01/06/2022
Jenis biskut yang sesuai dimakan ketika diet!!
Ramai orang yang s**a diet untuk kesihatan diri yang lebih baik berbanding sebelumnya. Namun, sesetengah orang tidak mempunyai rutin diet pemakanan yang betul. Hal ini sekaligus lebih memudaratkan kesihatan dan memberi kesan jangka panjang kepada individu tersebut. Oleh itu, diet harus diamalkan dengan cara diet yang betul.
Berikut merupakan senarai biskut yang sesuai untuk dimakan ketika diet.
1. Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers
biskut Jacob’s Hi-Fibre mengandungi kombinasi nutrien yang penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, B6, kalsium, zat besi, dan iodin. Ia dapat membantu memenuhi keperluan nutrien harian seseorang yang sedang menjalani aapa sahaja jenis diet.
2. Jacob’s Weetameal Wheat Crackers
Walaupun peratus bijirin gandumnya adalah kurang sedikit berbanding dengan Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers pada 75%, ia masih mempunyai kombinasi nutrien dan vitamin penting. Walau bagaimanpun, biskut ini mempunyai rasa yang lebih manis sedikit berbanding Jacob’s Hi-Fibre Cream Crackers.
3. Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut
Munchy’s Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut ini mengandungi kandungan gandum yang tinggi, bebas lemak, dan tiada bahan pengawet. Tambahan p**a, biskut ini mengandungi hazelnut atau kacang hazel yang tinggi dengan asid oleik dan coklat yang tinggi dengan antioksidan.
4. Quaker Chocolate Chips Oat Cookies
Bijirin oat yang tinggi dengan beta-glucan dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah, dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung. Kandungan biskut oat ini yang mengandungi chocolate chips tentu dapat memuaskan keinginan anda untuk makan chocolate chip cookies biasa yang mungkin kurang berkhasiat kerana kandungan gula yang tinggi.
5. Tesco Milk Chocolate Oaties
ia telah menjadi pengganti hebat biskut-biskut biasa kerana lebih tinggi dengan khasiat tetapi keenakannya masih tetap sama, kalau bukan lebih enak juga. Tesco Milk Chocolate Oaties yang dicelup dengan coklat susu selembut sutera bunyinya memang sedap sekali.
Tetapi, adakah anda mahukan jenis biskut lain yang murah tetapi enak untuk dimakan?
Like dan follow page facebook kami untuk lebih lanjut https://www.facebook.com/Parakies/