Idfa's Kitchen

Idfa's Kitchen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Idfa's Kitchen, Bakery, Sandakan.

29/11/2022
30/09/2022

Hai 🙋.... hari ni tak rasa nk mkn kuih utk minum ptg@pagi... tringin nk mkn yg sejuk² nk nyamankan tekak.
Jom tengok resepi yg saya cuba ni, sedap sungguh rasanya ... simple & tak banyak bahan 👇

🛟🛟 AGAR² BANDUNG LAICI 🛟🛟

Bahan² ~
680 ml air
120 ml air laici ( beli yg dlm tin sekali buah )
200 ml susu cair
1 bungkus agar² serbuk 10gram
Sedikit sirap ros @ pewarna pink
Gula putih ikut rasa

Cara²~
🛟 Masukkan air, serbuk agar² & air laici ke dlm periuk. Kacau sebatikan supaya agar² serbuk tak berketul. Baru bukak api dapur...
🛟 Masak sebentar kemudian masukkan gula putih. Kacau² sehingga gula larut... jangan lupa rasa ye.
🛟 Bila dh mendidih bahagi 2 ~ satu biar warna asal & satu lagi masukkan sirap ros @ pewarna & susu cair.
🛟 Sediakan loyang... basahkan sedikit, kemudian tuang agar² yg kosong ke dlm loyang tadi.
🛟 Susun buah laici di dasar loyang dlm agar² ikut kreativiti secara terbalik ( bukak buah laici tu supaya dpt bentuk mcm bunga ).
🛟 Biarkan keras sedikit....nk cepat masukkan ke dlm petisejuk.
🛟 Bila dh agak keras....tuang p**ak agar² yg bewarna tadi ke atas lapisan pertama tadi perlahan - lahan sehingga habis.
🛟 Dah siap boleh la sejukkan kat luar dulu ... pastu masukkan ke dlm petisejuk.
🛟 Bila nak potong, terbalikkan agar² ke atas bekas yg besar & rata..... guna la pisau yg nipis & tajam utk dptkan bentuk yg cantik.
🛟 Ok.... siap, selamat mencuba ye 🙋😘

Kredit
Dicuba oleh

23/09/2022

Nutella cheesetart gebu gebas . Belajar sendiri guna resipi yg ada dlm MAHN. Terima kasih :)

Nuttella Cheese Tart Gebu Gebas

Shell tart
125gm majerin/butter
150gm gula kastor
1 biji telur saiz B
400gm tepung gandum
Satu sudu kecil Esen Vanilla

Cara-caranya:

Dalam bekas masukkan majerin dan gula. Sebatikan.

Masukkan telur dan vanilla yang dipukul sedikit. Gaul sebati.

Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan membentuk doh. X perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

Cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga cantik perang. Masa atas oven masing2.

Setelah masak. Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

FILLING CHEESE

500gm cream cheese dari peti sejuk
100gm gula kastor
6 sdb telur yang telah dipukul sedikit
2 sdb butter
1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

INTI
Apa-apa filling kegemaran.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.

Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

Masukkan vanilla mix sebati.

Masukkan dalam piping bag.

Picitkan sedikit filling dalam shell. Paipkan cheese ke dalam shell.

Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa gerak piping bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.

Lukis permukaan jika s**a mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.

Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 min. Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering atau retak.

Sebaik masak keluarkan. Sejukkan atas redai.
Simpan dalam bekas dan simpan dlam chiller agar shell tidak lemau dan cheese set dan lebih enak dinikmati.

TIPS

Untuk shell yang elok rangup jangan terlebih uli. Cukup sekadar menjadi doh yg elok.

Cheese mesti yang sejuk untuk hasil yang cantik.

Montok cantik atas cara piping filling.

Resipi ni sy amik dlm group ni jgk. Terima kasih . Sekadar berkongsi :)

credit : Khairun Nisa

23/09/2022

dah b*k kali buat dgn pelbagai jenis resepi akhirnya jmp yg trbaik..

bahan2 :
1 paket biskut meri (sy guna yg 600grm)
1 ketul butter (250grm)
4 biji telur
1 cwn milo
1 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn nestum
1 cwn air masak
1/2 cwn gula (resepi asal ada tp utk yg ni,sy xletak pun gula sbb xs**a manis)

cara2 :
masak butter,guna api yg sgt slow.then masukkn milo,serbuk koko n susu pekat.bila agak2 nk mendidih,masukkan telur dan lastly masukkan air.kacau hgga agak pekat (jgn pekat sgt.agak2 je).ttup api..masukkan nestum n patah2kan biskut.kacau smp sebati..then masukkn dlm loyang/bekas..mampatkn semampatnya..last,smpan dlu dlm fridge selama 30minit sblm makan..
selamat mencuba 😘

