30/12/2021
👩🍳IDEA HADIAH HARI JADI👩🍳
"Alamak! Hari jadi kawan dah nak dekat, tapi tak tahu nak bagi hadiah apa.😥"
Jangan risau, hari ni, kami akan kongsikan barang apa yang boleh diberikan sebagai hadiah hari jadi untuk kaum perempuan😉.
🎁TUDUNG
Ini hadiah yang paling mudah sekali kalau anda rasa, anda tiada idea. Tudung dengan perempuan adalah saling melengkapi. Lagi-lagi jika kekasih atau kawan anda seorang hijabist. Boleh dapatkan tudung yang sesuai dengan mereka.
🎁KASUT
Kasut pastinya digunakan setiap hari bagi bergerak daripada satu tempat ke satu tempat. Ianya penting bagi kita dan bagi si dia kerena ianya juga keperluan harian yang perlu digunakan. Hadiah ini juga sesuai untuk anda dapatkan dan hadiahkan kepada kekasih atau kawan anda tersebut.
🎁BEG TANGAN
Beg tangan juga kaum perempuan suka. Sekarang ini tidak kira lapisan umur, budak sekolah pun sudah mula pakai beg tangan jika mereka keluar bersama kawan-kawan. Ianya lebih mudah untuk isi barangan seperti purse, make-up, handphone dan sebagainya kan.
🎁JAM TANGAN
Jika anda rasa si dia tidak memakai jam atau jamnya sudah buruk atau rosak, anda boleh hadiahkan ini kepadanya. Mungkin tarikh hari jadi sudah dekat, beli jam tangan, hadiakan kepadanya.
🎁CERMIN MATA HITAM
Dapatkan rayban atau cermin mata hitam yang sesuai buat si dia. Mereka boleh pakai tika berada di tempat yang panas bagi mengurankan pancaran sinar matahari terus ke mata. Ianya juga sedikit sebanyak memberikan dan menaikkan fesyen bagi kaum perempuan ini.
🎁PURSE
Anda juga boleh dapatkan wallet atau purse sebagai hadiah untuk perempuan. Ianya keperluan asas untuk menyimpan kad pengenalan, kad bank, duit dan sebagainya. Hadiahkan mereka purse ini dengan purse yang baru. Pasti mereka suka.
🎁BEKAS TELEFON
Setiap orang sudah ada smartphone, nak hadiahkan phone terlalu mahal, apa kata anda beri hadiah untuk perempuan phone case. Secara tidak langsung, smartphone mereka menjadi lebih cantik, lagi-lagi kalau anda hadiahkan jenis fancy phone case. Lagi mereka suka.
🎁MINYAK WANGI
Perempuan ini kalau boleh sentiasa ingin berada di dalam keadaan wangi. Tapi sebenarnya semua orang pun begitu. Jadi anda bolehlah bagi hadiah untuk perempuan sebuah perfume kesukaanya. Nanti pun pasangan anda sentiasa dalam keadaan wangi jika bersama anda.
🎁BUNGA & COKLAT
Bunga dan perempuan tidak boleh dipisahkan. Tidak kira lah adik, kakak, ibu, kawan atau kekasih sekali pun. Jika mereka diberi bunga, seolah-olah penghargaan yang terbaik yang mereka terima. Kalau coklat pun sama, cuma berbeza ianya boleh dimakan. Dapat coklat, mereka kenyanglah dengan pemberian anda tersebut.
🎁BAJU TIDUR
Baju tidur juga anda boleh hadiahkan untuk perempuan. Mereka akan memakainya ketika waktu tidur. Anda boleh hadiakan satu set terus iaitu baju dan seluar. Pastinya mereka akan lebih selesa tidur dengan pakaian sedemikian.
Tapi kalau nak lagi senang, korang bagi je kek pisang dari Ms.Perfect Cake sebagai hadiah. Dah lah sedap, kenyang pulak tu😋. Jadi, kalau korang nak pesan kek pisang dari kami, tekan saja pautan ni 👉https://wa.link/puxza6 untuk membuat pesanan.
Sumber : https://www.hellokerja.com/2020/02/21-jenis-hadiah-untuk-perempuan.html
Mungkin anda ada kawan atau kekasih hati perempuan dan cadang untuk bagi hadiah. Pilih mana yang anda rasa sesuai dan boleh terus dapatkan senarai hadiah untuk perempuan disini.