22/07/2026
SANDAKAN - Batu 7 Sejati dan Batu 6 Bandar IJM…. Kepada semua warga Sandakan yang s**a s**an berjoging di tepi jalan batu 7 highway atau di kawasan Batu 6 Bandar IJM, sila pakai pakaian yang cerah dan peralatan LED keselamatan supaya kenderaan di sekeliling dapat melihat anda pada waktu malam.
Bersenam memang bagus untuk kesihatan, tapi kalau terlibat dalam Kemalangan jalan raya, ia memang tidak berbaloi. Tolonglah pakai lampu LED dan peralatan keselamatan supaya kenderaan boleh nampak anda dengan lebih jelas. Elakkan berjogging lewat dari jam 8 malam sebab memang terlalu gelap sudah, dan sesetengah tempat tiada street light…
Betul, senaman boleh bagi banyak manfaat untuk kesihatan, tapi risiko di jalan tu real juga.
Tujuan Bersenam untuk hidup lebih lama… tapi kalau kena langgar kereta tu memendekkan hayat kamu..
Sebab tu langkah pencegahan penting, contohnya pakai pakaian cerah, blinker, guna lampu LED, elak laluan berbahaya, dan ikut waktu yang lebih selamat untuk berjoging. Senaman jaga kesihatan, langkah keselamatan p**a jaga nyawa.
Kepada pihak pengurusan Sejati, IJM atau MPS, mungkin boleh pertimbangkan untuk bina trek joging di tepi jalan, supaya para penduduk boleh berjoging dengan lebih selamat dan selesa tanpa perlu berada di atas jalan raya yang sibuk. Ini dapat tingkatkan keselamatan dan kesihatan komuniti. Nah kan dekat pilihan raya sudah, Harap MP MP sandakan nampak post ini, kami akan happy undi kamu Kalau kamu buat trek jogging ..
Bukan nak tegur, kadang min pun jogging juga tapi pada waktu sesuai dan time masih ada matahari… 🌅