Hello Bakerz Bakery & Cakes

Hello Bakerz Bakery & Cakes Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hello Bakerz Bakery & Cakes, Bakery, PT 938 Lorong Pak Tahir, Semenyih.

Hello Bakerz owned by Bumiputra located in Semenyih & Johor Bahru serving a various made to order Halal product of cakes, cupcakes, chocolates, bread, pastries, cookies and many more mouth watering bakery goods passionately made from finest ingredients.

24/05/2022

Nanti kan pembukaan semula
Hello Bakerz Bakery & Cakes.
Kami sedia melayani permintaan anda dalam waktu terdekat ini.

We would love your feedback !
03/05/2020

We would love your feedback !

Post a review to our profile on Google

Resepi Kuih Bom Bijan by Bahan-Bahan - Doh• 2 cawan tepung pulut • 1/2 cawan, tepung gandum• Air suam (tak suam pun bole...
03/05/2020

Resepi Kuih Bom Bijan by

Bahan-Bahan - Doh

• 2 cawan tepung pulut
• 1/2 cawan, tepung gandum
• Air suam (tak suam pun boleh) secukupnya untuk jadikan doh. (Anggaran 1 cawan)
• Sedikit garam (dalam 1/2 sudu teh)
• Bijan secukupnya untuk lapisan atas doh.

Bahan-Bahan - Inti Kelapa

• 1 biji kelapa parut (isi putih)
• 4 sudu besar gula perang (tak letak pun tak pa)
• 2 ketul besar Gula Melaka (Dipotong kecil2 supaya cepat cair)
• 6 Sudu makan air untuk mencairkan gula.
• 2 helai Daun Pandan.

* Nak letak inti kacang merah pun boleh. Paste kacang merah boleh dibeli di kedai bahan kek.

Cara-cara - Inti Kelapa
• Masukkan gula merah, gula melaka, daun pandan dan air kedalam kuali, kacau hingga gula cair dengan api sederhana.
• Masukkan isi kelapa parut, gaul hingga sebati dan kering sedikit tidak berair. (Jangan kering sangat jangan basah sangat)
• Angkat dan sejukkan.
• Dah sejuk, gentel bulat-bulat sebesar guli sehingga selesai supaya senang nak letak didalam doh.

Cara-cara - Doh
• Campurkan tepung gandum, tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tambahkan air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan tepung tidak melekat dijari.
• Gentel bulat-bulat sebesar bola golf, lenyek menjadi l***r dan letakkan inti ditengah-tengah dan bentukkan menjadi bulat kembali.
• Golek-golekkan doh yang telah diisikan inti tadi keatas bijan sehingga menyeliputi seluruh bahagian doh. Ulang hingga selesai.
• Rehatkan doh yang telah siap selama lebih kurang 10 ke 15 minit sebelum menggoreng untuk mengelakkan dari meletop semasa menggoreng.
• Goreng dengan api yang sederhana dengan minyak yang banyak supaya kuih terendam.
• Goreng sehingga kuih sehingga masak dan bertukar warna keemasan atau keperangan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera !


Notis / Notice
03/05/2020

Notis / Notice

Resepi Roti John Sedap, Senang & Mudah by Bahan-bahan• 6 - 8 keping roti gardenia wholemeal (roti putih, roti burger ata...
03/05/2020

Resepi Roti John Sedap, Senang & Mudah by

Bahan-bahan
• 6 - 8 keping roti gardenia wholemeal (roti putih, roti burger atau roti hotdog pun boleh)
• 3 biji telur saiz B
• 2 keping daging burger ramly - Daging/Ayam (Daging/ayam kisar pun boleh)
• 1 Biji bawang besar - Dipotong dadu kecil
• 2 tangkai Daun bawang & daun sup - Dihiris halus
• 1 sudu makan serbuk kari daging/ayam
• 1 sudu teh Garam
• 1 sudu teh serbuk sesedap rasa maggi
• Mentega atau Majerin untuk mengoreng (minyak pun boleh)
• Salad / Hirisan Kobis / Timun / Tomato / Cheese (untuk garnishing)

Cara- cara
• Lenyek / hancurkan daging burger dalam satu bekas.
• Pecah dah masukkan telur dan kacau sebati.
• Masukkan semua sayuran yang sudah dipotong dan bahan perisa yang sudah disediakan ke dalam bancuhan telur dan daging. Di kacau hingga sebati.
• Panaskan kuali l***r dan lenser kan kuali dengan mentega/majerin untuk memasak.
• Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan ratakan. (Agak- agak ketebalan aduanan, jangan tebal sangat nanti takut tak masak bahagian dalam.)
• Tutup dengan roti dan tunggu sehingga masak.
• Terbalikkan roti dan masak hingga rangup.
• Letakkan salad atau hirisan kobis dan timun (nak tambah letak cheese pun boleh ikut citarasa individu)
• Hidangkan bersama mayonis dan cili sos.

Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera!

Address

PT 938 Lorong Pak Tahir
Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hello Bakerz Bakery & Cakes posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hello Bakerz Bakery & Cakes:

Share

Category