21/09/2022
Benda yang paaaaling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak, adalah sikap.
Saya dulu pun perangai macam hawau.
Panas baran.
Tak sabar.
Degil.
Rasa diri sendiri je betul.
Tah apa-apa.
Tapi tahun demi tahun lepas jadi mak,
saya mula perasan,
anak ni nature dia memang
tak makan saman.
Kita ajar lah macam mana pun,
kita berbuih lah nasihat macam mana pun,
kita bebel lah sepanjang hari pun,
kita hantar lah kat sekolah bagus macam mana pun,
anak still tak dengar cakap,
still memberontak,
still tak jadi anak yang macam mana yang kita impikan.
Tapi after soooo many years baru saya sedar,
formula dia cuma satu–
KITA DULU YANG KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI.
Anak tak dengar cakap,
mereka hanya meniru sikap.
Anak tak perlukan nasihat,
Anak tak perlukan bebelan,
Mereka hanya perlukan CONTOH.
Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman.
One of my favourite mantra adalah
BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER.
Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling.
Orang lain panas, dia panas.
Orang lain sejuk, dia sejuk.
Tapi termostat tak.
Termostat tetapkan standard, dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut standard yg dia tetapkan.
Walau macam mana pun suhu orang sekeliling,
termostat takkan ubah suhu dia–
sampai lah semua orang sekeliling ubah suhu sama macam suhu dia.
Itu termostat.
It sets the standard, and influences the surrounding.
Tipu lah kalau saya kata anak saya (Haikal) baik macam malaikat. Ada hari, dia memang baik. Tapi ada juga hari yg saya rasa macam nak bagi kaki 🙃
There are times Haikal liatttt nak solat.
But before saya marah dia, I reset my solat standard first– solat awal waktu, cuba khusyuk, practice mindfulness dalam solat.
Tak lama lepas tu, saya nampak improvement pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat.
There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi tak kreatif bila bosan. Bila TV tutup, terus dia tak senang duduk. Bosan tak tahu nak buat apa.
Sebelum saya hempok dia dengan remote TV, I reset the standard of my screentime first– hadkan masa dengan TV/phone, rancang aktiviti without screen, read books, read Quran, exercise, etc.
Tak lama lepas tu, saya nampak improvement pada Haikal. Bila tak dapat screentime, dia mula capai quran, capai buku, melukis, main lego, main dengan kawan.
And there are times Haikal melawan cakap dan berkasar dengan kami. Sebelum berkasar dan lawan dia balik, we reset our standard in managing our own anger, patience, communication first.
Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat menjawab, tenang, mudah minta maaf.
My point is, kita sebagai ibu bapa—
we are the thermostat.
We set the standard, and our children will follow accordingly.
But of course,
setiap progress perlukan masa.
Buat sehari, tak jadi apa—
SABAR.
Teruskan buat hari kedua dan seterusnya,
sampai jadi sebati dalam diri, jadi habit.
Trust the process,
and don't lower down your standard.
Kita takkan dapat ubah anak melalui tekanan dan desakan. Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati itu sedikit demi sedikit.
Just be patient and consistent in improving yourself.
Macam air yang menitis di atas batu,
lama2 akan menghakis batu itu.
Bukan kerana tekanan air tu kuat,
tapi kerana konsistensi titisannya.
Anggap je setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi– termostat yang lebih berkualiti. 😊
Belajar kawal emosi, latih diri kawal marah, dan perbaiki habit sendiri dulu. Sebab kita taknak anak mewarisi sesuatu yang tak elok daripada sikap kita.
Ingat, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita akan jadi inner voice anak. It can either make them or break them.
- Adlil Rajiah
Belajar urus emosi bersama Dr Rostam (Pakar Psikiatri) & Ustazah Asni Mansor dalam MASTERCLASS IBU BAPA BIJAK EMOSI: https://adlilrajiah.onpay.my/order/form/ibbe