehingga adunan sekata & berkrim sahaja. Untuk chocolate chips & kekacang masukkan di akhir penyediaan adunan & sekadar menggaulnya sedikit sahaja.

(4) Sejukkan Adunan Sebelum Dibakar
- Untuk mendapatkan biskut yang rangup, pastikan sahabat semua tidak terus membentuknya sebaik sahaja adunan siap disediakan. Sebaliknya simpan sebentar dalam 15-20 minit adunan tersebut di dalam peti. Sekiranya terasa malas untuk meneruskan, adunan ini boleh terus disimpan di dalam peti terlebih dahulu sehingga semalaman. Adunan boleh di simpan di dalam peti & mampu bertahan selama 3 bulan. Semasa di dalam peti protein di dalam tepung akan menyerap cecair di dalam adunan menjadikan biskut lebih rangup selepas di bakar.

(5) Sejukkan & Simpan di dalam bekas kedap udara
- Akhir sekali setelah dibakar, sejukkan dahulu biskut tersebut sebaik sahaja di keluarkan daripada oven. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara. Jika biskut masih lagi panas atau suam tetapi terus disimpan ini akan menyebakan biskut tersebut menjadi lembik atau lemau & tidak rangup. Pastikan biskut betul2 sejuk sebelum disimpan & jangan dicampurkan biskut yang berlainan jenis ke dalam satu bekas yang sama.

BROWNIES COOKIES YANG DEGEMARI RAMAI DAN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DI PASARAN.JADI ANDA SEMUA TUNGGU APA LAGI MARI LAH DA...
29/04/2018

BROWNIES COOKIES YANG DEGEMARI RAMAI DAN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DI PASARAN.

JADI ANDA SEMUA TUNGGU APA LAGI MARI LAH DAPATKANNYA BERAMAI RAMAI SEMENTARA STOK MASIH ADA.
HARGA AMATLAH BEPATUTAN

RM 16/BALANG
140g+

-NON-STOP KUNYAH KUNYAH-



29/04/2018

KEPENTINGAN MAKANAN BERKHASIAT

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan p**a. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

MASIH MENCARI CARI BISKUT YANG SEDAP DAN BERPATUTAN??KAMI ADA UNTUK MEYELESAIKANNYABRON KISS.BROWNIES COOKIES YANG LARIS...
29/04/2018

MASIH MENCARI CARI BISKUT YANG SEDAP DAN BERPATUTAN??

KAMI ADA UNTUK MEYELESAIKANNYA

BRON KISS.BROWNIES COOKIES YANG LARIS DI PASARAN SEKARANG. MARI DAPATKAN SEMENTARA STOK MASIH ADA.

SEBALANG HANYA BERHARGA RM 16.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS HUBUNGI 0196833807.

29/04/2018

FAEDAH BERBISNES BAKERI DI RUMAH

1)Kos Pemulaan Yang Kecil
Memandangkan kita memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, kita tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Kita boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah!

2)Tidak Perlu Terlalu Menjual.
Untuk menjual produk bakeri , kita tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk kita sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar kita menunjukkan gambar dan harga! Jika pelanggan s**a, mereka akan order!

3)Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Kita hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas kita mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti kita tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

JANGAN BIARKAN PERUT ANDA KOSONG!!!adakah anda tahu jika biarkan perut anda kosong kerana terlalu sibuk dengan kerja dan...
14/03/2018

JANGAN BIARKAN PERUT ANDA KOSONG!!!

adakah anda tahu jika biarkan perut anda kosong kerana terlalu sibuk dengan kerja dan tidak sempat makan anda akan mengalami masalah kesihatan.contohnya stress,masalah usus dan sebagainya. Jadi anda perlu megalami langkah yang selamat agar dapat menghindari dari segala penyakit sebagai contoh membawa biskut biskut atau apa apa makanan di dalam bekas yang mudah dibawa agar dapat mengisi perut supaya perut anda tidak dibiarkan kosong. Bila anda makan anda akan dapat tenaga untuk berkerja dan fokus dalam pembelajaran bagi pelajar.
Jika anda setuju sila like dan share pages fb ini supaya semua dapat berkongsi berita penting ini..

HEYY GUYS!!!OUR STOCK FOR BRON KISS IS NOW READY STOCKCOME AND GRAB YOURS!!KAMI MEMPUNYAI DUA JENIS TOPPING BISKUT YANG ...
07/03/2018

HEYY GUYS!!!
OUR STOCK FOR BRON KISS IS NOW READY STOCK
COME AND GRAB YOURS!!
KAMI MEMPUNYAI DUA JENIS TOPPING BISKUT YANG BERBEZA
CODE 1- TOPPING KUACI
CODE 2- TOPPING PLAIN
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLE HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA. DIJAMIN AKAN REPEAT LAGI.
SEBALANG BERHARGA RM16


Address

No 15 Jalan Ttjs 6/d Taman Tuanku Jaafar
Seremban
71450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AGENT BRON KISS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AGENT BRON KISS:

Shortcuts

Share

Category