07/09/2022
15/07/2022

Sumber gmbr Dan resepi Dr Rose Nanny

Kek lady bee berkasih resepi dr Juliza Ahmat yg marek kmk share 🤭🤭🤭 ada upgred skt kat resepi kmk repost edit yg kmk da tmbh dlm resepi 👇👇👇

Resepi Kek LADY BEE BERKASIH
(Resepi Ciptaan & HOMEMADE BY Juliza Ahmat )

BAHAN2
16oz Butter (kmk mkey 500g purebutter)
10 Biji Telur Ayam (10 biji gred aaa)
1 Tin kecil SeriKaya
1 Tin Kecil Susu Pekat (200g)
1 1/2 Gelas Tepung Hongkong(150g)
1 paket Horlik (200gm dlm keseluruh adunn 200g tmbh untuk adunn kuning keseluruhan horlick 400g)
1/2 Gelas Milo (200g kmk pkey
1/2 Gelas Gula Halus(80g)
100 @ 150gm Coklat Masakan(sis mkey cadbury spread)
Sedikit Browning Sugar (Gula Hitam)
Pewarna Kuning
300 gm Lengak @ Bijan di sangai(sis mkey 200g sbb x brp s**a b*k bijan)
ADD INN 150G CREAMY PEANUT BUTTER LADY CHOICE

Cara2 Membuat
Pukul Butter & Gula Hingga kembang.. masukkan telur satu2..pukul hingga sebati .. Masukkan p**a Susu & srikaya.. kacau sebati ok.. jgn terlalu lama .. kemudian masuk Horlik dan tpg Hongkong .. ambil sedikit adunan utk di jadikan bahagian tgh2 lapisan dan letak pewarna kuning .. Selebih adunan p**a letak coklat masakan .. Milo, PEANUT BUTTER& Gula Hitam .. Akhir sekali masuk Lengak ..kacau lagi hingga sebati .. dan bahagi lagi kpd 2 bhgn
Kukus bahagian atau Adunan pertama yg Adunan Coklat selama 1JAM 30 minit untuk 2 lpsn terawl last lapisan 2jm atau sehingga masak (SIS GUNA PENGUKUS BIASA API SEDERHANA)

"SELAMAT MECUBA "

05/07/2022

Resepi Kacang Bunga
Kacang Pedas & Rangup 😘
Kacang 600g
Tepung bastari 5-7 sudu besar
Telor 3biji
Versi Lemak Manis & Rangup
tepung jagung (8sb) + tepung gandum(2sb) + santan (1/4cwn) + garam + gula + 1 telur...
Versi Kari & Rangup
tepung jagung (4sb) + tepung (1sb) gandum + rempah kari (2sb) + garam + gula sedikit + 3 telur...
Gaul semua bahan dan goreng... masa dalam kuali kena kacau selalu elak bergumpal

Credit : Fauzi Karim

05/07/2022

RESEPI KEK LAPIS RONA RONI CHEESE
____________________________

Loyang 7x7
Bahan-bahan
250gm pure butter
1 cwn Tepung Gandum
1 cwn Horlicks
1/2 cwn creamer coffeemate
1/2cwn gula halus
5 biji Telur Grade A ( telur B - 6biji )
1/3cwn Susu pekat
1sudu besar ovelate
1 sudu teh esen vanila
200-250gm cream cheese
Pewarna
Susu segar secukup nya ( ini klu adunan agak kental boleh letak sikit)
Cara-cara
Pukul butter gula & ovelate & cream cheese sehingga putih & kembang. kelajuan maksima.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan. Letak esen vanila
Masukkan susu pekat. Pukul sebati
Masukkan tepung gandum, horlicks, creamer. Kacau sebati
Bahagi kepada 2bahagian.
1 bahagian di biar plain
1 bahagian dibagi lagi dan letak pewarna
Bakar selapis selapis sehingga habis
Suhu oven 170c ikut oven masing2x.
P/s: gandakan klu nak buat banyak.

Address

Sandakan
90300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Idfa's Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category