Rich Cookies by MTD Bakery

Rich Cookies by MTD Bakery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rich Cookies by MTD Bakery, Bakery, Putra Perdana, Puchong.

Kepakaran kami adalah membantu penduduk di seluruh Malaysia terutama di kawasan sekitar Puchong untuk mendapatkan biskut & kek yang sedap,lazat,menarik,murah & semestinya halal.Untuk maklumat lanjut anda boleh PM saya. ;)

kuih sagu
13/06/2016

kuih sagu

1 cawan sagu 2 cawan air 1/2 cawan gula Kelapa parut dan sedikit garam – digaul Sedikit pewarna merah (warna lain pun boleh)

Tips deco
08/05/2016

Tips deco

Semoga bermanfaat lagi berkat
sumber: Senarai resepi

Roti
02/05/2016

Roti

resepi biasa je

~ 500g tepung roti
~ sepeket yis kering
~ 2biji telur
~ 200 ml air sejuk dari peti
~ 2sdb gula
~ 1sdb susu pekat

campur semua bahan gaul sebati...keNdian masukkan

~ 1sdb marjerin
~ 1sdb shortening

uli smpai jd doh yg elastik...jika melekat kat tgn...amik tepung sikit2 smbil uli hingga cantik...

~ Jika uli guna mixer...masukkan semua bahan kecuali air.....dah sebati...tuang air sikit2...hingga jadi doh....

~ kemudian masukkan shortening & marjerin...uli lagi....guna kelajuan tinggi hingga doh elastik & tak melekat pada bowl....

~ doh agak lembik...tp tak akan melekat pada tgn (itu tanda nya uli yg cukup)

bulatkan doh kedalam loyang...perap 1 1/2 jam...

bakar suhu biasa bakar kek...ikut oven masing2...

hingga brown...api atas bawah —

Home made pizza
28/04/2016

Home made pizza

Pernah buat pizza tak?Insyallah senang dan mudah dan homemade lagii...jom ikut tutorial sy buat pizza mudah...buat sendiri boleh letak bahan mcm2 kan dan amat jimattt...joomm

Resepi, cara step by step ada setiap gambar

Hokaido chiffon cupcake
27/04/2016

Hokaido chiffon cupcake

Resepi ni versi Azlina Ina, tq sedap sangat sangat.Gebu gebasss. Tak rugi mencuba .

Resepi ,cara step by step ada pada setiap gambar.

Silakan kalau ada yang nak share

27/04/2016

Kek batik oreo

Kek
27/04/2016

Kek

Kek coklat

Bahan
1 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn miyak masak
2 biji telur
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
1/2 cwn sebuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cwn susu pekat manis

Cara
1.Campurkan semua bahan tadi dalam bekas.
2.Kacau guna whisk hingga sebati dan gula larut.
3.Panaskan oven.
4.Sapu loyang dengan sedikit mentega.
5.Tuang adunan dalam loyang dan bakar.
6.Bakar 170'c selama 50minit .(ikut oven masing2)

Pulut ayam dannok
19/04/2016

Pulut ayam dannok

RESEPI PULUT AYAM FROM DANNOK..
Segala resepi di letakkan di ruangan Foto

Sila Share dgn rakan-rakan anda jika anda s**a

Kiriman pemilik Asal
Abby Safaril Ynwa

Pelbagai resepi
17/04/2016

Pelbagai resepi

Kelainan dalam masakan raya buat tetamu akan ingat air tangan anda setiap tahun. Apa lagi jika menu yang dibuat lebih mudah dan cepat, jom cuba!

Kerang
17/04/2016

Kerang

MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI CAMPUR KERANG

BAHAN-BAHAN :

1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja
Santan kelapa secukupnya
2 - 3 cawan isi kerang
Garam secukup rasa 1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 inci kunyit hidup
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu .

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan cili api .

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih .

4. Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila pucuk ubi dah masak boleh la ditutup api dapur.

Ayam
16/04/2016

Ayam

RESEPI AYAM GORENG HALIA
Bahan-Bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan p**a sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika, jangan sampai bawang putih hangus.
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda s**a lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Share Supaya Tak Hilang
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed

Address

Putra Perdana
Puchong
47130

Telephone

017-5953045

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rich Cookies by MTD Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rich Cookies by MTD Bakery:

Share

Category