LinaHomemade

LinaHomemade Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LinaHomemade, Sandakan.

17/01/2025
16/01/2025

Follow & Like Sandakankini Sabah
Depan Mahkamah!!!

16/01/2025
Sehingga 17 January,hati² semua.
16/01/2025

Sehingga 17 January,hati² semua.

AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) sehingga Jumaat, 17 Januari 2025.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dalam tempoh Jumaat, 17 Januari 2025 sehingga Ahad, 19 Januari 2025.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu sehingga Sabtu, 18 Januari 2025.

III) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat sehingga Jumaat, 17 Januari 2025.

Dikeluarkan pada: 12:30 tengah hari, 16 Januari 2025




10 DOA KETIKA  PEPERIKSAAN UNTUK ANAK DAN IBU BAPA AMALKAN1.SURAH AL-INSYIRAHDengan mengamalkan surah ini, anak akan mud...
02/01/2025

10 DOA KETIKA PEPERIKSAAN UNTUK ANAK DAN IBU BAPA AMALKAN

1.SURAH AL-INSYIRAH

Dengan mengamalkan surah ini, anak akan mudah belajar dan dilapangkan dada ketika menjawab soalan peperiksaan. Ibu bapa juga boleh membaca surah ini dan niatkan anak mudah menjawab peperiksaan.

2.TIGA QUL

Bacalah sekali dengan Surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq. Surah ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam mendapatkan keberkatan masa dan kejayaan dalam hidup.

3.SURAH YASSIN

Bacalah yasin dan niatkan supaya anak anda berjaya menjawab periksa dan dipermudahkan. Anda boleh amalkan pada pagi ketika anak sedang menjawab peperiksaan.

4.DOA TAMBAH ILMU

Maksud Doa:

“Dan katakanlah,‘Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu.” (QS. Thaaha: 114)

Doa tambah ilmu boleh diamalkan walaupun ketika menduduki peperiksaan. Anak boleh bacakan doa ini untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT semoga ditambahkan ilmu pengetahuan yang banyak dan dapat mengingati pelajaran

5.DOA MOHON KEMUDAHAN

Maksud Doa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

Doa mohon kemudahan untuk menyempurnakan urusan peperiksaan anak anda ini boleh diamalkan oleh anak dan ibu bapa. Baca pada bila-bila masa walaupun ditimpa kesusahan dan kesukaran.

6.AYAT KURSI

Ayat kursi adalah ayat yang hebat bagi orang-orang yang mengamalkannya. Ayat yang hebat ini memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam yang benar-benar hayati dan mengamalkannya. Doa anak periksa ini boleh dibaca setiap kali ingin berdoa.

Semoga berjaya semua pelajar2 yang menduduki exam akhir pengal pagi ini❤️

Keajaiban Waktu Subuh1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatk...
02/12/2024

Keajaiban Waktu Subuh

1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatkannya atau langsung tidak mengambil peduli akan keberkatan yang Allah kurniakan kepada kita.

2. Waktu sebelum azan Subuh itu mendatangkan keberkatan yang sangat luas dan besar oleh Allah SWT.

Kata Allah, Aku berikan kepada orang yang solat sunat Subuh dua rakaat pahala yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Ganjarannya kita tidak nampak sekarang, tetapi di akhirat nanti berbondong-bondong ia datang kepada kita.

3. Keutamaan solat Subuh yang pertama adalah dapat mendatangkan keberkatan kerana solat Subuh merupakan satu aktiviti pagi hari yang Rasulullah SAW sendiri mendoakannya secara khusus.

“Ya Allah berkatilah umat ku pada waktu pagi.”
Hadis riwayat Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Itulqh sebab kita wajib berlumba-lumba untuk bangun sebelum Subuh dan tidak menyia-nyiakan waktu sebelum Subuh ini.

4. Waktu Subuh dapat menghantarkam orang mukmin menuju pintu syurga.

Rasulullah SAW bersabda..
“ Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dan Asar, maka dia kan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

5. Seorang Muslim yang melaksanakan solat Subuh pun akan mendapat keutamaan lain iaitu terhindar daripada neraka.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW..
“Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari(solat Subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari(solat Asar).”
Hadis Riwayat Muslim)

6. Selepas solat Subuh jangan sesekali meninggalkan zikir ini..,

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 33 kali

Nabi menyebutkan bahawa semua dosa kecil kita diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di laut.

