11/01/2023
Hi semua!
Harini kami nak share tips-tips untuk jimatkan elektrik di dapur.Bolehla korang cuba tips pada peralatan elektrik di rumah nanti
1.OVEN
Pintu oven tidak perlu dibuka, hanya memadai melihat masakan anda melalui kaca tetingkap sahaja. Ini adalah kerana setiap kali anda membuka pintu oven, udara panas akan dilepaskan dan mengakibatkan pemanas mula berfungsi untuk mengembalikan semula suhu yang telah ditetapkan.
2.DAPUR ELEKTRIK
Bagi yang menggunakan dapur elektrik, tutup periuk atau kuali untuk memendekkan masa memasak.Penggunaan saiz periuk dan kuali juga perlu bersesuian dengan kuantiti makanan yang ingin dimasak agar makan lebih cepat masak. Sebagai contoh, jika saiz periuk yang anda gunakan adalah kecil, manakala saiz tapak pemanas (burner) adalah besar, maka akan berlaku pembaziran tenaga dibahagian burner yang tidak menyentuh bahagian bawah periuk.
3.CEREK ELEKTRIK
Penggunaan saiz cerek elektrik perlu bersesuian dengan saiz keluarga. Gunakanlah cerek elektrik bersaiz kecil sekiranya anda mempunyai saiz keluarga yang kecil.Penggunaan saiz cerek elektrik perlu bersesuian dengan saiz keluarga. Gunakanlah cerek elektrik bersaiz kecil sekiranya anda mempunyai saiz keluarga yang kecil.