Yuyu Sweet

Yuyu Sweet Pavlova, pelbagai jenis kek & pencuci mulut yang lain bagi melengkapkan menu makanan anda!

Produk kami adalah pelbagai jenis pencuci mulut (dessert) seperti Pavlova, Cheese Tart, Blueberry Tart, Chocolate Indulgence Cake, Snowy Cheese Cake, Kek Gula Hangus, Red Velvet, Chocolate Moist dan pelbagai jenis kek lagi.

10/11/2022
12/10/2022

Resepi Kek Oren Mudah

Kek oren sedap makan dengan air teh atau kopi O. Guna bahan premium maka rasa pun lagi sedap.

Bahan-Bahan:

250gm butter
180gm gula kastor
4 biji telur
250gm tepung gandum - guna tepung naik sendiri tak perlu letak bp
1 sudu teh baking powder
80gm susu cair
5-6 sudu makan oren sunquick
Parutan kulit oren
Sedikit pewarna oren

Cara Membuat:

1. Mix gula dan butter hingga kembang, masukkan telur satu per satu. Putar lagi.

2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder, susu, oren, pewarna, parutan oren. Gaul sebati.

3. Masukkan dalam loyang 8/9". Bakar suhu 160 selama 1 jam 15 minit. Ikut oven masing-masing.

4. Dah siap keluarkan dari loyang. Siap. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Mdm Kelly

08/09/2022
01/09/2022

Puding laici, resipi yang mengimbau kembali pada zaman muda belia. Kalau mak buat memang sedap sangat. Kiranya kalau letak laici tu, dah mewah sangatlah. Nak letak buah lain pun boleh juga, ikut citarasa.

23/08/2022
22/08/2022

MIANG PLA PAO & SOS HIJAU

Ikan talapia - dibersihkan (boleh ganti dengan ikan siakap)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya

Bahan sotong, udang & kerang :
Udang secukupnya
Sotong secukupnya
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Garam secukupnya
Kerang rebus

1. Tumbuk bawang putih, halia, garam dan kunyit.

2. Lumurkan pada ikan talapia yang sudah dibersihkan hingga rata.

3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing angkat dan toskan minyak.

4. Jika s**a talapia boleh juga guna ikan siakap.

5. Untuk perapan sotong dan udang, tumbuk bawang putih, halia dan garam.

6. Gaulkan pada sotong dan udang. Perap seketika.

7. Kemudian bakar sotong dan udang hingga masak angkat dan ketepikan.

8. Untuk menikmati susun ikan, sotong bakar, udang bakar, kerang rebus, bahan2 sampingan dab juga semua sos di dalam dulang atau bekas besar.

9. Sedia untuk dinikmati.

Bahan sos hijau Thai :
10 tangkai cili padi hijau
5 biji limau nipis dan limau kasturi
3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos plum
1 akar ketumbar
Garam dan gula secukup rasa

1. Bersihkan semua bahan dan tumbuk hingga lumat.

2. Rasa dan tambah garam serta gula untuk menyedapkan rasa boleh ubah suai bahan ikut cita rasa memasing.

Bahan sos Thai (boleh dimakan bersama daging bakar) :
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili hijau
3 ulas bawang putih
2 biji limau nipis
1 biji limau kasturi
1/2 gula melaka
1 sudu gula pasir
1 sudu sos ikan
1 sudu sos plum
1 sudu air suam
1/2 chili flakes @ emping cili

1. Satukan semua bahan kemudian kisar. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan sampingan :
Daun ketumbar - dihiris
Bihun @ suhun Siam
Salad

Resepi & foto : Noor Hayato Tukey Emas

21/07/2022

Address

Puchong
47150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yuyu Sweet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share