7. Pahalanya seumpama solat malam yang penuh bagi mereka yang bangun awal dan menunaikan solat dua rakaat. Mereka berada dalam jaminan Allah, keutamaan dan keajaiban waktu Subuh itu sangat luar biasa kerana orang mukmin yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah adalah orang yang berada dalam jaminan Allah. Keselamatannya dijamin, rezekinya dijamin, keadaannya dijamin, ketenangannya dijamin dan urusan hidupnya dijamin.

8. Mereka juga mendapat cahaya sempurna pada hari kiamat. Tidak hanya itu sahaja,mereja mendapat cahaya dan sinarbyang sempurna pada hari Kiamat nanti.

9. Waktu Subuh adalah penentu keberkatan hidup bagi seorang mukmin.

Abdullah Bin Umar Bin Khattab berkata..
“Salah satu tanda Allah mencintai seorang hambaNya dan tanda dosanya diampunkan, semakin kuat dia menjaga waktu Subuhnya, semakin Allah memberi jaminan kecukupan untuknya. Kehidupan yang penuh keberkatan bermula dengan menjaga waktu Subuhnya.”

10. Ketika kita serius menjaga waktu bangkit kita sebelum azan Subuh, kemudian membersihkan diri untuk sujud kepadaNya, maka Allah memberi jaminan bahawa Allah membuka kesempatan seluas-luasnya kepada kita untuk memperbaiki diri dan menikmati ketenangan dalam sujud kita sehingga Allah menghapuskan benan hidup dengan menghapuskan semua dosa kita.

11. Sesiapa yang mahu memperbaiki hidupnya, maka hendaklah dia memulai dari memperbaiki waktu bangkitnya sebelum azan Subuh.

Sesiapa yang hendak dilancarkan rezekinya, maka hendaklah dia menjaga dengan baik-baik solat Subuhnya.

Sesiapa yang ingin dikurnikaan kebahagiaan di dunia dan akhiratnya, maka hendaklah dia memperhatikan solat Subuhnya.

Dan semua perubahan atau penambahbaikan seluruh hidupnya berawal daripada memperbaiki waktu bangkitnya sebelum masuk azan Subuh dan memperbaiki kualiti solat Subuh. Maka Allah akan memperbaiki seluruh hidup kita.

12. Solat Subuh itu baru disempurnakan dua rakaat sahaja, Allah akan mencukupkan semua keperluan dunianya, tidak diperdayakan oleh tipu daya dunia, rezekinya dicukupkan, hartanya diberkati, kariernya dibangunkan dengan baik dan sempurna oleh Allah, keluarganya nyaman, hidupnya tenang. Itulah rahsia bagi mereka yang konsisten menjaga waktu Subuhnya bermula bangkit sebelum azan Subuh.

13. Malahan itulah yang selalu disebutkan…

“Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.”

Kitalah yang membangunkan hubungan direct dengan Allah yang mempunyai segalanya, kita mengerjakan perintah Allah dengan sempurna dan menuruti semua tuntunanNya, dunia dia dapatkan dan akhiratnya diraih dengan anugerah Allah.

14. Mari sama-sama kita berazam bersungguh-sungguh memperbaiki diri dengan memperbaiki waktu Subuh kita.

02/12/2024

Assalamualaikum salam Isnin

29/08/2024

Kunci untuk hidup bahagia adalah menghargai apa yang kamu miliki,bukan menginginkan apa yang tidak kamu miliki .

_Assalamualaikum wbt, pagii semua__Ya Allaah, dihari Jumaat ini kuatkan kami dgn ibadah dan amalan yg baik. Jauhkan kami...
22/08/2024

_Assalamualaikum wbt, pagii semua_

_Ya Allaah, dihari Jumaat ini kuatkan kami dgn ibadah dan amalan yg baik. Jauhkan kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hamba Mu yg beriman dan beramal soleh/solahah Mudah²an hidup kami sentiasa berada dlm rahmat dari bimbingan Mu. Aamiin yarabbal alamiin_

Assalamualaikum sayyidul ayyam

17/08/2024

BERSYUKUR...
Berterima kasihlah kepada yang memberi segala kehidupan, bersyukurlah di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan 🫰.

Address

Sandakan

Telephone

0128109230

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LinaHomemade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share