Puchong JOB Street

Puchong JOB Street Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Puchong JOB Street, Puchong.

06/09/2021

Assalamualaikum apit minta tlg cari kan bdk kerja eletrik ๐Ÿ‘‡

Peluang pekerjaan dlm bidang elektrikal..

Minta tlg war2 kan atau viral kan seluruh negeri di mana sebuah sykt sedang mencari pekerja elektrik dgn sijil kompeten pw4
(20 kekosongan)
-------------------------
Gaji :-
rm2800 basic +
Elaun rm200 +
Komisen bulanan..
Ada potongan epf dan socso.

011 6172 04 27
hj. Mat..

**ada komisen.

Terima kasih.

16/05/2021

Memerlukan pekerja utk pemasangan pagar
-gaji hari atau lumpsum
-peralatan dan tools disediakan.
(anticlimb fencing installation)
sila call 01110827475 atau wasep
Kawasan puchong, shah alam

22/04/2021

Separuh pekerjaan di Malaysia bakal 'pupus'
Ada teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia - Foto fail Bloomberg
KUALA LUMPUR: Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen, berkata perubahan dalam sektor pekerjaan ketika ini tidak dapat dielakkan kerana digital dan automasi akan menjadi elemen penting dalam pekerjaan.

Ini kerana menerusi tinjauan yang dijalankan Bank Dunia ia memberikan gambaran sektor tenaga kerja berisiko tinggi untuk digantikan dengan automasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Malah, tegasnya, sudah terdapat teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia.

"Namun, jika ditanya adakah ini bermaksud 50 peratus pekerjaan di Malaysia akan segera hilang dalam jangka masa pendek, jawapannya adalah mungkin tidak.

"Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang sekurang-kurangnya akan mengambil masa sederhana dan panjang untuk menuju ke arah perubahan teknologi.

"Kita mungkin mempunyai beberapa teknologi yang sudah tersedia di beberapa firma pekerjaan tetapi itu tidak bermaksud semua firma dapat menggunakan teknologi terbabit," katanya pada webinar Bank Dunia bertajuk 'Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan', semalam.

Antara pekerjaan yang berisiko tinggi untuk beralih kepada automasi sepenuhnya adalah akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.

Schmillen berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia juga dilihat tidak mampu melakukan peralihan itu dalam kadar segera dan ini akan melambatkan perubahan teknologi.

Katanya, perubahan ke arah automasi memerlukan kos yang tinggi dan hanya beberapa bidang pekerjaan yang mungkin dapat dilakukan oleh teknologi.

"Namun, masalah utama ketika ini adalah kos peralihan ke arah teknologi sangat tinggi dan lantaran itu kami tidak menjangkakan teknologi ini akan digunakan secara keseluruhan.

"Selain itu, terdapat juga rintangan dari segi perundangan, peraturan atau normatif yang menghalang pengambilalihan pekerjaan oleh teknologi," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kebanyakan majikan kini meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital.

Elemen lain yang perlu dipertingkatkan oleh pekerja adalah beberapa kemahiran lain seperti sosio-emosi, kemahiran berfikir kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan.

Beliau berkata, modal insan menjadi elemen penting kepada Malaysia dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.

"Cabaran paling utama adalah bagaimana kita ingin memastikan generasi masa depan terpelihara dan tidak berdepan dengan kesukaran disebabkan peralihan teknologi ini.

"Jadi apakah faktor tepat modal insan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan? Faktor asas yang ingin saya ketengahkan ini sangat penting dan harus menjadi perhatian utama pembuat dasar.

"Yang pertama adalah kualiti pendidikan. Malaysia telah membuat kemajuan besar dalam meningkatkan akses pendidikan sejak beberapa puluh tahun lalu.

"Namun pembelajaran tetap menjadi satu cabaran besar. Secara dasarnya pelajar Malaysia menghabiskan 12 tahun untuk pendidikan rendah dan menengah.

"Ia adalah tempoh yang tidak efektif kerana hanya sembilan tahun pembelajaran yang disifatkan benar-benar digunakan sepenuhnya manakala baki tiga tahun lagi tidak digunakan dengan produktif," katanya

23/02/2021

โ“‚๏ธ LELAKI INI JANA PENDAPATAN LEBIH RM4,000 SEMINGGU HANYA DENGAN BERATUR SAHAJA

Tahukah anda di dunia ini ada yang mampu menjana pendapatan dengan cara yang unik? Antaranya beratur.

Percaya atau tidak, seorang lelaki, Robert Samuel berjaya menjana pendapatan sekitar $1,000 dalam masa seminggu dengan hanya menawarkan khidmat beratur dan menunggu.

Digelar sebagai tukang beratur profesional, Robert memberitahu beliau menunggu apa sahaja, daripada penjualan sampel hinggalah tiket dengan bayaran $25 untuk jam pertama dan $10 untuk setiap setengah jam tambahan.

Mula menceburkan diri dalam bidang ini, Robert mula menjadi tukang beratur semasa beliau kehilangan pekerjaannya sebagai agen jualan.

Pada ketika iPhone 5 keluar memasuki pasaran, Robert memasang iklan di Craiglist dengan menawarkan khidmat menunggu berbayar $100.

Namun beberapa jam sebelum beliau membeli iPhone, pelanggan Robert membatalkan pembelian namun tetap memutuskan untuk membayar beliau.

Pada awalnya Robert sudah bersedia untuk meninggalkan barisan tetapi akhirnya memutuskan untuk menjual semula tempatnya.

Menjelang jam lapan pagi keesokan harinya, Robert berjaya memperoleh $325 selepas berjaya menunggu selama 19 jam.

Malah beliau turut mengajak rakan-rakannya untuk beratur dan menjual tempat mereka selain daripada menjual peti susu kepada mereka yang bosan berdiri.

Mendapati perniagaan ini sangat menguntungkan, Robert akhirnya menubuhkan sebuah syarikat sampingan, Same Ole Line Dudes (SOLD) pada Disember 2012.

Sekiranya mereka mendapat tempahan, ianya akan diberikan kepada mana-mana rakannya yang mahukannya.

Walaupun tidak lagi digaji untuk acara-acara besar, Robert tetap akan pergi ke kawasan yang terdapatnya orang menunggu untuk mempromosikan khidmatnya.

โ€œAnda panas dan letih? Tidak mahu melakukan ini lagi? Saya akan melakukannya untuk anda.โ€

Sumber:
Business Insider
John Mohamed

Address

Puchong
03

Telephone

01110827475

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puchong JOB Street posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share